Ini zaman menongkat dagu
Ini waktu bermenung jauh
Ini masanya berhenti lari
Ini ketikanya bermula kembali
Sudah sampai kita ke daerah baru
Penuh titik-titik putus harapan
Kalau disambung
Mampu kembali capai mimpi
Berhentilah kau mendongak
Rabu, Disember 30, 2009Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 4:23:00 PTG 2 kata-kata kawan
Ini tiada maksud untuk bermain kata-kata
Ahad, Disember 27, 2009Aku tak akan mengerti
Kerana tak pernah aku
Mahu dan lalu
Untuk rajin membaca
Hati kamu yang tebal
Aku tak suka menyelak
Helaian hati kamu
Kerana jelas seperti
Menyesakkan
Apa kata
dengan satu cadangan
kau gunakan mesin pengimbas
simpankan ketebalan hati itu
Jadikan dia padat
sebelum kau muat naik
dan mudah untuk aku
atau siapa sahaja
gelintar laju hati kamu
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 1:42:00 PG 4 kata-kata kawan
Zubaidah dan tikus-tikus jalanan yang setia memainkan lagu tarian kita
Isnin, Disember 14, 2009Dalam rambang mata Zubaidah
Ada hati haiwan mahu dibedah
Dalam angin ribut duka menerjang
Ada lorong gelap menuju ke ranjang
Dalam setiap bilangan mimpi
Hanya yang terang setia terpilih
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 4:01:00 PTG 4 kata-kata kawan
Kupu-kupu. warna-warni. Arnab dan merpati putih,pucat.
Rabu, November 11, 2009Di belakang pelangi hujung bukit selepas setiap kali hujan waktu asar itu jadi tempat kami bertemu kemudian bercumbu dan masing-masing ambil haluan sendiri sebelum berpatah kembali dan saling menikam, mencucuk serta merobek keluar daging suci merah darah yang kita semua panggilkan dengan manja dan berikan konotasi positif ketika membincangkan cinta, iaitu HATI.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 4:01:00 PTG 7 kata-kata kawan
Bercakap dan cuba sarung dan tinggal dalam kasut aku.
Rabu, Oktober 28, 2009Bercakap bagaikan buku memang sedap
Bercakap tentang realiti...
Siapa mampu?
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 12:42:00 PTG 7 kata-kata kawan
Mau aja!
Jumaat, Oktober 09, 2009Mau aja aku ajak kamu berkongsi kangkang
Biar lain terliur nikmat, menelan cemburu
Mau aja aku membisik kamu
Menyatu gelora meroboh kota
Mau aja aku biar kamu mabuk dengan tarian
Meliuk ghairah atas lantai kayu syurgaku
Mau aja aku jemput kamu
Nikmati hanyut dan geletek jiwa
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 2:37:00 PTG 9 kata-kata kawan
Pecah.Hancur.Sayap.B.U.A.T.A.N!
Rabu, Oktober 07, 2009Ada langit
ada kapal terbang
ada angin
ada pesawat kertas
mahu luncur
mahu laju
biarkan hembus
biarkan terus
Kadangkala nahas juga bawa manfaat.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 12:06:00 PTG 5 kata-kata kawan
Sang Algojo Gelojoh mencari semangkuk darah.
Khamis, September 24, 2009Algojo.
Berikan dia waktu-waktu akhir
Untuk nikmati senyum
dan layu lembut sang bayu
Algojo.
Leraikan gelojoh tajam pedang mu
Sucikan haloba kuasa penghukum
Biar lepas
Biar bebas
Leher dan urat
Marhaen dizalimi
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 8:50:00 PTG 2 kata-kata kawan
Tempah antologi sajak Salun Eksotikata sekarang!!!
Jumaat, September 04, 2009Semua yang berminat untuk mendapatkan Antologi Sajak Salun Eksotikata boleh menghubungi gua dengan pelbagai cara.
1) emelkan kepada giga.rorqual16@gmail.com atau giga_rorqual16@yahoo.com dan nyatakan kuantiti yang dimahukan.
2) boleh tinggalkan komen di blog ini dan nyatakan kuantiti yang dimahukan.
3) boleh hubungi gua di talian telefon. (Kepada sesiapa yang tahu nombor telefon sahaja).
Antologi ini adalah edisi terhad jadi segera buat tempahan sekarang!
Habis lu orang menyesal dah bukan salah gua lagi.
Harga RM15.
Pesanan melalui pos diterima.
Kepada sesiapa yang berada di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur dan bandar-bandar sekitarnya gua boleh hantarkan terus jika diizinkan. :-)
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 9:23:00 PG 2 kata-kata kawan
Tanda Nama promosi.
Baca Naskhah Maskara pikat selera remaja
Rabu, September 02, 2009Persembahan tersendiri, subur minat mereka aktif dalam seni
MALAM Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah Dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka (Maskara) di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Kuala Lumpur, baru-baru ini, memikat jiwa remaja dan anak muda yang cintakan seni dengan cara tersendiri, sekali gus mampu menarik minat generasi muda untuk bergerak aktif dalam aktiviti seni.
Meskipun masih ramai belum mengetahui kewujudan Maskara yang sudah hampir setahun bertapak di gelanggang puisi tanah air kerana tidak banyak mendapat liputan atau hebahan di dada akhbar, acara anjuran Sindiket Sol-Jah itu cukup dikenali kalangan penulis blog di tanah air sehingga ia mendapat sambutan yang sungguh memberangsangkan.
