Berhentilah kau mendongak

Rabu, Disember 30, 2009

Ini zaman menongkat dagu
Ini waktu bermenung jauh
Ini masanya berhenti lari
Ini ketikanya bermula kembali

Sudah sampai kita ke daerah baru
Penuh titik-titik putus harapan

Kalau disambung

Mampu kembali capai mimpi

Ini tiada maksud untuk bermain kata-kata

Ahad, Disember 27, 2009

Aku tak akan mengerti
Kerana tak pernah aku
Mahu dan lalu
Untuk rajin membaca
Hati kamu yang tebal

Aku tak suka menyelak
Helaian hati kamu
Kerana jelas seperti
Menyesakkan

Apa kata
dengan satu cadangan
kau gunakan mesin pengimbas
simpankan ketebalan hati itu

Jadikan dia padat
sebelum kau muat naik
dan mudah untuk aku
atau siapa sahaja
gelintar laju hati kamu

Zubaidah dan tikus-tikus jalanan yang setia memainkan lagu tarian kita

Isnin, Disember 14, 2009

Dalam rambang mata Zubaidah
Ada hati haiwan mahu dibedah
Dalam angin ribut duka menerjang
Ada lorong gelap menuju ke ranjang
Dalam setiap bilangan mimpi
Hanya yang terang setia terpilih

Kupu-kupu. warna-warni. Arnab dan merpati putih,pucat.

Rabu, November 11, 2009

Di belakang pelangi hujung bukit selepas setiap kali hujan waktu asar itu jadi tempat kami bertemu kemudian bercumbu dan masing-masing ambil haluan sendiri sebelum berpatah kembali dan saling menikam, mencucuk serta merobek keluar daging suci merah darah yang kita semua panggilkan dengan manja dan berikan konotasi positif ketika membincangkan cinta, iaitu HATI.

Bercakap dan cuba sarung dan tinggal dalam kasut aku.

Rabu, Oktober 28, 2009

Bercakap bagaikan buku memang sedap

Bercakap tentang realiti...

Siapa mampu?

Mau aja!

Jumaat, Oktober 09, 2009

Mau aja aku ajak kamu berkongsi kangkang
Biar lain terliur nikmat, menelan cemburu

Mau aja aku membisik kamu
Menyatu gelora meroboh kota

Mau aja aku biar kamu mabuk dengan tarian
Meliuk ghairah atas lantai kayu syurgaku

Mau aja aku jemput kamu
Nikmati hanyut dan geletek jiwa

Pecah.Hancur.Sayap.B.U.A.T.A.N!

Rabu, Oktober 07, 2009

Ada langit
ada kapal terbang

ada angin
ada pesawat kertas

mahu luncur
mahu laju

biarkan hembus
biarkan terus

Kadangkala nahas juga bawa manfaat.

Sang Algojo Gelojoh mencari semangkuk darah.

Khamis, September 24, 2009

Algojo.

Berikan dia waktu-waktu akhir
Untuk nikmati senyum
dan layu lembut sang bayu

Algojo.

Leraikan gelojoh tajam pedang mu
Sucikan haloba kuasa penghukum

Biar lepas
Biar bebas

Leher dan urat
Marhaen dizalimi

Tempah antologi sajak Salun Eksotikata sekarang!!!

Jumaat, September 04, 2009



Semua yang berminat untuk mendapatkan Antologi Sajak Salun Eksotikata boleh menghubungi gua dengan pelbagai cara.

1) emelkan kepada giga.rorqual16@gmail.com atau giga_rorqual16@yahoo.com dan nyatakan kuantiti yang dimahukan.

2) boleh tinggalkan komen di blog ini dan nyatakan kuantiti yang dimahukan.

3) boleh hubungi gua di talian telefon. (Kepada sesiapa yang tahu nombor telefon sahaja).

Antologi ini adalah edisi terhad jadi segera buat tempahan sekarang!

Habis lu orang menyesal dah bukan salah gua lagi.

Harga RM15.

Pesanan melalui pos diterima.

Kepada sesiapa yang berada di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur dan bandar-bandar sekitarnya gua boleh hantarkan terus jika diizinkan. :-)

Baca Naskhah Maskara pikat selera remaja

Rabu, September 02, 2009

Persembahan tersendiri, subur minat mereka aktif dalam seni

MALAM Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah Dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka (Maskara) di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Kuala Lumpur, baru-baru ini, memikat jiwa remaja dan anak muda yang cintakan seni dengan cara tersendiri, sekali gus mampu menarik minat generasi muda untuk bergerak aktif dalam aktiviti seni.

Meskipun masih ramai belum mengetahui kewujudan Maskara yang sudah hampir setahun bertapak di gelanggang puisi tanah air kerana tidak banyak mendapat liputan atau hebahan di dada akhbar, acara anjuran Sindiket Sol-Jah itu cukup dikenali kalangan penulis blog di tanah air sehingga ia mendapat sambutan yang sungguh memberangsangkan.

