Ini tiada maksud untuk bermain kata-kata

Ahad, Disember 27, 2009

Aku tak akan mengerti
Kerana tak pernah aku
Mahu dan lalu
Untuk rajin membaca
Hati kamu yang tebal

Aku tak suka menyelak
Helaian hati kamu
Kerana jelas seperti
Menyesakkan

Apa kata
dengan satu cadangan
kau gunakan mesin pengimbas
simpankan ketebalan hati itu

Jadikan dia padat
sebelum kau muat naik
dan mudah untuk aku
atau siapa sahaja
gelintar laju hati kamu

4 kata-kata kawan:

Aie Akaike berkata...

boleh muat turun eh?

Alina berkata...

muat naik boleh?

pisey berkata...

penuh maksud.

ida asro berkata...

saya paling suka yg ini! utk cerita saya, rasa seperti ini sangat sesuai..oh, mungkin cerita kita berbeza~