Tanpa bermaksud untuk menyinggung atau membandingkannya dengan Malam Baca Puisi Pena, sebaliknya khalayak berasa bangga apabila Pena membenarkan gelanggang puisinya dikongsi bersama anak muda yang belum dikenali untuk mempamerkan bakat terpendam, sekali gus usaha itu patut diberi pujian dalam keadaan nilai seni yang semakin pudar berjaya digilap kembali.
Biarpun cara dan konsep tidak serupa, situasi itu mampu mencetuskan minat anak muda terhadap karya sastera serta aktiviti seni sehingga tidak mustahil mereka mampu membuka ‘empayar’ tersendiri yang akan berdiri megah sebaris dengan nama karyawan tersohor tanah air.
Artis, Nur Nabihah Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Beeha, membawakan tiga lagu ciptaannya, Pari-pari Kertas dan Kelkatu serta lagu berduet dengan Roni dan Mamat dari kumpulan Mysthicus, iaitu Tanpa Bintang.
Pelajar Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang pertama kali membuat persembahan di Maskara itu, menyampaikan lagu Kelkatu yang mengasyikkan sehingga memukau penonton.
Bungkam bisu tiada apa yang satu
Lemah badan aku gila lesu
Fikiran melayang buat aku buntu
Apakah aku masih seekor kelkatu
Rancak menari salsa sampai terpijak kaki
Mereka semua tertawa tapi aku tak peduli
Aku menari tak henti-henti
Satu hari nanti aku kan pergi
Berikanlah aku satu peluang
Untuk aku terus terbang
Melakar lukisan pelangi indah
Untuk kita lakar bersama
Kumpulan Syafiq Sunny and Superfriends yang dianggotai oleh Mohd Syafiq, Israq Ismail dan Azzam Supardi pula mementaskan drama yang diangkat daripada puisi yang menyindir perilaku dan sikap manusia politik tanah air.
Pementasan tanpa judul itu, menggabungkan pelbagai isu, peristiwa, situasi dan latar masa berbeza pada satu latar tempat, iaitu perhentian bas yang sangat sesak, sekali gus menampilkan pelbagai ragam manusia.
Aku ingin beritahu
Di Jalan Robinson
Ada kuih kuaci berintikan diskriminasi
Ada kuih karipap berintikan populasi
Ada kuih gulung berintikan revolusi
Ada kuih pulut panggang berintikan reformasi
Muhammad Daniyal Abd Kadir (Danielle Corleone) pula menampilkan puisinya Terima Kasih Kerana Membodohkan Kami Yang Tidak Fasih Dengan Sifir Kamu, selain puisi penyair tersohor Indonesia, WS Rendra, Sajak Pertemuan Mahasiswa, yang berkaitan dengan penahanan pelajar universiti kerana berani menyuarakan pendapat dan melawan ketidakadilan.
Tentu, kita bertanya:
“lantas maksud baik saudara untuk siapa?”
Sekarang matahari semakin tinggi
Lalu akan bertakhta juga di atas puncak kepala
Dan di dalam udara yang panas kita juga bertanya:
Kita ini dididik untuk memihak yang mana?
Ilmu-ilmu diajarkan di sini
Akan menjadi alat pembebasan
Ataukah alat penindasan?
Sementara itu, Pengarah Projek Maskara, Nazri Mohd Anuar (Vovin), berkata Maskara menjadi platform bagi semua penggiat seni berkumpul untuk mengetengahkan bakat mereka tanpa terhad kepada bacaan puisi.
“Maskara mengalu-alukan penyertaan dan membuka ruang kepada orang ramai tanpa syarat yang tertentu, tetapi haruslah membuat penyertaan dengan prosedur yang betul atau sekurang-kurangnya menghubungi saya di laman blog Sindiket Sol-Jah.
“Kami menerima apa saja bentuk persembahan bukan saja bacaan puisi, nyanyian, tarian atau monolog, bahkan kami pernah menerima penyertaan untuk membuat persembahan silap mata kerana seni tidak boleh dimatikan, manakala bakat pula harus dipertontonkan dan terpulang kepada penonton sama ada mahu menerima atau tidak,” katanya.
Maskara turut dimeriahkan dengan persembahan anggota Sindiket Sol-Jah, penulis blog, penyanyi dan band indie termasuk Soffi Jikan, Saudagar Garam serta Cikgu Mat Jan.
sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Sastera/20090902080213/Article
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 1:10:00 PTG 2 kata-kata kawan
Tanda Nama tulisan yang bukan puisi
Hari Bakal Bebas
Isnin, Ogos 31, 2009Langit Kuala Lumpur
Langit kecerahan
Bintang kota besar
bintang hati kita
Bulan bandar sesak
Bulan cahaya suci
Angin ribut konkrit
Wajah isi warga
Selamat hari BELUM merdeka
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:24:00 PG 0 kata-kata kawan
Apa ini? Aku siapa? Kamu?