Tanpa bermaksud untuk menyinggung atau membandingkannya dengan Malam Baca Puisi Pena, sebaliknya khalayak berasa bangga apabila Pena membenarkan gelanggang puisinya dikongsi bersama anak muda yang belum dikenali untuk mempamerkan bakat terpendam, sekali gus usaha itu patut diberi pujian dalam keadaan nilai seni yang semakin pudar berjaya digilap kembali.

Biarpun cara dan konsep tidak serupa, situasi itu mampu mencetuskan minat anak muda terhadap karya sastera serta aktiviti seni sehingga tidak mustahil mereka mampu membuka ‘empayar’ tersendiri yang akan berdiri megah sebaris dengan nama karyawan tersohor tanah air.

Artis, Nur Nabihah Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Beeha, membawakan tiga lagu ciptaannya, Pari-pari Kertas dan Kelkatu serta lagu berduet dengan Roni dan Mamat dari kumpulan Mysthicus, iaitu Tanpa Bintang.

Pelajar Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang pertama kali membuat persembahan di Maskara itu, menyampaikan lagu Kelkatu yang mengasyikkan sehingga memukau penonton.

Bungkam bisu tiada apa yang satu
Lemah badan aku gila lesu
Fikiran melayang buat aku buntu
Apakah aku masih seekor kelkatu

Rancak menari salsa sampai terpijak kaki
Mereka semua tertawa tapi aku tak peduli
Aku menari tak henti-henti
Satu hari nanti aku kan pergi
Berikanlah aku satu peluang
Untuk aku terus terbang
Melakar lukisan pelangi indah
Untuk kita lakar bersama

Kumpulan Syafiq Sunny and Superfriends yang dianggotai oleh Mohd Syafiq, Israq Ismail dan Azzam Supardi pula mementaskan drama yang diangkat daripada puisi yang menyindir perilaku dan sikap manusia politik tanah air.

Pementasan tanpa judul itu, menggabungkan pelbagai isu, peristiwa, situasi dan latar masa berbeza pada satu latar tempat, iaitu perhentian bas yang sangat sesak, sekali gus menampilkan pelbagai ragam manusia.

Aku ingin beritahu
Di Jalan Robinson
Ada kuih kuaci berintikan diskriminasi
Ada kuih karipap berintikan populasi
Ada kuih gulung berintikan revolusi
Ada kuih pulut panggang berintikan reformasi

Muhammad Daniyal Abd Kadir (Danielle Corleone) pula menampilkan puisinya Terima Kasih Kerana Membodohkan Kami Yang Tidak Fasih Dengan Sifir Kamu, selain puisi penyair tersohor Indonesia, WS Rendra, Sajak Pertemuan Mahasiswa, yang berkaitan dengan penahanan pelajar universiti kerana berani menyuarakan pendapat dan melawan ketidakadilan.

Tentu, kita bertanya:
“lantas maksud baik saudara untuk siapa?”
Sekarang matahari semakin tinggi
Lalu akan bertakhta juga di atas puncak kepala
Dan di dalam udara yang panas kita juga bertanya:
Kita ini dididik untuk memihak yang mana?
Ilmu-ilmu diajarkan di sini
Akan menjadi alat pembebasan
Ataukah alat penindasan?

Sementara itu, Pengarah Projek Maskara, Nazri Mohd Anuar (Vovin), berkata Maskara menjadi platform bagi semua penggiat seni berkumpul untuk mengetengahkan bakat mereka tanpa terhad kepada bacaan puisi.

“Maskara mengalu-alukan penyertaan dan membuka ruang kepada orang ramai tanpa syarat yang tertentu, tetapi haruslah membuat penyertaan dengan prosedur yang betul atau sekurang-kurangnya menghubungi saya di laman blog Sindiket Sol-Jah.

“Kami menerima apa saja bentuk persembahan bukan saja bacaan puisi, nyanyian, tarian atau monolog, bahkan kami pernah menerima penyertaan untuk membuat persembahan silap mata kerana seni tidak boleh dimatikan, manakala bakat pula harus dipertontonkan dan terpulang kepada penonton sama ada mahu menerima atau tidak,” katanya.

Maskara turut dimeriahkan dengan persembahan anggota Sindiket Sol-Jah, penulis blog, penyanyi dan band indie termasuk Soffi Jikan, Saudagar Garam serta Cikgu Mat Jan.

sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Sastera/20090902080213/Article

Hari Bakal Bebas

Isnin, Ogos 31, 2009

Langit Kuala Lumpur
Langit kecerahan
Bintang kota besar
bintang hati kita
Bulan bandar sesak
Bulan cahaya suci
Angin ribut konkrit
Wajah isi warga

Selamat hari BELUM merdeka

Apa ini? Aku siapa? Kamu?

