Sajak yang penuh tanda seru!

Isnin, Februari 23, 2009

Di mana politik?

Aku ada kuasa!
Aku perlu kamu politik!
Segera datang!
Kuasa sudah tidak mampu digalas lagi!
Aku perlukan kau jadi tempat luahan!
Kuasa aku hanya untuk politik!
Hanya politik dapat mengangkat beban kuasa!
Keadaan tidak bebas!
Walaupun bernafas masih mudah!
Situasi tidak sukar!
Walaupun ruang jadi sempit!

Ketika aku ada kuasa,
kamu mesti sentiasa ada!
Turut sama...
Bukan hilang seperti hari ini.

Aku perlukan kamu politik!
Kerana kuasa aku sudah bernafsu tinggi!
Dia perlukan pasangan mengawan!
Untuk melahirkan zuriat kawalan!
Menyekat nafas orang lain!
Biar mereka resah!
Biar mereka dilupakan!
Aku mahu kuasa dan politik bersatu!
Aku mahu apa yang kamu katakan!
Kuasa aku sudah makin gilakan politik!
Kamu faham? Aku tahu kamu faham!

Sekarang berhenti berfikir!
Kamu hanya perlu berfikir untuk aku!
Carikan politik untuk aku!
Kerana aku ada kuasa!
Aku tahu politik cintakan kuasa!

Demo = krasi + nstrasi.

Sabtu, Februari 14, 2009

Demokrasi.

Kata penguasa ianya gila
tapi bagi kita gila itu ghairah


Suara.

Kata mereka tiada bunyi
tapi bagi kita ianya gempita


Perubahan.

Kata mereka angan-angan
tapi bagi kita jadi nyawa.

Kau hantu.

Selasa, Februari 10, 2009

Ada hantu pandai melukis.
Aku pintakan semuanya jadi.

Aku katakan mahu mimpi.
Dia berikan aku realiti hidup.

Aku mahu melukis langit.
Dia berikan warna pelangi.
Lalu bentuk ajaib seni.

Dan apabila aku sendiri pantas daripada masa.

Selasa, Februari 03, 2009

Papan kekunci tak mampu menduga aku biarpun namanya kekunci dan berlegar dengan tekateki serta sering mahu menduga tapi aku lebih pantas daripada papan kekunci aku tinggalkannya dan biarkan sifatnya hilang jadi papan sahaja.