Lelaki jalang berpusing-pusing dengan kedua-dua tangan terangkat ke atas tanda menyerah kerana sesat hingga lara di Kuala Lumpur

Selasa, Mac 31, 2009

Perempuan.

Berikan mancis api.

Nyalakan Terang-Terang.

Lindung dari angin.

Jangan padam marak.

Hulur SURAT CINTA.

Musnah sampai abu.

Terbang jadi habuk.

6 kata-kata kawan:

miss syntax berkata...

Bunyinya sinis...

1412 berkata...

kau kena saman ke apa?

hegira berkata...

kalau sesat, kenapa suruh perempuan nyalakan mancis?

the hazim berkata...

Daniyal..balik Perak segera..Bukit Gantang perlu hang...

Tanpa Nama berkata...

Satu cara untuk semua orang di Malaysia mendapat keuntungan melalui politik ialah dengan mengadakan mogok meminta politikus membeli undi secara LANGSUNG.

Gunakan apa-apa cara sekalipun: surat, email, blog, flyers, buku, sistem pesanan ringkas, zine, sticker. Segala-galanya untuk mendapat duit dari politikus, selain keluar peluh bertekik tengah panas dan menumbuk langit, cara ini lebih senang dan sesuai untuk semua orang. Dari semua jenis kelab politik.


***


Dengan segala hormatnya di jemput:

Tun/ Dato Sri/Datin Sri/ Tan Sri/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan/ Haji/ Hajah

Untuk datang ke rumah saya di ____________________________, sebelum tarikh mengundi,
agar boleh kita berbincang mengenai harga undi yang boleh dirunding memandangkan saya ialah rakyat Malaysia yang ingin memberikan sumbangan kepada pihak tuan. Secara ikhlas atas nama Perjuangan Rakyat.

Dengan rendah hatinya, saya ingin meletakkan harga bida saya untuk satu undi iaitu RM ________ Juta.

Saya mengharapkan pihak tuan dapat memberi kerjasama memandangkan kemenangan sukar diperolehi melalui undian kosong (undian biasa), atau ceramah biasa.

Sudah tentu, tuan juga boleh berunding dengan jiran-jiran saya mengenai harga pembelian undi, mengikut ketetapan mereka.

Semoga, parti tuan akan mencapai kemenangan maksimum dengan pembelian undi tuan.

P.S pembelian undi lebih bererti diadakan secara terus dari rumah ke rumah.

Yang Ingin Berjuang,



____________________.
( )

Rajuna berkata...

aku tak jalang sangat
biasa2 je