Khamis, Ogos 06, 2009

Sekali lagi sampai seru untuk aku
Datang juga kali kedua sampai hujung
Tak pernah berulang perkara sama
Tetapi kali ini lain benar bentuk dan rupa

Aku ini jaguh simpanan
Tak ada peluang menayang taring
Simpan nyanyian dalam lagu sendiri
Suara tak keluar sekat di kerongkong

Mahu marah jadi bimbang
Mahu tempik takut diherdik

Nasib aku makin hampir dengan kamu
Aku tak lagi ada daya angkatkan diri
Hanya kamu mampu tersenyum
Biarkan kami berguling dengan derita

Aku ini pohon getah
Kamu pula pisau toreh
Kamu itu nakhoda besar
Aku pula kapal layar
Aku hanya tanah kubur
Kamu berhak jadi penggali

Akhirnya kerana racun aku temui kamu dan sempurnakan cinta yang kadangkala penuh pincang di hujung serta di pangkal

Jumaat, Julai 31, 2009

Udara sesak warnanya putih
Campuran hitam jadi kelabu
Tercungap nafas tahan gelora
Hembusan sifar malam dan embun

Harumnya kosong isinya debu
Bikin fikirku
Tak tentu-tentu

Peparu jantung luka bernanah
Sebelum hilang dilumat hancur

Bentuknya racun serbuk
Tertumpah dari bekas
Kemudian luas-luas
tebar atas jerawat bumi

Lalu dia jadi pula debunga benci
Dan dari situ tumbuh besar pohon berlagak suci
Rupanya hanya Ranting duri daun sepi

Perlahan-lahan dia tunggu waktu.
Mahu tumbang
Sebelum mati

Sajak-Sajak Kontot dihimpunkan jadi Panjang. Kau ada cara?

Isnin, Julai 20, 2009

Oh. dendangan alunan kamu. Oh lembut.

Khamis, Julai 16, 2009

Lullaby.

Bantu mata ku tidur.

Oh!

Ya!

Mengantuk.

Mata tak segar.

Tak juga sedar.

Oh!

Lullaby.

Bantu aku jatuh mimpi.

Kemudian

Ya!

Jatuh cinta.

Kamu. Anggap. Aku. Sampah. Aku anggap kamu tongnya. Aku mahu ada dengan kamu sampai pemungut pisahkan kita.

Isnin, Jun 29, 2009

Andai
k
u
tahu
ada
kamu
dalam
u
k
akan
dibiar
jadi
parah
sampai
darah
tak
lagi
merah

Ada dua perkara buat kita jadi berdarah dan kemudian parah akibatnya. Aku tak mahu bising-bising lagi.

Ahad, Jun 14, 2009

Loceng jam.

Tunggu aku.

Boleh?

Bukan tak mahu

Kejar waktu.

Tapi luka
balutkan cerita.

Aku. Tunggu seperti kamu muncul. Tapi hingga kini. Aku masih harapkan sesuatu.

Jumaat, Jun 12, 2009

Kota kita ada dua impian. Satunya jelas. Yang nombor dua kabur.

Rabu, Jun 10, 2009

KAU!

Tiang kaca.

Tertegak.

Atas Lantai Jujur.

Mahu sahaja luhur.

Pasak
Cerucuk
Luka

Buat Sama Bina Kota!

Angkat tangan tinggi. Hempaskan nyawa kau sendiri.

Isnin, Jun 08, 2009

Cahaya nampak kusam
Ku rasa macam masam

Harum jadi

Seperti
tak
jadi

Hanya anggur.

Separa Peram.

Hembus asap. Kepulnya kau kumpul buat alas tidur di balik siang.

Ahad, Jun 07, 2009

Sianida
racun udara
Suntik
mawar
dalam cinta

Lemas
Kabus
Luput
Kalbu

Sesak jantung. Putus Uratnya.

Oh.Suci biar putih. Tak tahu kelabu. Buta tentang hitam dan rabun pada warna-warni.

Isnin, Jun 01, 2009

Andaikan cinta aku suci.
Dan yang lain-lain jadi ceterus paribus.
Biarkan berhembus.
Tolak jatuh akibat kencang.
Tapi tetap tak apa-apa.

Ada titik ada berbentuk lain. Yang penting tetap di hati. Tak perlu ke mana-mana. Sudah tentu tahu kamu ada di dalam mimpi. Berlegar-legar. Sebelum...

Jumaat, Mei 29, 2009

Pohonkan maaf aku kepada dia

Aku tak punya waktu

Untuk membilang patah kata

Kesempatan makin sempit untuk diri

Menghitung noktah dan koma.

Hati manusia remuk kemudian redam dan akhir sekali hancur. Bila ditanya sebab. Entah. Oh Alahai.

Ahad, Mei 24, 2009

Aku sedih pada rindu
Suka tentang kamu

Dan

Merana akibat jiwa

?

Ahad, Mei 17, 2009

Hey!

Lupa pada hari jadi
Ingat pada hari mati

Kau tahu hari mati aku?

Tak tahu?

Sudah.

Aku tak mahu kawan dengan kau!

Sebab apa?

Kau pun tahu.

Aku mahu kau ingat hari mati aku.

Faham?

Mati itu masa depan.

