Ada titik ada berbentuk lain. Yang penting tetap di hati. Tak perlu ke mana-mana. Sudah tentu tahu kamu ada di dalam mimpi. Berlegar-legar. Sebelum...

Jumaat, Mei 29, 2009

Pohonkan maaf aku kepada dia

Aku tak punya waktu

Untuk membilang patah kata

Kesempatan makin sempit untuk diri

Menghitung noktah dan koma.

Hati manusia remuk kemudian redam dan akhir sekali hancur. Bila ditanya sebab. Entah. Oh Alahai.

Ahad, Mei 24, 2009

Aku sedih pada rindu
Suka tentang kamu

Dan

Merana akibat jiwa

?

Ahad, Mei 17, 2009

Hey!

Lupa pada hari jadi
Ingat pada hari mati

Kau tahu hari mati aku?

Tak tahu?

Sudah.

Aku tak mahu kawan dengan kau!

Sebab apa?

Kau pun tahu.

Aku mahu kau ingat hari mati aku.

Faham?

Mati itu masa depan.

Liberalisasi Tongkat Ali dan Kachip Fathimah

Jumaat, Mei 15, 2009

Hampir semua orang tahu akan khasiat tumbuhan ini. Biarpun kefahaman budaya Melayu hanya mampu menaksirkan keunggulan pemikiran serta ruh perjuangan Saidina Ali dan Fathimah dengan memberi nama pada tumbuhan yang membawa imbasan seksual ini. Tetapi bukan perkara ini yang ingin aku sebutkan hari ini. Aku nak bercakap tentang hak paten. Apa kejadahnya Hak Paten ini? Ia adalah hak untuk memilik atau hak cipta terhadap sesuatu ciptaan itu.

Apa pula kaitan dengan Tongkat Ali dan Kachip Fathimah dengan liberalisasi dan hak paten ini?

Liberalisasi pasaran hanyalah nama lain, untuk pemodal (kapitalis) antarabangsa masuk ke Malaysia. Pemodal ini bukan mahu menambahkan modal Malaysia. Tetapi pemodal ini akan menimbunkan kekayaan mereka hasil menyedut, memeras dan MEMILIKI sumber daya alam semulajadi, harta kekayaan dan tenaga buruh serta hasil keluaran orang-orang Malaysia.

Perlu kita melihat bumi dan sumber alamnya yang cukup luas ini hanya dikuasai segelintir kecil kelompok manusia paling kaya di dunia. Mereka (kaum pemodal) yang memiliki harta pemilikan (atau rampas paksaan) akan mengeksploitasi golongan manusia terbanyak yg sebahagian besarnya tidak memiliki HARTA. Sebab itulah mereka yang tidak memiliki harta perlu membayar atau menjual tenaga buruhnya kepada Mereka (kaum pemodal) yang memiliki segalanya. Ini bagi membolehkan golongan yang tidak berpunya (atau dipaksa rampas kepunyaannya) dapat menikmati sumber daya alam untuk hidup dan bekerja. Sumber2 seperti tempat kerja, jentera, mesin, tanah, hutang dan juga produk/hasil keluaran yang telah di patenkan.

Akhirnya, akibat liberalisasi pasaran segala hasil yang dikeluarkan penduduk tempatan perlu mendapat kebenaran kaum (minoriti) pemodal dunia. Maksudnya, akan sampai waktu dimana pokok Tongkat Ali dan Kachip Fathimah tidak boleh ditanam, atau dibuat produk/hasil oleh semua rakyat Malaysia. Hanya mereka yang telah mendaftarkan hak paten yang berhak terhadap kononnya penemuan tumbuhan dan cara-cara mengeluarkan hasil daripada tumbuhan tersebut. Hak ini disokong dasar dan perundangan negara yang menghalalkan apa yang dinamakan Liberalisasi pasaran itu. Jadi kalau nak mengekstrak Tongkat Ali atau menanam Kachip Fathimah, suatu hari nanti kita perlu membayar royalti kepada pemilik Hak Paten Tongkat Ali dan Kachip Fathimah. Kalau tidak membayar, boleh didakwa, didenda atau dipenjarakan. Hal ini terjadi kerana Kerajaan United Malay National Organization siap untuk menjadi alat kapitalis antarabangsa dan sedia menjual apa saja serta setia menghukum sesiapa saja yang tidak mematuhi tuntutan pemilik Hak Paten itu.

Persoalannya, sejak bila pula tumbuhan Tongkat Ali dan Kachip Fathimah menjadi milik Massachusetts Institute of Technology dan Pepsi Cola, Amerika Syarikat? Ejen kapitalis antarabangsa ini telah mengorak langkah pertama, dalam perancangan -yang mungkin bakal sempurna tidak lama lagi - untuk merampas hak mutlak setiap rakyat di tanah air ini ke atas tumbuhan Tongkat Ali dan Kachip Fathimah.