Khamis, Ogos 06, 2009Sekali lagi sampai seru untuk aku
Datang juga kali kedua sampai hujung
Tak pernah berulang perkara sama
Tetapi kali ini lain benar bentuk dan rupa
Aku ini jaguh simpanan
Tak ada peluang menayang taring
Simpan nyanyian dalam lagu sendiri
Suara tak keluar sekat di kerongkong
Mahu marah jadi bimbang
Mahu tempik takut diherdik
Nasib aku makin hampir dengan kamu
Aku tak lagi ada daya angkatkan diri
Hanya kamu mampu tersenyum
Biarkan kami berguling dengan derita
Aku ini pohon getah
Kamu pula pisau toreh
Kamu itu nakhoda besar
Aku pula kapal layar
Aku hanya tanah kubur
Kamu berhak jadi penggali
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:12:00 PTG 4 kata-kata kawan
Akhirnya kerana racun aku temui kamu dan sempurnakan cinta yang kadangkala penuh pincang di hujung serta di pangkal
Jumaat, Julai 31, 2009Udara sesak warnanya putih
Campuran hitam jadi kelabu
Tercungap nafas tahan gelora
Hembusan sifar malam dan embun
Harumnya kosong isinya debu
Bikin fikirku
Tak tentu-tentu
Peparu jantung luka bernanah
Sebelum hilang dilumat hancur
Bentuknya racun serbuk
Tertumpah dari bekas
Kemudian luas-luas
tebar atas jerawat bumi
Lalu dia jadi pula debunga benci
Dan dari situ tumbuh besar pohon berlagak suci
Rupanya hanya Ranting duri daun sepi
Perlahan-lahan dia tunggu waktu.
Mahu tumbang
Sebelum mati
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 9:56:00 PTG 2 kata-kata kawan
Sajak-Sajak Kontot dihimpunkan jadi Panjang. Kau ada cara?
Isnin, Julai 20, 2009Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:00:00 PTG 7 kata-kata kawan
Oh. dendangan alunan kamu. Oh lembut.
Khamis, Julai 16, 2009Lullaby.
Bantu mata ku tidur.
Oh!
Ya!
Mengantuk.
Mata tak segar.
Tak juga sedar.
Oh!
Lullaby.
Bantu aku jatuh mimpi.
Kemudian
Ya!
Jatuh cinta.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 8:30:00 PTG 4 kata-kata kawan
Kamu. Anggap. Aku. Sampah. Aku anggap kamu tongnya. Aku mahu ada dengan kamu sampai pemungut pisahkan kita.
Isnin, Jun 29, 2009Andai
k
u
tahu
ada
kamu
dalam
u
k
akan
dibiar
jadi
parah
sampai
darah
tak
lagi
merah
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:01:00 PTG 4 kata-kata kawan
Ada dua perkara buat kita jadi berdarah dan kemudian parah akibatnya. Aku tak mahu bising-bising lagi.
Ahad, Jun 14, 2009Loceng jam.
Tunggu aku.
Boleh?
Bukan tak mahu
Kejar waktu.
Tapi luka
balutkan cerita.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 9:35:00 PTG 8 kata-kata kawan
Aku. Tunggu seperti kamu muncul. Tapi hingga kini. Aku masih harapkan sesuatu.
Jumaat, Jun 12, 2009Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:01:00 PTG 2 kata-kata kawan
Kota kita ada dua impian. Satunya jelas. Yang nombor dua kabur.
Rabu, Jun 10, 2009KAU!
Tiang kaca.
Tertegak.
Atas Lantai Jujur.
Mahu sahaja luhur.
Pasak
Cerucuk
Luka
Buat Sama Bina Kota!
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:02:00 PTG 4 kata-kata kawan
Angkat tangan tinggi. Hempaskan nyawa kau sendiri.
Isnin, Jun 08, 2009Cahaya nampak kusam
Ku rasa macam masam
Harum jadi
Seperti
tak
jadi
Hanya anggur.
Separa Peram.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:54:00 PTG 4 kata-kata kawan
Hembus asap. Kepulnya kau kumpul buat alas tidur di balik siang.
Ahad, Jun 07, 2009Sianida
racun udara
Suntik
mawar
dalam cinta
Lemas
Kabus
Luput
Kalbu
Sesak jantung. Putus Uratnya.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 1:55:00 PTG 1 kata-kata kawan
Oh.Suci biar putih. Tak tahu kelabu. Buta tentang hitam dan rabun pada warna-warni.
Isnin, Jun 01, 2009Andaikan cinta aku suci.
Dan yang lain-lain jadi ceterus paribus.
Biarkan berhembus.
Tolak jatuh akibat kencang.
Tapi tetap tak apa-apa.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 7:25:00 PTG 10 kata-kata kawan
Ada titik ada berbentuk lain. Yang penting tetap di hati. Tak perlu ke mana-mana. Sudah tentu tahu kamu ada di dalam mimpi. Berlegar-legar. Sebelum...
Jumaat, Mei 29, 2009Pohonkan maaf aku kepada dia
Aku tak punya waktu
Untuk membilang patah kata
Kesempatan makin sempit untuk diri
Menghitung noktah dan koma.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:05:00 PTG 5 kata-kata kawan
Hati manusia remuk kemudian redam dan akhir sekali hancur. Bila ditanya sebab. Entah. Oh Alahai.
Ahad, Mei 24, 2009Aku sedih pada rindu
Suka tentang kamu
Dan
Merana akibat jiwa
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:42:00 PTG 7 kata-kata kawan
?
Ahad, Mei 17, 2009Hey!
Lupa pada hari jadi
Ingat pada hari mati
Kau tahu hari mati aku?
Tak tahu?
Sudah.
Aku tak mahu kawan dengan kau!
Sebab apa?
Kau pun tahu.
Aku mahu kau ingat hari mati aku.
Faham?