Liberalisasi Tongkat Ali dan Kachip Fathimah

Jumaat, Mei 15, 2009

Hampir semua orang tahu akan khasiat tumbuhan ini. Biarpun kefahaman budaya Melayu hanya mampu menaksirkan keunggulan pemikiran serta ruh perjuangan Saidina Ali dan Fathimah dengan memberi nama pada tumbuhan yang membawa imbasan seksual ini. Tetapi bukan perkara ini yang ingin aku sebutkan hari ini. Aku nak bercakap tentang hak paten. Apa kejadahnya Hak Paten ini? Ia adalah hak untuk memilik atau hak cipta terhadap sesuatu ciptaan itu.

Apa pula kaitan dengan Tongkat Ali dan Kachip Fathimah dengan liberalisasi dan hak paten ini?

Liberalisasi pasaran hanyalah nama lain, untuk pemodal (kapitalis) antarabangsa masuk ke Malaysia. Pemodal ini bukan mahu menambahkan modal Malaysia. Tetapi pemodal ini akan menimbunkan kekayaan mereka hasil menyedut, memeras dan MEMILIKI sumber daya alam semulajadi, harta kekayaan dan tenaga buruh serta hasil keluaran orang-orang Malaysia.

Perlu kita melihat bumi dan sumber alamnya yang cukup luas ini hanya dikuasai segelintir kecil kelompok manusia paling kaya di dunia. Mereka (kaum pemodal) yang memiliki harta pemilikan (atau rampas paksaan) akan mengeksploitasi golongan manusia terbanyak yg sebahagian besarnya tidak memiliki HARTA. Sebab itulah mereka yang tidak memiliki harta perlu membayar atau menjual tenaga buruhnya kepada Mereka (kaum pemodal) yang memiliki segalanya. Ini bagi membolehkan golongan yang tidak berpunya (atau dipaksa rampas kepunyaannya) dapat menikmati sumber daya alam untuk hidup dan bekerja. Sumber2 seperti tempat kerja, jentera, mesin, tanah, hutang dan juga produk/hasil keluaran yang telah di patenkan.

Akhirnya, akibat liberalisasi pasaran segala hasil yang dikeluarkan penduduk tempatan perlu mendapat kebenaran kaum (minoriti) pemodal dunia. Maksudnya, akan sampai waktu dimana pokok Tongkat Ali dan Kachip Fathimah tidak boleh ditanam, atau dibuat produk/hasil oleh semua rakyat Malaysia. Hanya mereka yang telah mendaftarkan hak paten yang berhak terhadap kononnya penemuan tumbuhan dan cara-cara mengeluarkan hasil daripada tumbuhan tersebut. Hak ini disokong dasar dan perundangan negara yang menghalalkan apa yang dinamakan Liberalisasi pasaran itu. Jadi kalau nak mengekstrak Tongkat Ali atau menanam Kachip Fathimah, suatu hari nanti kita perlu membayar royalti kepada pemilik Hak Paten Tongkat Ali dan Kachip Fathimah. Kalau tidak membayar, boleh didakwa, didenda atau dipenjarakan. Hal ini terjadi kerana Kerajaan United Malay National Organization siap untuk menjadi alat kapitalis antarabangsa dan sedia menjual apa saja serta setia menghukum sesiapa saja yang tidak mematuhi tuntutan pemilik Hak Paten itu.

Persoalannya, sejak bila pula tumbuhan Tongkat Ali dan Kachip Fathimah menjadi milik Massachusetts Institute of Technology dan Pepsi Cola, Amerika Syarikat? Ejen kapitalis antarabangsa ini telah mengorak langkah pertama, dalam perancangan -yang mungkin bakal sempurna tidak lama lagi - untuk merampas hak mutlak setiap rakyat di tanah air ini ke atas tumbuhan Tongkat Ali dan Kachip Fathimah.

Ini buktinya:

Hak paten Kachip Fathimah
"Holista Biotech Sdn Bhd, a Bionexus-status company, is working with PepsiCo, a leading global beverage giant, to develop a drink using Malaysian herb, kacip fatimah or labisia pumila with prospects for sale in Asia, the US and Europe.

Holista Biotech had in 2007 filed two patents on the herb's ability to protect the liver and improve the body's immune system.
"

Hak Paten setakat ini untuk ekstrak Tongkat Ali:

" Bioactive fraction of Eurycoma longifolia(nama saintifik Tongkat Ali)
Document Type and Number:
United States Patent 7132117

Abstract:
The invention provides new uses and products for treatment of sexual dysfunction and male infertility. The products include bioactive components of extracts from roots of the plant Eurycoma longifolia mixed in preparations for topical application and administation."

Apatah lagi, kini setelah Jamaludin Jarjis dihantar menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Dulu pernah terbaca JJ yang menjadi ahli parlimen Rompin memberikan hak membuat penyelidikan kepada sebuah kompeni Amerika Syarikat, Donald Danforth Plant Science Center ke atas alam tumbuhan dengan manfaat perubatan di hutan Endau-Rompin. Ini kiranya seperti menghantar JJ jadi salesman nak jual Malaysia.

Kata Proudhon, "harta pemilikan adalah rompakan!" Hak Paten adalah PEROMPAKAN! Hak Paten adalah Hak Untuk Merompak Secara Berlesen yang dikeluarkan kerajaan!

