Sajak yang penuh tanda seru!

Isnin, Februari 23, 2009

Di mana politik?

Aku ada kuasa!
Aku perlu kamu politik!
Segera datang!
Kuasa sudah tidak mampu digalas lagi!
Aku perlukan kau jadi tempat luahan!
Kuasa aku hanya untuk politik!
Hanya politik dapat mengangkat beban kuasa!
Keadaan tidak bebas!
Walaupun bernafas masih mudah!
Situasi tidak sukar!
Walaupun ruang jadi sempit!

Ketika aku ada kuasa,
kamu mesti sentiasa ada!
Turut sama...
Bukan hilang seperti hari ini.

Aku perlukan kamu politik!
Kerana kuasa aku sudah bernafsu tinggi!
Dia perlukan pasangan mengawan!
Untuk melahirkan zuriat kawalan!
Menyekat nafas orang lain!
Biar mereka resah!
Biar mereka dilupakan!
Aku mahu kuasa dan politik bersatu!
Aku mahu apa yang kamu katakan!
Kuasa aku sudah makin gilakan politik!
Kamu faham? Aku tahu kamu faham!

Sekarang berhenti berfikir!
Kamu hanya perlu berfikir untuk aku!
Carikan politik untuk aku!
Kerana aku ada kuasa!
Aku tahu politik cintakan kuasa!

10 kata-kata kawan:

~syorre~ berkata...

kot kita ajak org2 politik lyn benjamin button..derang nak tak agaknye..

hajime berkata...

ah!
banyak!
nya!
tanda!
seru!

aie akaike berkata...

aku benci politik!

SATIRA + KACAU berkata...

Panjangla sajak tu. Dan nampak x mcm sajak pun ada. kadang nampak mcm merewang je. fokusla satu, satu, satu, baru bes sikit.

Aku pun dah datang balik
sebab bosan asyik duduk dalam bilik
mata pejam dan celik
pejam dan celik
tetapi politikus pelit
tidak juga menjadi orang baik.
sebab itu aku datang balik
bawa keris dan juga badik
hendak rodok nurani pembelit.....

ha. ha. ha.. mcm mana? aku punya sajak yang ini ok tak? hei. kau jgn ciplak pulak.

Princess Liyana berkata...

hmm..mmg byk tanda seru..alaahai..asyik cite politik je skang kn..hmmm

Carol~lyzam berkata...

knapa ek tercipta ny tanda "seru" ? adakah utk menarik perhatian? mmberi pengetahuan? memangkah kata2 yg lain? atau sengaja mbuat kacau?

kesimpulan di atas ---> tanda "seru !" adalah abg kpd tanda "soalan ?"

the hazim berkata...

salam daniyal..ape kabo kome...

Rajuna berkata...

AKU!
nAK!
mASUk!
UmNo!
Boleh?!
Tak?!
HAAAAAAAA?
kah!
kah!
kah!
madey.

Kikuri berkata...

WoW! Memang penuh dengan tanda seru. As this poem is bursting with intensity so, u need lots of energy when reciting this.

iceburn berkata...

kamu harus seru, tanda seru penuh dengan seru...

"ku kirai selendang malam,
biar terbuka bidai"

www.mindabersaru.blogspor.com