Kamu mahu bercinta?
Jumaat, Jun 27, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:17:00 PTG 30 kata-kata kawan
Tanda Nama gambar-gambar fakta
Rayuan cemburu
Rabu, Jun 25, 2008Malam datang ketika Siang
Belum sempat habis
Bermesra dengan
langit dan matahari
Senja muncul memberi amaran
agar Siang segera pulang
lepaskan kasihnya
Agar Malam mampu pula tersenyum
Siapa Senja mahu bicara untuk Malam
dan memberi amaran kepada Siang?
Mungkinkah Senja dan Malam sahabat setia
Atau Senja mencari peluang menikam belakang?
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 2:49:00 PTG 10 kata-kata kawan
Kamukah Sakit atau Saya?
Sabtu, Jun 21, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:46:00 PTG 14 kata-kata kawan
Tanda Nama gambar-gambar fakta
Kamu makan DAUN?
Jumaat, Jun 20, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:34:00 PTG 13 kata-kata kawan
Tanda Nama gambar-gambar fakta
Kamu Gagah Berahi Bila Ke Sekolah!
Khamis, Jun 19, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:26:00 PTG 15 kata-kata kawan
Tanda Nama gambar-gambar fakta
Biologi Cinta (Tolong jangan salah faham, Ini adalah sebahagian matlamat pasangan berkahwin)
Rabu, Jun 18, 2008Nota :- Saya tidak menyuruh anda melakukan perkara sumbang!
Biologi Cinta ialah fitrah asal manusia!
Jika mahu boleh teruskan, (dengan gaya yang sah!)
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 9:44:00 PTG 21 kata-kata kawan
Tanda Nama gambar-gambar fakta
Ombak dan buih
Khamis, Jun 12, 2008Ketika ombak deras
laju meluncur
menghentam
membuka paksa
ikatan buih-buih
Adakah air laut
berubah rasa?
Mungkin garam
menjadi gula?
Atau masin jadi
pahit dan racun?
Tenang
Aku menyimpul
menyulam semula
ikatan buih-buih
Tidak mahu segala
mungkin itu jadi nyata
Aku tidak berani
berhadap mimpi
Walau ketika
waktu itu malam
dan saat lena
menutup mata
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 7:09:00 PTG 20 kata-kata kawan
Kiri dan Kanan mana yang kau pilih?
Rabu, Jun 11, 2008Tangan Kiri
dikerah kerja
siang dan malam
Tangan Kanan
banyak diam
rehat dan suka
Jadi bantal tidur
Jadi pelaku istinjak
semuanya tangan Kiri
Namun...
bila makan
Kanan kenyang
minum juga
dia yang lega
Kiri
rasa cemburu
bila Kanan mencuri
cintanya
Kanan
selesa melepas rindu
menggenggam cinta
bersama tangan Kiri
seorang perempuan
Kiri
mula berfikir
mencari parang
mencantas kanan
Aku yang seksa!
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 9:15:00 PTG 21 kata-kata kawan
Mahu makan Apa?
Ahad, Jun 08, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:24:00 PTG 20 kata-kata kawan
Tanda Nama gambar-gambar fakta
Di belakang aku...
Sabtu, Jun 07, 2008Di belakang aku
ada dua yang sejenis
berlainan senjata
Di belakang aku
ada dua orang
yang sedang sibuk
berbahasa
Di belakang aku
lidah mereka
bagai terpusing
Di belakang aku
mereka terlilit
belenggu kata-kata
Di belakang aku
antara mereka
rasa bangga
menyeliuh lidah
Di belakang aku
mereka tiada sakit
malah tersenyum
PUAS!!!
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 7:58:00 PTG 2 kata-kata kawan
Nafkah!
Jumaat, Jun 06, 2008Kita kerja
Siang dan kadangkala
Malam!
Kita tidur
Malam dan kadangkala
Siang!
Kita makan
Siang dan Malam!
Hujungnya hari
saku dan uncang berisi...
Seketika!
Perut pula bila mahu terisi?
Aku, kau dan semua
Tidak pernah mahu
merancang jadi kurus
dan langsung mati!
Saku dan uncang bocor
langsung hilang sedar!
Binatang kaki dua
Gergasi kaki empat!
Hari-hari perlu diberi makan
dan perlu diberi minum!
