Untuk Kawan-Kawan!

Sabtu, Disember 27, 2008



DATANG YA SEMUA!

Poket kamu penuh tapi perut aku kosong langsung!

Ahad, Disember 14, 2008

Mudah untuk kamu katakan
dan mudah juga untuk aku menghadam
dan melumatkan pejal-pejal nikmat
yang kamu berikan

Sukar untuk kita sama-sama
dalam satu jalan
dan kamu memimpin tangan aku
dan mungkin kadang-kadang aku
memeluk dan mencium peluh di dahi kamu
agar kita hilang lelah bersama

Jika ADA yang memberi izin
aku mahu mengisi ruang kontang
dalam perut sendiri
dengan kertas-kertas
dan tembaga-tembaga nilai
dalam poket kamu

Aku makin sengsara
hanya mampu diam
dan menahan
alunan rentak
yang datang

Kamu? Kamu terus berbondong-bondong
mengusung poket penuh
ke mana-mana
hingga sampai satu ketika
poket kamu itu bocor

Apabila bocor dan berlubang
akulah manusia paling nikmat
dan susuk tubuh paling pandai mencipta senyum
kerana aku akan mengekor kamu
bagai bayang-bayang gelap
mengutip tiap-tiap yang jatuh itu!