Nafkah!

Jumaat, Jun 06, 2008

Kita kerja
Siang dan kadangkala
Malam!

Kita tidur
Malam dan kadangkala
Siang!

Kita makan
Siang dan Malam!

Hujungnya hari
saku dan uncang berisi...

Seketika!

Perut pula bila mahu terisi?
Aku, kau dan semua
Tidak pernah mahu
merancang jadi kurus
dan langsung mati!

Saku dan uncang bocor
langsung hilang sedar!

Binatang kaki dua
Gergasi kaki empat!

Hari-hari perlu diberi makan
dan perlu diberi minum!

Mahu tak mahu

mereka waris kita
nafkah mereka
jadi beban berat
seksa dan sarat!

Kita berdosa
jika curang!

Aku rela mati
dari lihat engkau

lumpuh tak bernyawa!


7 kata-kata kawan:

ka-ii berkata...

yang ini aku faham..mesti isu semasa skang kan.

ak nk tny 1 sln..if la kan, subsidi minyak dikekalkan, dan harga makanan n barang dikurangkan or kekal je ikut harga yg biase..ape malaysia akan jadi miskin ke? nape mesti buat keputusan cm2 skali? ape miskin sgt ke malaysia ni. da xde duit ke kite? kite pengeluar minyak..kite negara pertanian jugak. cukai ade. tol ade. negara indutri. ape yang sampai kite xcukup duit sgt ni sampai kene buat mcm tu sekali. ak xfhm la. what happen actly..tu je. bole jawab? hehehe..

Danielle_Corleone berkata...

Tujuan utama kerajaan mengurangkan subsidi minyak adalah untuk menambahkan perbelanjaan dalam pembangunan negara! Seperti yang aku slalu sebutkan pembangunan negara kita tak pernah seimbang! agihan pendapatan negara kita jarang-jarang sekali berlaku adil! Negara kita sangat kaya! namun sifat tamak dan kecelaruan dalam mengurus menjadikan kita seolah-olah negara miskin! Kita memang terlampau memberi tumpuan kepada industri "besi" sampaikan hampir terabai keperluan untuk mengeluarkan makanan! Satu contoh yang jelas menunjukkan salah urus dan ketiadaupayaan kerajaan untuk menilai keperluan rakyat ialah apabila kita terlalu berlumba-lumba mahu jadi maju mengejar tarikh dan tahun 2020! namun kebanyakan minda rakyat masih tak berubah walau kita ada kemudahan sebaik mana pun, tapi kalau minda yang menggunakan apa yang kita ada itu bercelaru, memang susah untuk kita melihat sesuatu yang lebih baik. Satu lagi alasan mengapa kita terpaksa menanggung beban dan dirompak sebegini teruk ialah kerana sumber petroleum di Malaysia bakal pupus dan Petronas perlu mencari kawasan pelaburan baru, jadi sekarang untuk menyumbang dana pelaburan kepada petronas kita perlu membayar dengan harga yang tinggi dan keuntungan itu tidak pasti akan dikongsi dengan kita atau pun tidak! :-)

ka-ii berkata...

ok..faham..

maka selalu la menjawab soalan aku..

lepas ni apela lagi nak naik kan..

Danielle_Corleone berkata...

lepas ini ada yang akan naik melepasi yang paling tinggi!

Princess Liyana berkata...

Hai,semua benda nak naik. Apa yang takkan naik?ish

xrajunax berkata...

nafsu syaitan!
berteras kebabian
hina manusia
menjilat nista!
terbenam
dalam ketamakan
menelan kehalobaan!


jahanammmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!

Danielle_Corleone berkata...

kita mahu maju mesti mahu naik princess! :P

Jika bukan sekarang bila lagi rajuna!