Mahu tak mahu
mereka waris kita
nafkah mereka
jadi beban berat
seksa dan sarat!
Kita berdosa
jika curang!
Aku rela mati
dari lihat engkau
lumpuh tak bernyawa!
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:37:00 PTG 7 kata-kata kawan
keluar dari pintu dan terus ke hadapan
Selasa, Jun 03, 2008Keluar dari pintu
dan terus ke hadapan
jangan kau pandang
lagi ke belakang
setelah kau kini
ada di hadapan
namun jangan dilupa
seketika dulu
kau berlari dari belakang
Segera keluar lalui pintu
sebelum daunnya
tertutup rapat...
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 7:04:00 PTG 8 kata-kata kawan
Negara Tanah Tumpahnya Darahku terima ancaman serangan udara
Sabtu, Mei 31, 2008Bandar Hujung Lumpur Terpalit, 31 Mei - Negara Tanah Tumpahnya Darahku semalam menerima ancaman serangan udara dan ini menyebabkan rakyat di negara tersebut terpaksa melupakan hasrat mengisi perut dengan nasi.
Buat sementara waktu rakyat negara itu dinasihatkan untuk berkebulur seketika kerana pihak pemerintah mahu menggunakan wang yang telah disediakan untuk membeli nasi, terpaksa digunakan dahulu bagi menampung keperluan menangkis serangan udara yang dilancarkan oleh pihak musuh.
Menurut jurucakap pemerintah kerajaan tentera Tanah Tumpahnya Darahku, negara tersebut sangat memerlukan bekalan besi dan keluli bagi membolehkan mereka lebih maju ke hadapan.
"Negara kami menerima ancaman serangan udara dan kami berharap rakyat dapat menahan sekejap kelaparan yang ada kerana buat masa ini pesawat perang, jet pengebom dan kapal selam adalah penting untuk menyelamatkan nyawa seluruh penduduk Tanah Tumpahnya Darahku," ujar jurucakap pemerintah junta tentera kerajaan Tanah Tumpahnya Darahku semalam.
Sebagai sebuah negara yang maju, Tanah Tumpahnya Darahku perlu mempunyai sistem pertahanan yang baik, lebih baik dari sistem pertanian yang mampu mengelakkan rakyat menjadi kebulur.
"Dengan senjata yang lengkap sahaja rakyat kita akan menjadi kuat, malah lebih kuat berbanding dengan hanya menjamah sepinggan nasi kosong tanpa lauk," ulas jurucakap kerajaan tentera Tanah Tumpahnya Darahku kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar di Mongolia semalam.
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=336437
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 8:17:00 PTG 7 kata-kata kawan
Tanda Nama tulisan yang bukan puisi
Waktu Kita Memang Berbeza (Episod 4)
..."Hmmmmm," orang itu mengeluh panjang seperti tidak mengetahui apa yang patut diucapkannya.
"Macam ni kau jangan gelabah, aku nak tahu apa nama kau dan apa sebab kau datang rumah aku awal-awal pagi macam ni?" Harun makin yakin melontar pertanyaan. Rasa yakin itu hadir selepas melihat orang yang berada di hadapannya seperti gagap dan takut. Jadi Harun pun apa lagi segera menjadi berani dan berlagak seolah-olah garang.
"Hmmmm....." orang itu masih lagi dengan keluhan panjang.
"Kalau kau ketuk pintu rumah aku waktu begini, dan kau harap untuk aku mendengar keluhan panjang dari mulut kau tu, aku rasa kau dah salah rumah dan tolong pergi sekarang juga, aku dah malas nak layan, aku mengantuk, kau faham?" Harun mula marah dan tiba-tiba sahaja Harun teringat kemahiran membebel neneknya dahulu. Harun secara segera mempraktikkan apa yang pernah dilihat pada usaha tutur nenek di kampungnya itu.
"Nanti dulu abang....." akhirnya orang itu bersuara dengan nada yang penuh ketaran.
Harun merenung tajam orang itu. Orang itu juga seperti sedang berfikir untuk menyambung ayat yang membuatkan Harun tiba-tiba menunggu setelah seketika hilang sabar.
"Saya ada bawa sesuatu untuk abang," lelaki itu bersuara sambil mengunjuk secara isyarat bibir, bakul yang dipegang pada tangan kanannya.