Mati itu masa depan.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:24:00 PTG 7 kata-kata kawan
Liberalisasi Tongkat Ali dan Kachip Fathimah
Jumaat, Mei 15, 2009Hampir semua orang tahu akan khasiat tumbuhan ini. Biarpun kefahaman budaya Melayu hanya mampu menaksirkan keunggulan pemikiran serta ruh perjuangan Saidina Ali dan Fathimah dengan memberi nama pada tumbuhan yang membawa imbasan seksual ini. Tetapi bukan perkara ini yang ingin aku sebutkan hari ini. Aku nak bercakap tentang hak paten. Apa kejadahnya Hak Paten ini? Ia adalah hak untuk memilik atau hak cipta terhadap sesuatu ciptaan itu.
Apa pula kaitan dengan Tongkat Ali dan Kachip Fathimah dengan liberalisasi dan hak paten ini?
Liberalisasi pasaran hanyalah nama lain, untuk pemodal (kapitalis) antarabangsa masuk ke Malaysia. Pemodal ini bukan mahu menambahkan modal Malaysia. Tetapi pemodal ini akan menimbunkan kekayaan mereka hasil menyedut, memeras dan MEMILIKI sumber daya alam semulajadi, harta kekayaan dan tenaga buruh serta hasil keluaran orang-orang Malaysia.
Perlu kita melihat bumi dan sumber alamnya yang cukup luas ini hanya dikuasai segelintir kecil kelompok manusia paling kaya di dunia. Mereka (kaum pemodal) yang memiliki harta pemilikan (atau rampas paksaan) akan mengeksploitasi golongan manusia terbanyak yg sebahagian besarnya tidak memiliki HARTA. Sebab itulah mereka yang tidak memiliki harta perlu membayar atau menjual tenaga buruhnya kepada Mereka (kaum pemodal) yang memiliki segalanya. Ini bagi membolehkan golongan yang tidak berpunya (atau dipaksa rampas kepunyaannya) dapat menikmati sumber daya alam untuk hidup dan bekerja. Sumber2 seperti tempat kerja, jentera, mesin, tanah, hutang dan juga produk/hasil keluaran yang telah di patenkan.
Akhirnya, akibat liberalisasi pasaran segala hasil yang dikeluarkan penduduk tempatan perlu mendapat kebenaran kaum (minoriti) pemodal dunia. Maksudnya, akan sampai waktu dimana pokok Tongkat Ali dan Kachip Fathimah tidak boleh ditanam, atau dibuat produk/hasil oleh semua rakyat Malaysia. Hanya mereka yang telah mendaftarkan hak paten yang berhak terhadap kononnya penemuan tumbuhan dan cara-cara mengeluarkan hasil daripada tumbuhan tersebut. Hak ini disokong dasar dan perundangan negara yang menghalalkan apa yang dinamakan Liberalisasi pasaran itu. Jadi kalau nak mengekstrak Tongkat Ali atau menanam Kachip Fathimah, suatu hari nanti kita perlu membayar royalti kepada pemilik Hak Paten Tongkat Ali dan Kachip Fathimah. Kalau tidak membayar, boleh didakwa, didenda atau dipenjarakan. Hal ini terjadi kerana Kerajaan United Malay National Organization siap untuk menjadi alat kapitalis antarabangsa dan sedia menjual apa saja serta setia menghukum sesiapa saja yang tidak mematuhi tuntutan pemilik Hak Paten itu.
Persoalannya, sejak bila pula tumbuhan Tongkat Ali dan Kachip Fathimah menjadi milik Massachusetts Institute of Technology dan Pepsi Cola, Amerika Syarikat? Ejen kapitalis antarabangsa ini telah mengorak langkah pertama, dalam perancangan -yang mungkin bakal sempurna tidak lama lagi - untuk merampas hak mutlak setiap rakyat di tanah air ini ke atas tumbuhan Tongkat Ali dan Kachip Fathimah.
Ini buktinya:
Hak paten Kachip Fathimah
"Holista Biotech Sdn Bhd, a Bionexus-status company, is working with PepsiCo, a leading global beverage giant, to develop a drink using Malaysian herb, kacip fatimah or labisia pumila with prospects for sale in Asia, the US and Europe.
Holista Biotech had in 2007 filed two patents on the herb's ability to protect the liver and improve the body's immune system."
Hak Paten setakat ini untuk ekstrak Tongkat Ali:
Apatah lagi, kini setelah Jamaludin Jarjis dihantar menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Dulu pernah terbaca JJ yang menjadi ahli parlimen Rompin memberikan hak membuat penyelidikan kepada sebuah kompeni Amerika Syarikat, Donald Danforth Plant Science Center ke atas alam tumbuhan dengan manfaat perubatan di hutan Endau-Rompin. Ini kiranya seperti menghantar JJ jadi salesman nak jual Malaysia.
Kata Proudhon, "harta pemilikan adalah rompakan!" Hak Paten adalah PEROMPAKAN! Hak Paten adalah Hak Untuk Merompak Secara Berlesen yang dikeluarkan kerajaan!
