Kiri dan Kanan mana yang kau pilih?

Rabu, Jun 11, 2008

Tangan Kiri
dikerah kerja
siang dan malam

Tangan Kanan
banyak diam
rehat dan suka

Jadi bantal tidur
Jadi pelaku istinjak
semuanya tangan Kiri

Namun...

bila makan
Kanan kenyang
minum juga
dia yang lega

Kiri
rasa cemburu
bila Kanan mencuri
cintanya

Kanan
selesa melepas rindu
menggenggam cinta
bersama tangan Kiri
seorang perempuan

Kiri
mula berfikir
mencari parang
mencantas kanan

Aku yang seksa!

21 kata-kata kawan:

iAmeFie berkata...

btol3...
kiri yg byk bekerja tp kanan yg dpt habuan..
dpt duit pn kanan juge..
dpt kwn pn kanan..
kiri dpt tgk je..
tp keje2 laen sume kiri buat..
*utk org2 lefthanded mcm kite* hehehe

Danielle_Corleone berkata...

haha! tau pun memang utk kita! :P

Muhammad Azli Shukri berkata...

sajak yang sangat menarik..

xrajunax berkata...

syukur


sudah memadai

Danielle_Corleone berkata...

terima kasih saudara azli!

786 Alhamdulillah! -rajuna-

Hartini Omar berkata...

sdr danielle corleone,
-sebangsa kah? =)
-salam singgah kembali
-tak tahu pula saya ada juga org lelaki yg hebat berpuisi..
-tahniah dan izinkan sy menyenaraikan blog tuan dalam pautan blog saya
-terima kasih

Danielle_Corleone berkata...

sebangsa apa hartini?
Saya pula mencari perempuan yang pintar beralun kata-kata. hehe. :P

Princess Liyana berkata...

saya lefthanded:p..
hehe..mana satu ek yg untung?

Danielle_Corleone berkata...

hehe. sama la kita saya pun kiri juga! hmm mana yang untung saya tetap katakan kiri! hee

Hartini Omar berkata...

maksud sy, tuan ni orang melayu ke? sbb nama tuan tak menggambarkan ciri2 kemelayuan.. mana la tau bukan org melayu, tp pandai berbahasa melayu =P
btw, salam perkenalan

ida asro berkata...

kiri dan kanan saling memerlukan...

ida asro berkata...

Wahhh....!!
Nampaknye blog awk semakin famous!
;););)

ka-ii berkata...

saya xtau beza kiri dan kanan. hahahhaa..

yg ini pasal ape plak?

Danielle_Corleone berkata...

haha! betul saya bukan berbangsa melayu! tapi saya beragama Islam. :-) bangsa tidak bererti apa-apa selain daripada membawa maksud untuk berkenal dan berpecah. :-) -hartini-

Betul Ida, kedua2 sama dan melengkapi. Famous ke? haha.:P

haha! hati2 khai jangan tersesat di jalan sehala sudah!. Kisah kali ini adalah realiti kekusutan seorang yang bertangan kidal. Jiwa anggota kiri yang sering memberontak. melihatkan kanan sering bersuka ria. bergembira. sana dan sini. walaupun mereka melakukan sedikit dan hanya banyak mengaut nama dan hasil daripada anggota kiri yang sering tertindas. :-)

iAmeFie berkata...

cuba bygkan kiri kemalangan atau kecederaan..
sudah pasti kanan terkapai2 tak dapat berbuat apa2...
segala kerja pasti tertunda...
hehe

Danielle_Corleone berkata...

ya! baru dia tau kan efie? :P

iAmeFie berkata...

haa...btol3..
;)

Danielle_Corleone berkata...

hahaha! :P -efie-

ida asro berkata...

kak ka-ii nak jd sinchan..confused nak beza kiri kanan..last2 x tengah2 je..hehe..

Danielle_Corleone berkata...

haha ya ke ida? :P

ida asro berkata...

hehe..
pengaruh sinchan..tgk la cte sinchan..hahaha..

sbenanye..kak efie yg aja sy tgk cte sinchan..ooopps!