Harun hairan dan pelik, ada orang datang waktu awal pagi begini, mengetuk pintu rumahnya sehingga hampir retak dan kini orang itu memberitahu ada membawa sesuatu untuknya dan apa yang mahu diberi itu tersimpan rapi di dalam bakul rotan bertutup kain hitam.
Orang itu menanti balasan jawapan dari Harun, dia tidak berani untuk berkata-kata selagi Harun belum bersedia bertanya hal bakul dan barang yang dibawanya.
"Ah! ini mengarut, datang malam-malam nak bagi barang yang aku sendiri pun tak tahu," Harun mengomel di dalam hati.
Mata Harun kini tertumpu pada bakul rotan itu, Harun kini tidak pasti mahu menerima atau mahu bertanya lagi...
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 5:11:00 PTG 2 kata-kata kawan
Tanda Nama tulisan yang bersiri
Waktu Kita Memang Berbeza (Episod 3)
Khamis, Mei 29, 2008...Harun di berdiri di hadapan pintu rumahnya yang dibiarkan ternganga luas. Sesekali mata Harun terkedip-kedip dan mulutnya masih luas melopong. Harun tidak tahu bagaimana mahu memulakan langkah berhadapan dengan apa yang dilihatnya sekarang. Harun masih kaku, namun otak dan hatinya cair dan berfikir.
Harun melangkah sedikit keluar dan membiarkan pintu rumahnya tertutup separuh. Dengan penuh rasa ingin tahu Harun bertanya kepada apa yang ada di hadapannya.
Ternyata Harun sedang berhadapan dengan sesusuk tubuh sederhana, berkulit agak gelap dan bermata sedikit sepet.
"Aku pasti ini adalah orang bukannya hantu," bisik hati Harun yang mula berkurang resahnya.
Harun semakin berani dan mengelap peluh basah pada dahinya.
Orang di hadapan Harun itu kelihatan pelik melihat Harun yang masih berdiri gagah tanpa bicara. Orang itu berdiri sambil memegang kepala lutut kirinya dan setia dengan bakul rotan pada tangan kanannya.
Mereka bertentang mata. Harun memandang dalam pada anak mata orang itu. Orang itu juga tidak mahu kalah dalam permainan mata antara mereka berdua. Ditenungnya juga mata Harun dengan jelingan yang paling garang mampu dibentuknya.
Dengan penuh pertanyaan, Harun membuka mulut mengeluarkan kata-kata.
"Apa yang kau mahu datang rumah aku awal-awal pagi macam ni?" Harun bertanya dengan suara garau yang dibuat-buat.
Orang itu terkumat-kamit pada bibir dan dalam hatinya cuba menyusun ayat membalas pertanyaan Harun...
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:01:00 PTG 7 kata-kata kawan
Tanda Nama tulisan yang bersiri
Waktu Kita Memang Berbeza (Episod 2)
Isnin, Mei 26, 2008...Sedang Harun terfikir-fikir apa yang perlu dibuatnya pada malam yang cukup membosankan, pintu ruang hadapan rumahnya diketuk bertalu-talu, Harun yang dari tadi sedang asyik mengelamun dan berangan-angan tentang kisah cinta jarum jam dan angka, terkejut!
"Ah! bunyi apa tu?", Harun berbisik sendirian di dalam hati.
Harun memberanikan diri menghampiri pintu ruang hadapan rumahnya. Semakin hampir dengan pintu, jantung Harun makin berdegup kencang. Harun rasakan sekarang dia sedang berhadapan dengan ruang hidup yang makin sempit.
Tidak tahu mengapa Harun merasa begitu takut, Harun juga pelik dengan apa yang terjadi kepada dirinya pada ketika itu.
Harun kini berada betul-betul di hadapan muka pintu, dan gegaran pada sebalik pintu masih terus ada malah makin bertambah kuat. Jari telunjuk Harun kini berada pada tombol, dan kemudian Harun dengan hati yang semakin tak tentu menggenggam tombol pintu yang bergegar-gegar akibat ketukan berulang-ulang yang masih kuat dan tidak kalah untuk berhenti.
Harun tanpa berfikir lagi membuang jauh rasa takutnya dan secara segera memulas tombol pintu warna keemasan berkarat itu.
Sebaik sahaja pintu itu terbuka, Harun melopong, matanya membulat dan Harun kaku...