**Tulisan ini adalah cetusan sepenuhnya daripada penulis sajak yang dikagumi saudara Rahmat Haron.**
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 2:24:00 PG 2 kata-kata kawan
Tanda Nama tulisan yang bukan puisi
Sewaktu memekik, menjerit, melaung, memanggil, mengharap dan kemudian mahu melihat ada objek turun dari langit dan tak lupa singgah di rumah aku
Khamis, Mei 14, 2009Cincang. Pincang
kau.aku takkan hilang
Tak mengaku
Perlu jadi kaku
Rumput hijau
boleh jadi kuning
Asal cukup waktu matahari
Tunggu masa tukar jadi bulan
Rimbun pohon darah
Subur beri baja kebodohan
Warna-warna pekat
simpan dalam poket
Lokek mahu lorek bentuk
Risau lurus jadi bengkok
Cuba terbang bukan lompat
jadi meteor bukan tupai
Apa?
Ada sama?
Ya. Ada!
Meteor jatuh terhempas
Tupai pula menjunam diri
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 2:27:00 PG 2 kata-kata kawan
Setelah ada garis putus-putus di tengah jalan kau berjaya sambungkannya menjadi garis berkembar untuk menamatkan persaingan yang lain
Selasa, Mei 12, 2009Ini semangat baru.
Satu jiwa besar
Dua rasa berbeza
Tiga nyawa baru
Dahulu dipijak lumat
Sekarang bangun berdiri
Ini semangat baru.
Satu jiwa bebas
Dua sayap terbang
Tiga nafas kepuasan
Semangat 96.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 1:15:00 PTG 4 kata-kata kawan
Sewaktu aku bosan menunggu waktu untuk diri sendiri. Aku akan isikan apa yang ada dengan acara membaca warta berita
Isnin, Mei 04, 2009Oh!
Ada kau dengar orang berkata.
"Aku ikhlas mencintai dirimu"
Pantas ingin aku memintas
"Kalau ikhlas tak harapkan balasan"
Ya!
Jika bercinta dengan ikhlas
Kau hanya akan memberi
Wah!
Tak terfikir itu rugi?
Atau lebih keras lagi
Bodoh.
Aku mahu jeritkan sesuatu
Bercintalah dengan harapan
Ada keuntungan untuk engkau
Ya!
Cinta itu skim piramid cepat kaya!
Makin kau gelojoh.
Cintakan balasan.
Selama itu dia tetap mahu rapat.
(Ini sajak atau warta berita abang naga?)
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:22:00 PTG 10 kata-kata kawan
Kalau mahu tahu siri-siri cerita ganjil atau mungkin yang berkaitan dengan kebenaran mimpi aku boleh berikan makna jelas pada kamu
Sabtu, Mei 02, 2009Malam sebelum lelap mata
Aku simpankan dia baik-baik
Ketika enak melayan tidur
Datang mimpi tak diundang
Dikatakan mahu dirampas
Milik yang aku simpan
Aku kata jangan
Dia tetap mahu
Kemudian.
Bunyi mimpi hilang dalam terang
Sampai sekarang tak juga aku jumpa
Tak tahu ke mana dia pergi sendiri
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:42:00 PTG 6 kata-kata kawan
Ketika suasana menjadi semakin tidak logik untuk menusuk otak dengan janji-janji kosong manusia yang tidak aku kenal
Jumaat, Mei 01, 2009Semalam bulan menelefon aku
Dimintanya cahaya yang aku pinjam dahulu
Aku jawap dengan tujuan memberi hampa
Dengan nada terketar-ketar aku katakan
"Cahaya yang kau pinjamkan sudah aku hilangkan"
Dia lihatnya terkejut dan seperti sudah putus harap
Aku cukup suka melihat bulan jadi suram begitu
Aku tak bisa berbuat apa-apa
Kerana aku hanya mahukan cahaya
Terus kekal lindungi aku.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 12:08:00 PG 4 kata-kata kawan
Kepada semua pendengar dan pembaca mahu pun pemenggal kepala kamu tahu itu bukan?
Khamis, April 30, 2009Muhammad Daniyal bin Abd Kadir (Bukan Nama Sebenar)
Adalah seorang.
Penipu orang
Pendusta manusia
Pembohong haiwan
Pembelit ular
Penyamar bayang
Penyamun harta
Pencuri duit
Penghancur kacang
Peranap setinggan
Pemusnah barangan
Pembunuh hati
Pengebom diri
Perosak cinta
Perampas rindu
Pelupus semangat
Pengkhianat hubungan
Peluru hidup.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 1:41:00 PG 7 kata-kata kawan
Sekali kamu datang runtuh bentuk kota batu. Dua kali kamu hampir punah-ranah impian manusia Tiga kali kamu pergi jadi bahagia senyum si anjing
Rabu, April 29, 2009Sekali mimpi
Sekali sepi
Sekali pergi
Sekali rugi
Dua Kali bimbang
Dua kali serang
Dua kali girang
Dua kali terang
Tiga kali hitam
Tiga kali pitam
Tiga kali hentam
Tiga kali terkam.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:32:00 PTG 3 kata-kata kawan
Ada rumah atapnya tinggi melepasi bintang dan tahap-tahap langit yang di luar pengetahuan otak-otak manusia genius tetapi wujud dalam idea orang bodoh
Ahad, April 26, 2009Kata kau kaki dia luka
Dia kata hati kau suka
Kata aku diri kamu lupa
Kamu kata mata aku alpa
Bisik mereka kita semua lalai
Kita menjerit mereka pula cuai
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 1:29:00 PG 5 kata-kata kawan
Mahukan cahaya dan jalur-jalur pada langit mengerti tentang makna kesepian dan maksud keruntuhan
Jumaat, April 24, 2009Pari-Pari
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 12:53:00 PG 3 kata-kata kawan
Mengucapkan kata-kata cinta dengan bibir yang manis dilekatkan penuh berahi bersama-sama embun pagi milik mimpi kekasih yang lain
Khamis, April 23, 2009Kalam-Kalam Palsu
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 5:15:00 PG 5 kata-kata kawan
Menyusun demokrasi dalam cinta, kau jaga hak manusia dan ia bakal berputik menumbuh bunga yang kita amat sukakan
Selasa, April 21, 2009Pernah kau mimpi
Jatuh cinta dengan
Robert Mugabe?