**Tulisan ini adalah cetusan sepenuhnya daripada penulis sajak yang dikagumi saudara Rahmat Haron.**

Sewaktu memekik, menjerit, melaung, memanggil, mengharap dan kemudian mahu melihat ada objek turun dari langit dan tak lupa singgah di rumah aku

Khamis, Mei 14, 2009

Cincang. Pincang
kau.aku takkan hilang

Tak mengaku
Perlu jadi kaku

Rumput hijau
boleh jadi kuning

Asal cukup waktu matahari
Tunggu masa tukar jadi bulan

Rimbun pohon darah
Subur beri baja kebodohan

Warna-warna pekat
simpan dalam poket

Lokek mahu lorek bentuk
Risau lurus jadi bengkok

Cuba terbang bukan lompat
jadi meteor bukan tupai

Apa?

Ada sama?

Ya. Ada!

Meteor jatuh terhempas
Tupai pula menjunam diri

Setelah ada garis putus-putus di tengah jalan kau berjaya sambungkannya menjadi garis berkembar untuk menamatkan persaingan yang lain

Selasa, Mei 12, 2009

Ini semangat baru.
Satu jiwa besar
Dua rasa berbeza
Tiga nyawa baru

Dahulu dipijak lumat
Sekarang bangun berdiri

Ini semangat baru.
Satu jiwa bebas
Dua sayap terbang
Tiga nafas kepuasan

Semangat 96.

Sewaktu aku bosan menunggu waktu untuk diri sendiri. Aku akan isikan apa yang ada dengan acara membaca warta berita

Isnin, Mei 04, 2009

Oh!

Ada kau dengar orang berkata.

"Aku ikhlas mencintai dirimu"

Pantas ingin aku memintas

"Kalau ikhlas tak harapkan balasan"

Ya!

Jika bercinta dengan ikhlas

Kau hanya akan memberi

Wah!

Tak terfikir itu rugi?

Atau lebih keras lagi

Bodoh.

Aku mahu jeritkan sesuatu

Bercintalah dengan harapan

Ada keuntungan untuk engkau

Ya!

Cinta itu skim piramid cepat kaya!

Makin kau gelojoh.

Cintakan balasan.

Selama itu dia tetap mahu rapat.

(Ini sajak atau warta berita abang naga?)

Kalau mahu tahu siri-siri cerita ganjil atau mungkin yang berkaitan dengan kebenaran mimpi aku boleh berikan makna jelas pada kamu

Sabtu, Mei 02, 2009

Malam sebelum lelap mata
Aku simpankan dia baik-baik

Ketika enak melayan tidur
Datang mimpi tak diundang

Dikatakan mahu dirampas
Milik yang aku simpan

Aku kata jangan
Dia tetap mahu

Kemudian.

Bunyi mimpi hilang dalam terang

Sampai sekarang tak juga aku jumpa
Tak tahu ke mana dia pergi sendiri

Ketika suasana menjadi semakin tidak logik untuk menusuk otak dengan janji-janji kosong manusia yang tidak aku kenal

Jumaat, Mei 01, 2009

Semalam bulan menelefon aku
Dimintanya cahaya yang aku pinjam dahulu

Aku jawap dengan tujuan memberi hampa
Dengan nada terketar-ketar aku katakan

"Cahaya yang kau pinjamkan sudah aku hilangkan"

Dia lihatnya terkejut dan seperti sudah putus harap
Aku cukup suka melihat bulan jadi suram begitu

Aku tak bisa berbuat apa-apa
Kerana aku hanya mahukan cahaya
Terus kekal lindungi aku.

Kepada semua pendengar dan pembaca mahu pun pemenggal kepala kamu tahu itu bukan?

Khamis, April 30, 2009

Muhammad Daniyal bin Abd Kadir (Bukan Nama Sebenar)

Adalah seorang.

Penipu orang
Pendusta manusia
Pembohong haiwan
Pembelit ular
Penyamar bayang
Penyamun harta
Pencuri duit
Penghancur kacang
Peranap setinggan
Pemusnah barangan
Pembunuh hati
Pengebom diri
Perosak cinta
Perampas rindu
Pelupus semangat
Pengkhianat hubungan

Peluru hidup.

Sekali kamu datang runtuh bentuk kota batu. Dua kali kamu hampir punah-ranah impian manusia Tiga kali kamu pergi jadi bahagia senyum si anjing

Rabu, April 29, 2009

Sekali mimpi
Sekali sepi
Sekali pergi
Sekali rugi

Dua Kali bimbang
Dua kali serang
Dua kali girang
Dua kali terang

Tiga kali hitam
Tiga kali pitam
Tiga kali hentam
Tiga kali terkam.