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 8:47:00 PTG 12 kata-kata kawan
Tanda Nama tulisan yang bersiri
Waktu Kita Memang Berbeza (Episod 1)
Ahad, Mei 25, 2008Ketika awal pagi tadi, Harun terjaga dari tidur secara tiba-tiba, tidak tahu mengapa, dalam keadaan tiba-tiba itu mukanya kelihatan pucat seolah-olah baru mengalami mimpi buruk atau yang paling seram. Dicapainya jam meja di atas meja kecil di bucu katilnya, jarum-jarum jam itu menunjukkan 2.30 pagi. Masih terlalu awal untuk Harun bangun dan meneruskan kehidupan seperti pagi-pagi yang biasa. Harun cuba lelapkan semula matanya, tetapi tidak mampu. Seketika Harun terdiam sambil terduduk di bucu katil. Tidak tahu mahu melakukan apa. Harun bangun menuju ke dapur mencari gelas dan air, melegakan sedikit rasa tiba-tibanya tadi.
Harun ke ruang tamu pula, menekan suis televisyen dan membiar sahaja ia terpasang sambil menonton memaksa mata untuk terpejam. Di kaca siaran terpapar perlawanan ulangan Liga Bolasepak Sweden, Harun memang gemar menonton perlawan-perlawan bola sepak, tetapi tidak pernah pula bagi dirinya menonton perlawan liga-liga yang pelik sebegitu. Namun Harun layankan sahaja, tujuannya pun bukan untuk menonton televisyen, tetapi berharap untuk tidur seketika selepas itu.
Harun melihat jam di dinding, kerana jarum itu terlalu cepat, angka juga sudah berubah menjadi 3 pagi. Harun berfikir mengapa angka sering mengikut kehendak jarum, adakah kerana angka itu tidak tahu membuat keputusan sendiri atau jarum dan angka itu sedang buta dalam bercinta...
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:48:00 PG 9 kata-kata kawan
Tanda Nama tulisan yang bersiri
MASKARA acara seni alternatif penuh makna
Selasa, Mei 20, 20083 Mei lalu ketika seluruh tumpuan mata seni tanah air tidak berkedip memandang kemilau Anugerah Industri Muzik (AIM), bertempat di Rumah PENA diadakan satu acara seni yang juga hebat dan mempunyai keupayaannya tersendiri.
MASKARA 8 diadakan sebagai satu kesinambungan kepada tujuh malam MASKARA yang sebelum ini.
Seperti biasa bermula jam 8.30 malam, begitu ramai penggemar sastera khususnya di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur berkumpul untuk menikmati alunan naskah puisi dan nilai seni yang diluahkan pada malam itu.
MASKARA adalah akronim kepada Malam Baca Naskah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka.
Bunyinya panjang dan rumit tetapi apa yang dibawakan pada malam itu cukup ringkas, padat dan penuh berseni.
Begitu indah sastera di Malaysia diangkat tanpa dikerumuni dengan elemen komersial.
Acara seni ini sebenarnya telah diusahakan oleh Sindiket Sol-Jah dengan kerjasama Sekretariat Penulis-penulis Blog dan PENA. Sindiket Sol-Jah ialah satu kumpulan yang dianggotai oleh 10 individu yang cukup berminat dengan perjuangan sastera.
Secara tidak rasminya Sindiket ini diketuai oleh saudara Sinaganaga dan rakan-rakan aktifnya yang lain seperti Pipiyapong, Nazri M. Anuar (Vovin), OP, Mat Jan, Spyz, TokRimau, Samurai, Jigomorrison dan Amir Mukhriz.
Mereka bertemu sekitar 5 tahun dulu dan mula merancang pelbagai perkara untuk mengukuhkan idea penulisan di antara mereka dan berhasrat untuk muncul sebagai di antara kumpulan-kumpulan sastera yang tersohor.
Malah Sinaganaga sendiri menyimpan impian agar Sindiket Sol-Jah menjadi "The Beatles" dalam bidang penulisan sastera.
"Saya mahu melihat Sindiket Sol-Jah menjadi seperti "The Beatles", ulas Sinaganaga.
Beralih kepada MASKARA, acara ini diusulkan sebagai satu majlis yang boleh disertai oleh pelbagai golongan dengan hasrat untuk memberi peluang kepada penulis dan juga penggiat seni yang belum dikenali atau masih baru bagi menonjolkan bakat yang ada dalam diri mereka.