Lupakan.
Warna.
Rupa.
Kemahuan.
Hanya wujud.
Kasih terkawal.
Paksaan.
Seksaan jiwa.
Pilihlah antara dua.
Mugabe atau Si Lincoln berjanggut.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 4:55:00 PTG 3 kata-kata kawan
Apabila bercerita tentang dunia dan wang tunai segera teringatkan tentang mimpi berjalan di permaidani hijau ketika matahari sudah tahu lanjut usianya
Ahad, April 19, 2009Oh.
Ada dua biji mangkuk kaca.
Permulaannya adalah kosong.
Tetapi selepas terhidu beberapa jenis bau.
Dan.
Ketika semua orang berpaling ke arah lain.
Jatuh isi-isi dari langit.
Mengisi kosong hingga penuh.
Dan.
Melimpah kemudian kosong semula.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:16:00 PTG 5 kata-kata kawan
Sewaktu mempelam rumah jiran jatuh ke tangan jiran yang satu lagi
Semalam
Trotsky menjerit
Dia tegas
Tetap tahu
Dan
Mahu
Biji kacang merah
Semuanya sama
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 2:20:00 PG 1 kata-kata kawan
Semalam ada satu panggilan telefon nombornya berkelip-kelip pada skrin telefon genggam dia. sekejap biru muda. sekejap cokelat tua.
Jumaat, April 17, 2009Kalau sajak sudah tidak ada lagi.
Aku nak makan apa?
Kau boleh tolong jawapkan?
Tak mengapa.
Aku tahu hari ini sudah tidak lagi menjadi sajak.
Kau punya jejak kaki pun dah makin lama makin kelabu.
Tak lama lagi mungkin akan hilang.
Aku doakan cepat-cepat hilang.
Minta maaf kalau kau sakit.
Aku tak doakan kau cepat-cepat sembuh.
Kerana bagi aku itu tidak cukup manis.
Aku mahu lagi enak.
Lagi selesa.
Jika engkau dapat hilang dan lenyap.
Ya. Aku puas.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:27:00 PG 4 kata-kata kawan
Kau hulur tali gantung, aku sambut dengan leher jinjang kekasih yang mahu berasmara sepanjang waktu
Isnin, April 13, 2009Kebergantungan itu menyeksakan
Seperti Iraq menanggung rasa
Pasaran Bebas itu wabak kerahan
Seperti Petani Kopi yang diperah-perah
Globalisasi itu mimpi ngeri tak henti
Seperti Lembu tiada rumput dipagut
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:08:00 PTG 6 kata-kata kawan
Kau tahu? suara kau macam jeritan makhluk tak mengetahui perasaan khinzir yang perlukan perhatian dan kasih sayang!
Jadi asing tanpa suara
Manusia lumpuh
Ada kaki masih tak guna
Mata kekal dengan fungsi
Ya dan tidak hanya persoalan.
Sama masa timbulkan tanda ?
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:06:00 PTG 2 kata-kata kawan
Aku menunggu esok kerana kata mereka di dalam kaca berwarna ada bintang mahu jatuh ke pangkuan ketika ramai manusia berlari menghala ke matahari
Ahad, April 12, 2009Semalam ketika rintik-rintik
Aku dengan kepayahan menitipkan sajak
Buat engkau yang sedang mengharung terik
Waktu dengan kita memang ada beza
Tapi tetap ada titik untuk sama-sama temui
Mahu engkau dan aku adil dalam hidup
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 3:23:00 PG 3 kata-kata kawan
Aku sepi dalam ruang kosong tetapi itu mungkin perkara biasa bagi manusia yang tahu melompat selepas menikmati hidangan malam sehingga esok pagi
Sabtu, April 11, 2009Ada huruf ada aksara
Ada mimpi ada sedar
Ada satu dan ada dua
Kamu tahu Aku mahu
Tiada Apa tiada Siapa
Conteng gunting
Guna warna
Ketawa.Bimbang.Senyum
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 1:04:00 PG 1 kata-kata kawan
Tiba di garisan penamat & membikin sedikit aksi sebelum bersedia untuk bergaya dengan menyarung jersi Bintik-Bintik Merah
Rabu, April 08, 2009Kayuh
hingga
Peluh
Pecah
Derai
Pelaton
Akhir
Dengan
Polka Dot
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 1:46:00 PG 3 kata-kata kawan
Semalam aku belajar tentang sesuatu sambil disaksikan angin-angin, kitaran emosi dan pusingan akhir menstrualisasi
Selasa, April 07, 2009Kacau Kabut
Kenyal Kental
Dodol di Aidilfitri
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 3:42:00 PG 4 kata-kata kawan
Meminjam kata-kata dialog Aziz Satar juga satu perkara yang unik untuk kita lemparkan makna cinta pada hati yang paling dalam
Ahad, April 05, 2009Besar hidup
sebesar hidung
Ahmad Nisfu
Cukup besar
atau belum lagi.