Ada rumah atapnya tinggi melepasi bintang dan tahap-tahap langit yang di luar pengetahuan otak-otak manusia genius tetapi wujud dalam idea orang bodoh

Ahad, April 26, 2009

Kata kau kaki dia luka
Dia kata hati kau suka

Kata aku diri kamu lupa
Kamu kata mata aku alpa

Bisik mereka kita semua lalai
Kita menjerit mereka pula cuai

Mahukan cahaya dan jalur-jalur pada langit mengerti tentang makna kesepian dan maksud keruntuhan

Jumaat, April 24, 2009

Pari-Pari 


Hembusan udara

Bawa Pesan

Bawa Bayangan

Berikan rindu

Penuhkan kasih

Menunggu jatuh

Bintang terdakap

Mengucapkan kata-kata cinta dengan bibir yang manis dilekatkan penuh berahi bersama-sama embun pagi milik mimpi kekasih yang lain

Khamis, April 23, 2009

Kalam-Kalam Palsu

Terhambur sembur
ketika hujan 

Keluar dari Pasar
menggenggam bakul
berisi ikan dan sayur

Berpanas waktu malam
Senyap ketika tidur
Hilang nikmat tak berdengkur

Menyusun demokrasi dalam cinta, kau jaga hak manusia dan ia bakal berputik menumbuh bunga yang kita amat sukakan

Selasa, April 21, 2009

Pernah kau mimpi
Jatuh cinta dengan
Robert Mugabe?

Lupakan.

Warna.

Rupa.

Kemahuan.

Hanya wujud.

Kasih terkawal.

Paksaan.

Seksaan jiwa.

Pilihlah antara dua.

Mugabe atau Si Lincoln berjanggut.

Apabila bercerita tentang dunia dan wang tunai segera teringatkan tentang mimpi berjalan di permaidani hijau ketika matahari sudah tahu lanjut usianya

Ahad, April 19, 2009

Oh.

Ada dua biji mangkuk kaca.

Permulaannya adalah kosong.

Tetapi selepas terhidu beberapa jenis bau.

Dan.

Ketika semua orang berpaling ke arah lain.

Jatuh isi-isi dari langit.

Mengisi kosong hingga penuh.

Dan.

Melimpah kemudian kosong semula.

Sewaktu mempelam rumah jiran jatuh ke tangan jiran yang satu lagi

Semalam

Trotsky menjerit

Dia tegas

Tetap tahu

Dan

Mahu

Biji kacang merah

Semuanya sama

Semalam ada satu panggilan telefon nombornya berkelip-kelip pada skrin telefon genggam dia. sekejap biru muda. sekejap cokelat tua.

Jumaat, April 17, 2009

Kalau sajak sudah tidak ada lagi.

Aku nak makan apa?


Kau boleh tolong jawapkan?

Tak mengapa.

Aku tahu hari ini sudah tidak lagi menjadi sajak.

Kau punya jejak kaki pun dah makin lama makin kelabu.

Tak lama lagi mungkin akan hilang.

Aku doakan cepat-cepat hilang.

Minta maaf kalau kau sakit.

Aku tak doakan kau cepat-cepat sembuh.

Kerana bagi aku itu tidak cukup manis.

Aku mahu lagi enak.

Lagi selesa.

Jika engkau dapat hilang dan lenyap.


Ya. Aku puas.

Kau hulur tali gantung, aku sambut dengan leher jinjang kekasih yang mahu berasmara sepanjang waktu

Isnin, April 13, 2009

Kebergantungan itu menyeksakan
Seperti Iraq menanggung rasa

Pasaran Bebas itu wabak kerahan
Seperti Petani Kopi yang diperah-perah

Globalisasi itu mimpi ngeri tak henti
Seperti Lembu tiada rumput dipagut

Kau tahu? suara kau macam jeritan makhluk tak mengetahui perasaan khinzir yang perlukan perhatian dan kasih sayang!

Jadi asing tanpa suara
Manusia lumpuh
Ada kaki masih tak guna

Mata kekal dengan fungsi
Ya dan tidak hanya persoalan.
Sama masa timbulkan tanda ?

Aku menunggu esok kerana kata mereka di dalam kaca berwarna ada bintang mahu jatuh ke pangkuan ketika ramai manusia berlari menghala ke matahari

Ahad, April 12, 2009

Semalam ketika rintik-rintik
Aku dengan kepayahan menitipkan sajak
Buat engkau yang sedang mengharung terik

Waktu dengan kita memang ada beza
Tapi tetap ada titik untuk sama-sama temui
Mahu engkau dan aku adil dalam hidup

Aku sepi dalam ruang kosong tetapi itu mungkin perkara biasa bagi manusia yang tahu melompat selepas menikmati hidangan malam sehingga esok pagi

Sabtu, April 11, 2009

Ada huruf ada aksara

Ada mimpi ada sedar

Ada satu dan ada dua

Kamu tahu Aku mahu

Tiada Apa tiada Siapa

Conteng gunting

Guna warna


Ketawa.Bimbang.Senyum

Tiba di garisan penamat & membikin sedikit aksi sebelum bersedia untuk bergaya dengan menyarung jersi Bintik-Bintik Merah

Rabu, April 08, 2009

Kayuh
hingga
Peluh

Pecah
Derai
Pelaton

Akhir
Dengan
Polka Dot

Semalam aku belajar tentang sesuatu sambil disaksikan angin-angin, kitaran emosi dan pusingan akhir menstrualisasi

Selasa, April 07, 2009

Kacau Kabut
Kenyal Kental
Dodol di Aidilfitri

Meminjam kata-kata dialog Aziz Satar juga satu perkara yang unik untuk kita lemparkan makna cinta pada hati yang paling dalam

Ahad, April 05, 2009

Besar hidup
sebesar hidung
Ahmad Nisfu

Cukup besar
atau belum lagi.