Sudah tentu dalam perkara ini tumpuan MASKARA adalah kepada penggiat seni atau penulis muda, tetapi bagi mereka usia itu bukan penghalang untuk seseorang itu terlibat dalam bidang sastera dan seni.
Bagi Nazri M. Anuar atau lebih dikenali dengan nama Vovin, beliau mahu menjadikan MASKARA sebagai acara seni yang bersifat neutral dan mampu menyatukan semua penulis sastera dan penggiat seni berlainan idea serta pemikiran di dalam satu majlis.
"Hasrat kami adalah untuk menyatukan kesemua mereka yang berminat dengan sastera dan seni di bawah satu bumbung, tidak kira seseorang penulis atau penggiat seni itu beraliran agama, liberal mahupun pop," ujar Vovin.
Sindiket Sol-Jah tidak mengharapkan acara seni ini menjadi wadah utama meningkatkan mutu sastera dan seni negara, tetapi bagi mereka cukup sekadar MASKARA dikenali sebagai medan penyatuan idea melalui ikatan persahabatan.
Satu lagi perkara menarik tentang MASKARA ini ialah elemen curahan kreativiti yang ditonjolkan adalah tidak langsung diambil dari sudut komersial, segala-gala yang berkaitan dengan MASKARA adalah luahan seni percuma yang sarat dengan nilai berharga.
Ini adalah satu perkara yang cukup menarik, memperjuangkan seni tanpa mempedulikan soal wang, yang penting bagi mereka ialah kepuasan menonjolkan karya dan berkongsi-kongsi idea dengan rakan-rakan yang lain.
MASKARA turut memberikan ruang kepada peserta dan penonton untuk mempromosikan sebarang hasil karya mereka seperti novel, antologi, lukisan, muzik atau apa sahaja yang berkaitan dengan luahan seni dan sastera.
Jadi tidak hairan jika hampir setiap edisi MASKARA ada sahaja penggiat seni yang mengambil ruang ini sebagai satu peluang untuk menghebahkan hasil karya dan terbitan baru mereka.
Umumnya MASKARA mengalu-alukan para penulis, penyajak, pemuzik dan juga penggiat seni muda untuk mempersembahkan karya mereka sendiri kepada khalayak yang ada.
Karya-karya ini boleh dipersembahkan dalam bentuk, membaca cerpen terkini, membaca sedutan novel terbaru, mendeklamasikan sajak, berekspresi dengan muzik, tayangan filem pendek dan apa jua persembahan seni yang difikirkan sesuai dengan MASKARA.
Pada malam 3 Mei lalu, MASKARA telah menampilkan individu-individu berbakat besar dalam dunia sastera.
Dimulai dengan persembahan oleh penyajak dan aktivis sastera Marsli N.O yang turut sama membawa naskah buatan sendiri yang bertajuk Penipu untuk dipromosikan, diikuti dengan Azwan Ismail yang mendeklamasikan puisi sinis gaya Azwan Ali, seterusnya hadir pula Taf Teh yang mempersembahkan gaya puisi menawan hati.
Akhir sekali Nazri M.A (Vovin) muncul di pentas MASKARA dengan luahan sajak cukup bermakna.
MASKARA bukan sahaja ditumpukan kepada naskah sajak sahaja, tetapi turut diselangi dengan persembahan "Silat Mata" oleh Basri D.S, sebenarnya ia adalah satu pertunjukan silap mata dan dinamakan sebagai silat mata kerana saudara Basri memulakan persembahannya dengan sedikit sentuhan silat, tambahan pula pakaian yang dikenakannya jelas kelihatan seperti seorang pendekar.
Seorang Rocker Rock Kapak dari Panama, Derrick Jaramilo turut membuat persembahan pada malam itu dengan gaya yang cukup mencuit hati, persembahan beliau diiringi oleh kugiran The Junk dengan hanya berbekalkan dua gitar akustik.
Kami turut sempat bertanya kepada Sinaganaga, berkaitan dengan rancangan untuk meluaskan pengaruh MASKARA di luar Kuala Lumpur.
