Mahathir dan drama...

Selasa, Mei 20, 2008

Mengapa kelmarin Mahathir secara tiba-tiba membuat drama suspens baru, saya fikir kejutan yang dilakukan beliau bukan untuk meraikan hari lahir sesiapa, tetapi dilihat sebagai satu petanda kepada masa kecederaan dalam situasi politik terkini Malaysia. Nampaknya kejutan dan gelora ombak besar yang meranapkan penguasaan selesa kerajaan UMNO-BN masih lagi belum reda. Setelah satu perkara, hadir pula perkara yang lain. Jika saya yang menjadi Perdana Menteri dalam waktu sebegini mungkin sukar untuk saya mengawal rasa marah dan emosi yang makin melambung tinggi, setinggi harga barang-barang keperluan di negara kita.

Tindakan ini merupakan antara beberapa lanjutan siri kejutan yang biasa dimainkan oleh Mahathir. Pelbagai reaksi timbul apabila kejutan terbaru ini muncul, ada yang marah, bahagia, pelik dan pelbagai lagi perasaan yang wujud. Bagi saya Mahathir adalah pemimpin yang sentiasa bergelumang dengan kontroversi. Hari ini saya tidak berminat untuk menonjolkan kontroversi-kontroversi lain yang menyelubungi karier politik Mahathir, tetapi saya lebih berminat untuk menonjolkan apa yang boleh kita gambarkan sebagai jodoh pemimpin ini dengan UMNO.

Mahathir menjadi antara individu terawal yang menyertai UMNO sejak dari zaman awal kemunculan parti itu membela nasib Melayu menentang Malayan Union. Mahathir pernah dipecat sebagai ahli majlis tertinggi UMNO pada 12 Julai 1969 selepas berlaku pengedaran umum surat beliau mengkritik corak kepimpinan Tunku Abdul Rahman, khususnya dalam soal pembelaan terhadap orang Melayu dan kebijaksanaan Tunku dalam mengatasi masalah pertembungan kaum pada 13 Mei tahun yang sama. Kemudiannya Mahathir dipecat sebagai ahli UMNO pada 26 September 1969 akibat kelantangan tidak bertempat yang disifatkan oleh Tunku sebagai bahaya dan mampu menggugat keupayaan UMNO.

Namun begitu ketika era pemerintahan Tun Abdul Razak, Mahathir diterima semula masuk ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972. Ini adalah suratan jodoh yang dapat kita kaitkan di antara UMNO dan Mahathir.

Semalam kisah yang sama berulang kembali, tetapi waktu dan suasana serta punca keadaan adalah berbeza. Kali ini Mahathir tidak dihalau dari rumah UMNO, tetapi Mahathir sendiri mengemaskan barang-barangnya dan keluar dengan sendiri. Sebab utamanya adalah kerana Mahathir tidak begitu selesa dengan cara Tuan Rumah yang baru menguruskan rumah tersebut, menurut Mahathir begitu banyak yang bocor dan tidak dibaiki, ini menyebabkan Mahathir tidak lagi selesa dan mengambil keputusan untuk pergi. (Walaupun bocor-bocor itu adalah buatan tikus-tikus peliharaan Mahathir serta tangan Mahathir sendiri yang hilang punca dalam membaiki).

Imbas kembali pada tahun 2002, Mahathir pernah dengan penuh kesayuan dan hati yang sebak dengan nada suara yang tersekat-sekat mengumumkan hasrat meletak jawatan dalam UMNO dan sebagai Perdana Menteri, ketika itu begitu ramai yang sedih dan menggesa Mahathir menarik balik tindakan tersebut, kerana ketika itu suara-suara berkenaan menganggap Mahathir sebagai pemimpin yang masih diperlukan untuk menyatukan UMNO. Mereka memujuk dan akhirnya Mahathir bersetuju untuk hanya meletak jawatan pada tahun 2003. Indah sungguh susunan plot pada ketika itu.

Namun kelmarin keadaannya nyata berbeza, tidak ramai suara yang bernada memujuk, meminta Mahathir menarik balik keputusan tersebut, malah ada yang menyatakan Mahathir sebagai individu yang tidak bertanggungjawab dan cuba memburukkan lagi keadaan parti. Apa sudah jadi pada rasa sayang pengikut-pengikut UMNO ini, dan saya sendiri faham yang Mahathir juga mengerti (ikut pengalaman silamnya), sifat UMNO memang begini, sesiapa tidak dapat menyangkal kenyataan ini. Sudah kita faham dan ketahui bahawa kita adalah negara dunia ketiga yang masih mencari arah demokrasi, tidak hairan jika asas politik di negara kita ini berbentuk politik kuasa, siapa ada kuasa dia kita sanjung, apabila kuasanya hilang dia sudah tidak dijunjung.

Satu perkara penting yang perlu kita fikir dan renungkan ialah ajakan Mahathir kepada semua isi rumah untuk mengosongkan kediaman UMNO adalah satu ajakan yang berbunyi serius, cuba bayangkan jika semua isi rumah UMNO keluar dan tinggal di luar tanpa berlindung, apa akan jadi jika hari hujan dan ribut melanda? Adakah mereka sanggup untuk kekal di luar dan berlagak tegak berdiri walaupun sudah demam dan lelah ditimpa hujan?

Mahathir memang sinonim dengan drama dan tindakan beliau keluar dari UMNO ini adalah lanjutan daripada siri-siri drama sebelum ini. Jadi kepada semua ahli UMNO yang berfikir tentang parti dan penyatuan, keadaan yang ditimbulkan hanya perang peribadi antara dua pemimpin dan rasa tidak puas hati kepimpinan dahulu dengan yang sekarang, masalahnya mudah, jangan pula kita menjadi pihak yang merumitkan keadaan dan kemudian tersepit ditengah-tengah tanpa ada sebarang ruang untuk kita bernafas.

NAMA SUDAH BERBAHASA INGGERIS BAGAIMANA PULA BICARA TENTANG PERJUANGAN MELAYU! FIKIR-FIKIRKAN...

6 kata-kata kawan:

xrajunax berkata...

haha
merajuk ke tu?
tak kawan sudah
tak jadi masalah
hotak kau terbelah
aku sepak jadi bola!

haha

Danielle_Corleone berkata...

haha. biasa la dia bro kuat merajuk. org tua2 mmg cam tu sensitip. ckp dia mesti mau dgr. kalo tak mmg merajuk kita yg payah nak pujuk. org tua merajuk buruk mak aku kata. :P

tempe berkata...

salam..sy amat tertarik dgn isu ini..Mahathir pd sy mmg seorg yg cerdik pndai bermain politik sehingga negeri sy pada dlunya enggan menerima UMNO kini terperangkap dengn UMNO..tp bila Hang Jebat di lawan katanya dia akan mengamuk seluruh negara dan membunh semuanya..tp di seblik kemelut ini akan lahir sesorg yg kita sendiri tdk sangka kerana brjaya megisi kekosangn s sebalik kekurangan dalmn UMNO..tp siapa?kita tidak pasti..tunggu dan lihat shj..

Danielle_Corleone berkata...

ya. kita bukan ahli nujum dan mangkuk ajaib. kita hanya mampu menunggu. kita hanya ada masa. :-) terima kasih tempe.

xrajunax berkata...

get ur fucking hell politician.

Danielle_Corleone berkata...

haha! sabar saudara rajuna. saya tahu kamu marah. saya pun marah juga. dan teringin mahu mencarut. ahli politik di malaysia semakin @&^#^%$&^$^@!!&*%%$!!!