Waktu Kita Memang Berbeza (Episod 2)

Isnin, Mei 26, 2008

...Sedang Harun terfikir-fikir apa yang perlu dibuatnya pada malam yang cukup membosankan, pintu ruang hadapan rumahnya diketuk bertalu-talu, Harun yang dari tadi sedang asyik mengelamun dan berangan-angan tentang kisah cinta jarum jam dan angka, terkejut!

"Ah! bunyi apa tu?", Harun berbisik sendirian di dalam hati.

Harun memberanikan diri menghampiri pintu ruang hadapan rumahnya. Semakin hampir dengan pintu, jantung Harun makin berdegup kencang. Harun rasakan sekarang dia sedang berhadapan dengan ruang hidup yang makin sempit.

Tidak tahu mengapa Harun merasa begitu takut, Harun juga pelik dengan apa yang terjadi kepada dirinya pada ketika itu.

Harun kini berada betul-betul di hadapan muka pintu, dan gegaran pada sebalik pintu masih terus ada malah makin bertambah kuat. Jari telunjuk Harun kini berada pada tombol, dan kemudian Harun dengan hati yang semakin tak tentu menggenggam tombol pintu yang bergegar-gegar akibat ketukan berulang-ulang yang masih kuat dan tidak kalah untuk berhenti.

Harun tanpa berfikir lagi membuang jauh rasa takutnya dan secara segera memulas tombol pintu warna keemasan berkarat itu.

Sebaik sahaja pintu itu terbuka, Harun melopong, matanya membulat dan Harun kaku...

12 kata-kata kawan:

tempe berkata...

harun dapati ade tok kadi di hadapan dan pada ketika e2 dia sdg memakai tuala mandi dan cekgu sally yg menumpang rumahnya br saja abis mandi..hahahha

satira +kacau berkata...

Sdr. Saya datang membaca.

Danielle_Corleone berkata...

hahaha! ya ka tempe?

terima kasih satira+kacau

ah tok berkata...

Harun kena tukar nama. Barangkali. nama tu berat sangat bagi dia. :D

lieza berkata...

Danielle kt dpn pintu da x sbr nk g toilet

the hazim berkata...

salam, terima kasih kerana mengunjung blog aku dan memberi pandangan. Pandangan seentiasa dialu-alukan. terima kasih. aku dah pun link kan blog ini di blog aku =)

Danielle_Corleone berkata...

haha! ya ka berat bro? -ah tok-

ada ke pulak camtu haha! -lieza-

haha. terima kasih! -hazim-

xrajunax berkata...

harun kena strok!

zizie ali berkata...

tegang (suspens)

Danielle_Corleone berkata...

haha! tunggu - rajuna & zizie

Princess Liyana berkata...

apa harun nampak?mcm menakotkan je?tp excited nak tau..huhu

Danielle_Corleone berkata...

haha! nanti ada smbungan princess setia membaca tau! hahaha! bz skit nk menaip skang ni. :P