Aku serahkan
Kamu tentukan.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 12:01:00 PTG 2 kata-kata kawan
Lelaki jalang berpusing-pusing dengan kedua-dua tangan terangkat ke atas tanda menyerah kerana sesat hingga lara di Kuala Lumpur
Selasa, Mac 31, 2009Perempuan.
Berikan mancis api.
Nyalakan Terang-Terang.
Lindung dari angin.
Jangan padam marak.
Hulur SURAT CINTA.
Musnah sampai abu.
Terbang jadi habuk.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 1:04:00 PG 6 kata-kata kawan
Terima Kasih kerana membodohkan kami yang tidak fasih dengan sifir kamu
Sabtu, Mac 28, 2009Ada secawan Asid
Mahu minum
Rasa nikmat
Pada kerongkong.
Oh! Segar.
Mahu kongsi?
Tuangkan
Separuh cawan
Kamu OK?
Jangan minum
Hingga penuh
Takut tak mampu.
Dan...
Nanti tak tahan.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:32:00 PTG 7 kata-kata kawan
Kepala Bapak Engkau Perdana Menteri
Rabu, Mac 25, 2009Bapa kau dahulu Perdana Menteri
Bapa Mertua aku juga Perdana Menteri
Aku tak tahu
Tapi kau tahu
Kita adik-beradik
Kita saudara-mara
Pangkat dan kuasa
Satukan Kita!!!
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:50:00 PTG 3 kata-kata kawan
Aku Ganggu Kamu Tak?
Isnin, Mac 23, 2009notapelekatmelekitgangguibujaridantelunjukuntukbekerjamacambiasaohyainisudahjadisajakyangtiba tibamenjadipelikdengangayabahasamanusiamungkingagapatautakkenaldirisayanglidahbolehtergeliattak?
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 5:49:00 PTG 3 kata-kata kawan
Emak cakap hati muda ada panas dan sejuk!
Ahad, Mac 22, 2009Ayuh!
Anak Muda!
Turun ke jalan!
Bukan berlumba!
Kita luah perasaan!
Mari ludah sangsi mereka!
Jerit-jerit untuk nyawa tertindas!
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 8:00:00 PTG 1 kata-kata kawan
Bersentuh dengan Khinzir
Gerak Gentar Gestapo
Separa anjing.
Sunyi mahu menyalak
Bimbang ada yang dengar
Gerak Gentar Gestapo
Separa manusia.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 12:19:00 PTG 1 kata-kata kawan
Kalut Otak
Sabtu, Mac 21, 2009Oh.
Angin.
Yang.
Kencang.
Mengapa?
Kerana.
Kamu.
Lupa.
Janji.
Aku.
Tidak.
Bukan.
Kurang.
Ingat.
Sahaja.
Tak.
Pernah.
Lupa.
Wajah.
Cinta.
Senyum.
Mimpi.
Datang.
Dari.
Situ.
Oh.
Angin.
Yang.
Kencang.
Mengapa?
Tolong.
Jadi.
Perlahan.
Aku.
Mahu.
Pejam.
Tidur.
Lena.
Tak.
Mahu.
Gigil.
Minta.
Peluk.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 2:03:00 PG 2 kata-kata kawan
Hijau Lumut Kepala Engkau
Jumaat, Mac 20, 2009Pernah kamu fikir?
Ada hari tanpa hujung?
Ya aku pernah.
Tapi lain yang muncul.
Hari tetap ada hujung.
Namun hujungnya lain.
Tak ada muncung.
Bukan jadi tumpul.
Tajam tak hiris.
Hati masih lapis tebal.
Kamu tahu bukan?
Aku minta dikejut.
Ketika bila?
Waktu petang...
Mahu menjemput...
Malam.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:51:00 PTG 1 kata-kata kawan
Menyundal Mimpi
Biarkan gelas
Alirkan air
Dari mata punca
Mahu lihat dia
Hilang dahaga
Teguk dan teguh
Puas
Kekal
Ada.
Oh. sakit.
Ya.Datang.
Tidak.Hilang.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:16:00 PTG 1 kata-kata kawan
Gunting dan Koktel
Khamis, Mac 19, 2009Berdepan Cermin
Usap leher lembut
Gunakan Gunting
Hembus pada telinga
Minta kembali CINTA
Rindu pada mabuk
Berahi pada asmara
Koktel dari kamu
tuangkan untuk aku.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:08:00 PTG 3 kata-kata kawan
Aku tunggu Amsterdam
Amsterdam,
Aku tunggu kamu
Ada anggur merah
Dalam lapis-lapis
Pelangi.
Geleng,
Sedia susuk pejal
Hidang malam
Sunyi.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:02:00 PTG 0 kata-kata kawan
Noda Merah di Amsterdam
Daerah Neon Merah, Amsterdam
Haruman Aroma merangsang
Mahu pada wanita
Biasa sahaja menggugat
Jadi gugur jantung dan otak
Gelas-gelas kaki lurus
Tak pernah kering
Dengan cangkir anggur merah
Melawan Mabuk
Gelora Nafas
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 7:05:00 PTG 2 kata-kata kawan
Inquilab Zindabad!
Selasa, Mac 10, 2009Suara menjerit
Ruang terhimpit
Dunia bergoncang
Angin pun kencang
Langit tak hitam
Mimpi tak kelam
Hati bergegar
Jiwa pun segar
Aku melaung
Engkau menyahut
Aku ulangi
Engkau ikuti
Alam Gempita
Jeritkan salam
Aku, INQUILAB!!!