Aku serahkan
Kamu tentukan.

Lelaki jalang berpusing-pusing dengan kedua-dua tangan terangkat ke atas tanda menyerah kerana sesat hingga lara di Kuala Lumpur

Selasa, Mac 31, 2009

Perempuan.

Berikan mancis api.

Nyalakan Terang-Terang.

Lindung dari angin.

Jangan padam marak.

Hulur SURAT CINTA.

Musnah sampai abu.

Terbang jadi habuk.

Terima Kasih kerana membodohkan kami yang tidak fasih dengan sifir kamu

Sabtu, Mac 28, 2009

Ada secawan Asid
Mahu minum
Rasa nikmat
Pada kerongkong.

Oh! Segar.

Mahu kongsi?

Tuangkan
Separuh cawan
Kamu OK?

Jangan minum
Hingga penuh
Takut tak mampu.

Dan...

Nanti tak tahan.

Kepala Bapak Engkau Perdana Menteri

Rabu, Mac 25, 2009

Bapa kau dahulu Perdana Menteri

Bapa Mertua aku juga Perdana Menteri

Aku tak tahu

Tapi kau tahu

Kita adik-beradik

Kita saudara-mara

Pangkat dan kuasa

Satukan Kita!!!

Aku Ganggu Kamu Tak?

Isnin, Mac 23, 2009

notapelekatmelekitgangguibujaridantelunjukuntukbekerjamacambiasaohyainisudahjadisajakyangtiba tibamenjadipelikdengangayabahasamanusiamungkingagapatautakkenaldirisayanglidahbolehtergeliattak?

Emak cakap hati muda ada panas dan sejuk!

Ahad, Mac 22, 2009

Ayuh!

Anak Muda!

Turun ke jalan!

Bukan berlumba!

Kita luah perasaan!

Mari ludah sangsi mereka!

Jerit-jerit untuk nyawa tertindas!

Bersentuh dengan Khinzir

Gerak Gentar Gestapo
Separa anjing.

Sunyi mahu menyalak
Bimbang ada yang dengar

Gerak Gentar Gestapo
Separa manusia.

Kalut Otak

Sabtu, Mac 21, 2009

Oh.

Angin.
Yang.
Kencang.

Mengapa?

Kerana.
Kamu.
Lupa.
Janji.
Aku.

Tidak.
Bukan.
Kurang.
Ingat.
Sahaja.

Tak.
Pernah.
Lupa.
Wajah.
Cinta.

Senyum.
Mimpi.
Datang.
Dari.
Situ.

Oh.

Angin.
Yang.
Kencang.

Mengapa?

Tolong.
Jadi.
Perlahan.

Aku.
Mahu.
Pejam.
Tidur.
Lena.

Tak.
Mahu.
Gigil.
Minta.
Peluk.

Hijau Lumut Kepala Engkau

Jumaat, Mac 20, 2009

Pernah kamu fikir?
Ada hari tanpa hujung?

Ya aku pernah.
Tapi lain yang muncul.

Hari tetap ada hujung.
Namun hujungnya lain.

Tak ada muncung.
Bukan jadi tumpul.

Tajam tak hiris.
Hati masih lapis tebal.

Kamu tahu bukan?
Aku minta dikejut.

Ketika bila?

Waktu petang...
Mahu menjemput...

Malam.

Menyundal Mimpi

Biarkan gelas
Alirkan air
Dari mata punca

Mahu lihat dia
Hilang dahaga

Teguk dan teguh


Puas
Kekal
Ada.

Oh. sakit.
Ya.Datang.
Tidak.Hilang.

Gunting dan Koktel

Khamis, Mac 19, 2009

Berdepan Cermin
Usap leher lembut
Gunakan Gunting

Hembus pada telinga
Minta kembali CINTA

Rindu pada mabuk
Berahi pada asmara

Koktel dari kamu
tuangkan untuk aku.

Aku tunggu Amsterdam

Amsterdam,

Aku tunggu kamu
Ada anggur merah
Dalam lapis-lapis
Pelangi.

Geleng,

Sedia susuk pejal
Hidang malam
Sunyi.

Noda Merah di Amsterdam

Daerah Neon Merah, Amsterdam
Haruman Aroma merangsang
Mahu pada wanita
Biasa sahaja menggugat

Jadi gugur jantung dan otak

Gelas-gelas kaki lurus

Tak pernah kering
Dengan cangkir anggur merah
Melawan Mabuk

Gelora Nafas

Inquilab Zindabad!