"Memang kami berhasrat untuk melakukan perkara tersebut, membawa MASKARA keluar dan singgah ke negeri-negeri yang lain, kami ada mendapat tawaran untuk membawa MASKARA ke Pulau Pinang dan Johor tetapi bukan satu perkara yang mudah untuk melaksanakannya, ia memerlukan perancangan yang cukup teliti, tetapi ini bukan alasan, kami akan tetap berusaha untuk menjadikan hasrat ini satu kenyataan," ujar Sinaganaga.
Beliau juga menambah yang Sindiket Sol-Jah berharap dapat melaksanakan MASKARA sebanyak enam atau tujuh kali dalam setahun.
Pada malam itu juga Sindiket Sol-Jah turut melancarkan dua buah buku blog (blook), blook yang pertama bertajuk Sabotaj 3 yang menghimpunkan catatan menarik 10 orang ahli dalam Sindiket Sol-Jah dan blook yang kedua bertajuk Gangguan Teksual yang menggabungkan beberapa catatan perasaan dan luahan para blogger tempatan.
Kedua-dua blook ini bukan sekadar bahan bacaan biasa kerana ia sarat dengan kandungan sinis, satira dan satu himpunan penulisan yang berjiwa sendiri.
Jadi untuk anda yang inginkan kelainan dalam koleksi bahan bacaan dan mahu tahu rahsia mencipta isi-isi blog yang menarik dan penuh dengan sindiran matang, dapatkanlah Sabotaj 3 dan Gangguan Teksual.
Sindiket Sol-Jah boleh dihubungi melalui:http://sol-jah.blogspot.com sindiketsoljah@gmail.com
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 5:46:00 PTG 12 kata-kata kawan
Mahathir dan drama...
Mengapa kelmarin Mahathir secara tiba-tiba membuat drama suspens baru, saya fikir kejutan yang dilakukan beliau bukan untuk meraikan hari lahir sesiapa, tetapi dilihat sebagai satu petanda kepada masa kecederaan dalam situasi politik terkini Malaysia. Nampaknya kejutan dan gelora ombak besar yang meranapkan penguasaan selesa kerajaan UMNO-BN masih lagi belum reda. Setelah satu perkara, hadir pula perkara yang lain. Jika saya yang menjadi Perdana Menteri dalam waktu sebegini mungkin sukar untuk saya mengawal rasa marah dan emosi yang makin melambung tinggi, setinggi harga barang-barang keperluan di negara kita.
Tindakan ini merupakan antara beberapa lanjutan siri kejutan yang biasa dimainkan oleh Mahathir. Pelbagai reaksi timbul apabila kejutan terbaru ini muncul, ada yang marah, bahagia, pelik dan pelbagai lagi perasaan yang wujud. Bagi saya Mahathir adalah pemimpin yang sentiasa bergelumang dengan kontroversi. Hari ini saya tidak berminat untuk menonjolkan kontroversi-kontroversi lain yang menyelubungi karier politik Mahathir, tetapi saya lebih berminat untuk menonjolkan apa yang boleh kita gambarkan sebagai jodoh pemimpin ini dengan UMNO.
Mahathir menjadi antara individu terawal yang menyertai UMNO sejak dari zaman awal kemunculan parti itu membela nasib Melayu menentang Malayan Union. Mahathir pernah dipecat sebagai ahli majlis tertinggi UMNO pada 12 Julai 1969 selepas berlaku pengedaran umum surat beliau mengkritik corak kepimpinan Tunku Abdul Rahman, khususnya dalam soal pembelaan terhadap orang Melayu dan kebijaksanaan Tunku dalam mengatasi masalah pertembungan kaum pada 13 Mei tahun yang sama. Kemudiannya Mahathir dipecat sebagai ahli UMNO pada 26 September 1969 akibat kelantangan tidak bertempat yang disifatkan oleh Tunku sebagai bahaya dan mampu menggugat keupayaan UMNO.
Namun begitu ketika era pemerintahan Tun Abdul Razak, Mahathir diterima semula masuk ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972. Ini adalah suratan jodoh yang dapat kita kaitkan di antara UMNO dan Mahathir.
Semalam kisah yang sama berulang kembali, tetapi waktu dan suasana serta punca keadaan adalah berbeza. Kali ini Mahathir tidak dihalau dari rumah UMNO, tetapi Mahathir sendiri mengemaskan barang-barangnya dan keluar dengan sendiri. Sebab utamanya adalah kerana Mahathir tidak begitu selesa dengan cara Tuan Rumah yang baru menguruskan rumah tersebut, menurut Mahathir begitu banyak yang bocor dan tidak dibaiki, ini menyebabkan Mahathir tidak lagi selesa dan mengambil keputusan untuk pergi. (Walaupun bocor-bocor itu adalah buatan tikus-tikus peliharaan Mahathir serta tangan Mahathir sendiri yang hilang punca dalam membaiki).