Engkau, ZINDABAD!!!
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:16:00 PTG 9 kata-kata kawan
"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa" - Pak Samad!
Sabtu, Mac 07, 20092.50 petang-7 Mac 2009.
Sekumpulan penunjuk perasaan berjaya menyusup keluar untuk mengelak daripada terkena tembakan serangan pemedih mata pihak FRU.
3.03 petang
Di atas bukit di hadapan istana SB berpakaian preman kini sudah bergerak masuk ke dalam kelompok wartawan.
3.18 petang
Memorandum telah diserahkan. Gerakan rakyat tersekat dengan gas pemedih mata.
3.20 petang
Hasni, Ainon dan beberapa orang lagi datang berpakaian baju Melayu hadir dari arah lain dan berjaya serahkan memorandum. Penyerahan dilakukan kepada wakil Istana.
3.26 petang
FRU menyerang di dalam masjid mengggunakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air.
3.35 petang
Puan Ainon sedang diiring untuk kembali ke Masjid Negara dan satu taklimat dijangka akan diadakan.
3.51 petang
FRU terus mengepung Masjid Negara. Gas Pemedih Mata terus dilepaskan.
4.04 petang
Separuh anggota FRU telah beredar.
4.28 petang
Wartawan sedang menemu bual Pak Samad di dalam Masjid dan khabar angin menyebut memorandum telah gagal diserahkan.
5.32 petang
Ada sumber yang boleh dipercayai menyebut memorandum itu telah berjaya diserahkan.
5.57 petang
Puan Ainon memaklumkan memorandum membantah PPSMI dapat diserahkan kepada pihak Istana. Dengan itu matlamat perhimpunan 100 ribu umat terlaksana.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 3:03:00 PTG 26 kata-kata kawan
Tanda Nama catatan
Selamat Datang Ke Zimbabwe
Selasa, Mac 03, 2009Aku kepingin jejakkan kaki ke sana
melompat-lompat melayangkan badan
memijak-mijak kepala yang lain
memukul-mukul muka mereka
Oh! aku ingin rasakan anginnya
Malam-malam...
aku penuhi dengan hajat
rasa jatuh cinta pada kemelutnya
Kini aku tak perlu bergerak jauh.
Kau makin hampir mengalas kaki
Aku sedia memeluk cara mu
Ya!
Zimbabwe!
Selamat Datang ke Tanah Aku!
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:37:00 PTG 8 kata-kata kawan
Sajak yang penuh tanda seru!
Isnin, Februari 23, 2009Di mana politik?
Aku ada kuasa!
Aku perlu kamu politik!
Segera datang!
Kuasa sudah tidak mampu digalas lagi!
Aku perlukan kau jadi tempat luahan!
Kuasa aku hanya untuk politik!
Hanya politik dapat mengangkat beban kuasa!
Keadaan tidak bebas!
Walaupun bernafas masih mudah!
Situasi tidak sukar!
Walaupun ruang jadi sempit!
Ketika aku ada kuasa,
kamu mesti sentiasa ada!
Turut sama...
Bukan hilang seperti hari ini.
Aku perlukan kamu politik!
Kerana kuasa aku sudah bernafsu tinggi!
Dia perlukan pasangan mengawan!
Untuk melahirkan zuriat kawalan!
Menyekat nafas orang lain!
Biar mereka resah!
Biar mereka dilupakan!
Aku mahu kuasa dan politik bersatu!
Aku mahu apa yang kamu katakan!
Kuasa aku sudah makin gilakan politik!
Kamu faham? Aku tahu kamu faham!
Sekarang berhenti berfikir!
Kamu hanya perlu berfikir untuk aku!
Carikan politik untuk aku!
Kerana aku ada kuasa!
Aku tahu politik cintakan kuasa!
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 3:37:00 PTG 10 kata-kata kawan
Demo = krasi + nstrasi.
Sabtu, Februari 14, 2009Demokrasi.
Kata penguasa ianya gila
tapi bagi kita gila itu ghairah
Suara.
Kata mereka tiada bunyi
tapi bagi kita ianya gempita
Perubahan.
Kata mereka angan-angan
tapi bagi kita jadi nyawa.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:50:00 PG 16 kata-kata kawan
Kau hantu.
Selasa, Februari 10, 2009Ada hantu pandai melukis.
Aku pintakan semuanya jadi.
Aku katakan mahu mimpi.
Dia berikan aku realiti hidup.
Aku mahu melukis langit.
Dia berikan warna pelangi.
Lalu bentuk ajaib seni.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 12:43:00 PTG 10 kata-kata kawan
Dan apabila aku sendiri pantas daripada masa.
Selasa, Februari 03, 2009Papan kekunci tak mampu menduga aku biarpun namanya kekunci dan berlegar dengan tekateki serta sering mahu menduga tapi aku lebih pantas daripada papan kekunci aku tinggalkannya dan biarkan sifatnya hilang jadi papan sahaja.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:45:00 PG 17 kata-kata kawan
Sembunyi
Rabu, Januari 07, 2009Subuh sembunyi
hilang sunyi
terbit bunyi
Malam datang
hadir bintang
langit terang
Simpan hati
kamu sepi
aku mati!
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 8:17:00 PTG 24 kata-kata kawan