Selasa, Mac 10, 2009

Suara menjerit
Ruang terhimpit

Dunia bergoncang
Angin pun kencang

Langit tak hitam
Mimpi tak kelam

Hati bergegar
Jiwa pun segar

Aku melaung
Engkau menyahut

Aku ulangi
Engkau ikuti

Alam Gempita
Jeritkan salam

Aku, INQUILAB!!!
Engkau, ZINDABAD!!!

"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa" - Pak Samad!

Sabtu, Mac 07, 2009




2.50 petang-7 Mac 2009.

Sekumpulan penunjuk perasaan berjaya menyusup keluar untuk mengelak daripada terkena tembakan serangan pemedih mata pihak FRU.

3.03 petang

Di atas bukit di hadapan istana SB berpakaian preman kini sudah bergerak masuk ke dalam kelompok wartawan.

3.18 petang

Memorandum telah diserahkan. Gerakan rakyat tersekat dengan gas pemedih mata.

3.20 petang

Hasni, Ainon dan beberapa orang lagi datang berpakaian baju Melayu hadir dari arah lain dan berjaya serahkan memorandum. Penyerahan dilakukan kepada wakil Istana.

3.26 petang

FRU menyerang di dalam masjid mengggunakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air.

3.35 petang

Puan Ainon sedang diiring untuk kembali ke Masjid Negara dan satu taklimat dijangka akan diadakan.

3.51 petang

FRU terus mengepung Masjid Negara. Gas Pemedih Mata terus dilepaskan.

4.04 petang

Separuh anggota FRU telah beredar.

4.28 petang

Wartawan sedang menemu bual Pak Samad di dalam Masjid dan khabar angin menyebut memorandum telah gagal diserahkan.

5.32 petang

Ada sumber yang boleh dipercayai menyebut memorandum itu telah berjaya diserahkan.

5.57 petang

Puan Ainon memaklumkan memorandum membantah PPSMI dapat diserahkan kepada pihak Istana. Dengan itu matlamat perhimpunan 100 ribu umat terlaksana.

Selamat Datang Ke Zimbabwe

Selasa, Mac 03, 2009

Aku kepingin jejakkan kaki ke sana
melompat-lompat melayangkan badan
memijak-mijak kepala yang lain
memukul-mukul muka mereka

Oh! aku ingin rasakan anginnya
Malam-malam...

aku penuhi dengan hajat

rasa jatuh cinta pada kemelutnya

Kini aku tak perlu bergerak jauh.
Kau makin hampir mengalas kaki
Aku sedia memeluk cara mu

Ya!

Zimbabwe!

Selamat Datang ke Tanah Aku!

Sajak yang penuh tanda seru!

Isnin, Februari 23, 2009

Di mana politik?

Aku ada kuasa!
Aku perlu kamu politik!
Segera datang!
Kuasa sudah tidak mampu digalas lagi!
Aku perlukan kau jadi tempat luahan!
Kuasa aku hanya untuk politik!
Hanya politik dapat mengangkat beban kuasa!
Keadaan tidak bebas!
Walaupun bernafas masih mudah!
Situasi tidak sukar!
Walaupun ruang jadi sempit!

Ketika aku ada kuasa,
kamu mesti sentiasa ada!
Turut sama...
Bukan hilang seperti hari ini.

Aku perlukan kamu politik!
Kerana kuasa aku sudah bernafsu tinggi!
Dia perlukan pasangan mengawan!
Untuk melahirkan zuriat kawalan!
Menyekat nafas orang lain!
Biar mereka resah!
Biar mereka dilupakan!
Aku mahu kuasa dan politik bersatu!
Aku mahu apa yang kamu katakan!
Kuasa aku sudah makin gilakan politik!
Kamu faham? Aku tahu kamu faham!

Sekarang berhenti berfikir!
Kamu hanya perlu berfikir untuk aku!
Carikan politik untuk aku!
Kerana aku ada kuasa!
Aku tahu politik cintakan kuasa!

Demo = krasi + nstrasi.

Sabtu, Februari 14, 2009

Demokrasi.

Kata penguasa ianya gila
tapi bagi kita gila itu ghairah


Suara.

Kata mereka tiada bunyi
tapi bagi kita ianya gempita


Perubahan.

Kata mereka angan-angan
tapi bagi kita jadi nyawa.

Kau hantu.

Selasa, Februari 10, 2009

Ada hantu pandai melukis.
Aku pintakan semuanya jadi.

Aku katakan mahu mimpi.
Dia berikan aku realiti hidup.

Aku mahu melukis langit.
Dia berikan warna pelangi.
Lalu bentuk ajaib seni.

Dan apabila aku sendiri pantas daripada masa.

Selasa, Februari 03, 2009

Papan kekunci tak mampu menduga aku biarpun namanya kekunci dan berlegar dengan tekateki serta sering mahu menduga tapi aku lebih pantas daripada papan kekunci aku tinggalkannya dan biarkan sifatnya hilang jadi papan sahaja.

Sembunyi

Rabu, Januari 07, 2009

Subuh sembunyi
hilang sunyi
terbit bunyi

Malam datang
hadir bintang
langit terang

Simpan hati
kamu sepi
aku mati!