Imbas kembali pada tahun 2002, Mahathir pernah dengan penuh kesayuan dan hati yang sebak dengan nada suara yang tersekat-sekat mengumumkan hasrat meletak jawatan dalam UMNO dan sebagai Perdana Menteri, ketika itu begitu ramai yang sedih dan menggesa Mahathir menarik balik tindakan tersebut, kerana ketika itu suara-suara berkenaan menganggap Mahathir sebagai pemimpin yang masih diperlukan untuk menyatukan UMNO. Mereka memujuk dan akhirnya Mahathir bersetuju untuk hanya meletak jawatan pada tahun 2003. Indah sungguh susunan plot pada ketika itu.
Namun kelmarin keadaannya nyata berbeza, tidak ramai suara yang bernada memujuk, meminta Mahathir menarik balik keputusan tersebut, malah ada yang menyatakan Mahathir sebagai individu yang tidak bertanggungjawab dan cuba memburukkan lagi keadaan parti. Apa sudah jadi pada rasa sayang pengikut-pengikut UMNO ini, dan saya sendiri faham yang Mahathir juga mengerti (ikut pengalaman silamnya), sifat UMNO memang begini, sesiapa tidak dapat menyangkal kenyataan ini. Sudah kita faham dan ketahui bahawa kita adalah negara dunia ketiga yang masih mencari arah demokrasi, tidak hairan jika asas politik di negara kita ini berbentuk politik kuasa, siapa ada kuasa dia kita sanjung, apabila kuasanya hilang dia sudah tidak dijunjung.
Satu perkara penting yang perlu kita fikir dan renungkan ialah ajakan Mahathir kepada semua isi rumah untuk mengosongkan kediaman UMNO adalah satu ajakan yang berbunyi serius, cuba bayangkan jika semua isi rumah UMNO keluar dan tinggal di luar tanpa berlindung, apa akan jadi jika hari hujan dan ribut melanda? Adakah mereka sanggup untuk kekal di luar dan berlagak tegak berdiri walaupun sudah demam dan lelah ditimpa hujan?
Mahathir memang sinonim dengan drama dan tindakan beliau keluar dari UMNO ini adalah lanjutan daripada siri-siri drama sebelum ini. Jadi kepada semua ahli UMNO yang berfikir tentang parti dan penyatuan, keadaan yang ditimbulkan hanya perang peribadi antara dua pemimpin dan rasa tidak puas hati kepimpinan dahulu dengan yang sekarang, masalahnya mudah, jangan pula kita menjadi pihak yang merumitkan keadaan dan kemudian tersepit ditengah-tengah tanpa ada sebarang ruang untuk kita bernafas.
NAMA SUDAH BERBAHASA INGGERIS BAGAIMANA PULA BICARA TENTANG PERJUANGAN MELAYU! FIKIR-FIKIRKAN...
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 4:47:00 PTG 6 kata-kata kawan
Tanda Nama tulisan yang bukan puisi
Dia berlakon lagi...
Isnin, Mei 19, 2008Wah! dia semakin matang dalam dunia lakonan
sejak dulu hingga kini tahap lakonannya makin menyerlah
setiap detik bakatnya berjaya menunjukkan kesungguhan
Jika dahulu sebelum filem terbaru ini
dia melakonkan watak wira tak didendang
yang kecewa lalu menangis di hujung cerita
Kini lakonannya kian cemerlang
watak wira dengan tangisan
sudah tiada kaitan dengan dirinya
Watak-watak lakonannya
kini lebih garang dan agresif (kononnya)
Ada yang memberi pujian
Tidak kurang jugak yang melemparkan kritikan
apa pun kata orang
filem terbarunya bakal ke gerbang "Kotak Pejabat"
~Tahniah~
untuk pelakon hebat ini
kerana berjaya membawa genre komedi
menjadi Filem Terbaik tahun ini...
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 7:43:00 PTG 9 kata-kata kawan
Tanda Nama ini puisi atau apa?