Ini buktinya:

Hak paten Kachip Fathimah
"Holista Biotech Sdn Bhd, a Bionexus-status company, is working with PepsiCo, a leading global beverage giant, to develop a drink using Malaysian herb, kacip fatimah or labisia pumila with prospects for sale in Asia, the US and Europe.

Holista Biotech had in 2007 filed two patents on the herb's ability to protect the liver and improve the body's immune system.
"

Hak Paten setakat ini untuk ekstrak Tongkat Ali:

" Bioactive fraction of Eurycoma longifolia(nama saintifik Tongkat Ali)
Document Type and Number:
United States Patent 7132117

Abstract:
The invention provides new uses and products for treatment of sexual dysfunction and male infertility. The products include bioactive components of extracts from roots of the plant Eurycoma longifolia mixed in preparations for topical application and administation."

Apatah lagi, kini setelah Jamaludin Jarjis dihantar menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Dulu pernah terbaca JJ yang menjadi ahli parlimen Rompin memberikan hak membuat penyelidikan kepada sebuah kompeni Amerika Syarikat, Donald Danforth Plant Science Center ke atas alam tumbuhan dengan manfaat perubatan di hutan Endau-Rompin. Ini kiranya seperti menghantar JJ jadi salesman nak jual Malaysia.

Kata Proudhon, "harta pemilikan adalah rompakan!" Hak Paten adalah PEROMPAKAN! Hak Paten adalah Hak Untuk Merompak Secara Berlesen yang dikeluarkan kerajaan!

**Tulisan ini adalah cetusan sepenuhnya daripada penulis sajak yang dikagumi saudara Rahmat Haron.**

Sewaktu memekik, menjerit, melaung, memanggil, mengharap dan kemudian mahu melihat ada objek turun dari langit dan tak lupa singgah di rumah aku

Khamis, Mei 14, 2009

Cincang. Pincang
kau.aku takkan hilang

Tak mengaku
Perlu jadi kaku

Rumput hijau
boleh jadi kuning

Asal cukup waktu matahari
Tunggu masa tukar jadi bulan

Rimbun pohon darah
Subur beri baja kebodohan

Warna-warna pekat
simpan dalam poket

Lokek mahu lorek bentuk
Risau lurus jadi bengkok

Cuba terbang bukan lompat
jadi meteor bukan tupai

Apa?

Ada sama?

Ya. Ada!

Meteor jatuh terhempas
Tupai pula menjunam diri

Setelah ada garis putus-putus di tengah jalan kau berjaya sambungkannya menjadi garis berkembar untuk menamatkan persaingan yang lain

Selasa, Mei 12, 2009

Ini semangat baru.
Satu jiwa besar
Dua rasa berbeza
Tiga nyawa baru

Dahulu dipijak lumat
Sekarang bangun berdiri

Ini semangat baru.
Satu jiwa bebas
Dua sayap terbang
Tiga nafas kepuasan

Semangat 96.

Sewaktu aku bosan menunggu waktu untuk diri sendiri. Aku akan isikan apa yang ada dengan acara membaca warta berita

Isnin, Mei 04, 2009

Oh!

Ada kau dengar orang berkata.

"Aku ikhlas mencintai dirimu"

Pantas ingin aku memintas

"Kalau ikhlas tak harapkan balasan"

Ya!

Jika bercinta dengan ikhlas

Kau hanya akan memberi

Wah!

Tak terfikir itu rugi?

Atau lebih keras lagi

Bodoh.

Aku mahu jeritkan sesuatu

Bercintalah dengan harapan

Ada keuntungan untuk engkau

Ya!

Cinta itu skim piramid cepat kaya!

Makin kau gelojoh.

Cintakan balasan.

Selama itu dia tetap mahu rapat.

(Ini sajak atau warta berita abang naga?)

Kalau mahu tahu siri-siri cerita ganjil atau mungkin yang berkaitan dengan kebenaran mimpi aku boleh berikan makna jelas pada kamu

Sabtu, Mei 02, 2009

Malam sebelum lelap mata
Aku simpankan dia baik-baik

Ketika enak melayan tidur
Datang mimpi tak diundang

Dikatakan mahu dirampas
Milik yang aku simpan

Aku kata jangan
Dia tetap mahu

Kemudian.

Bunyi mimpi hilang dalam terang

Sampai sekarang tak juga aku jumpa
Tak tahu ke mana dia pergi sendiri

Ketika suasana menjadi semakin tidak logik untuk menusuk otak dengan janji-janji kosong manusia yang tidak aku kenal

Jumaat, Mei 01, 2009

Semalam bulan menelefon aku
Dimintanya cahaya yang aku pinjam dahulu

Aku jawap dengan tujuan memberi hampa
Dengan nada terketar-ketar aku katakan

"Cahaya yang kau pinjamkan sudah aku hilangkan"

Dia lihatnya terkejut dan seperti sudah putus harap
Aku cukup suka melihat bulan jadi suram begitu

Aku tak bisa berbuat apa-apa
Kerana aku hanya mahukan cahaya
Terus kekal lindungi aku.