Negara Tanah Tumpahnya Darahku terima ancaman serangan udara

Sabtu, Mei 31, 2008

Bandar Hujung Lumpur Terpalit, 31 Mei - Negara Tanah Tumpahnya Darahku semalam menerima ancaman serangan udara dan ini menyebabkan rakyat di negara tersebut terpaksa melupakan hasrat mengisi perut dengan nasi.

Buat sementara waktu rakyat negara itu dinasihatkan untuk berkebulur seketika kerana pihak pemerintah mahu menggunakan wang yang telah disediakan untuk membeli nasi, terpaksa digunakan dahulu bagi menampung keperluan menangkis serangan udara yang dilancarkan oleh pihak musuh.

Menurut jurucakap pemerintah kerajaan tentera Tanah Tumpahnya Darahku, negara tersebut sangat memerlukan bekalan besi dan keluli bagi membolehkan mereka lebih maju ke hadapan.

"Negara kami menerima ancaman serangan udara dan kami berharap rakyat dapat menahan sekejap kelaparan yang ada kerana buat masa ini pesawat perang, jet pengebom dan kapal selam adalah penting untuk menyelamatkan nyawa seluruh penduduk Tanah Tumpahnya Darahku," ujar jurucakap pemerintah junta tentera kerajaan Tanah Tumpahnya Darahku semalam.

Sebagai sebuah negara yang maju, Tanah Tumpahnya Darahku perlu mempunyai sistem pertahanan yang baik, lebih baik dari sistem pertanian yang mampu mengelakkan rakyat menjadi kebulur.

"Dengan senjata yang lengkap sahaja rakyat kita akan menjadi kuat, malah lebih kuat berbanding dengan hanya menjamah sepinggan nasi kosong tanpa lauk," ulas jurucakap kerajaan tentera Tanah Tumpahnya Darahku kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar di Mongolia semalam.

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=336437

7 kata-kata kawan:

dugongsenyum berkata...

Kah kah kah... sinis.

Danielle_Corleone berkata...

hahaha! sinis baru boleh senyum! :P

Rajuna berkata...

bagusla beli jet
boleh tumpang ke sekolah kan?
mesti percuma.

jagoan berkata...

sunting sikit. boleh wat surat layang. :D

Danielle_Corleone berkata...

sudah semestinya, lepas ini anak-anak ke sekolah gembira naik jet laju - Rajuna -

Haha! chantek!! kasi idea untuk sunting boleh? -ah tok-

Yana Ismail berkata...

ehehehe:)

Danielle_Corleone berkata...

ada apa dgn gelak tu princess? :P hehe