Myanmar dan kesombongan

Khamis, Mei 15, 2008

Myanmar merupakan sebuah negara yang terletak di utara Asia Tenggara. Negara ini mempunyai satu "keunikan" politik dan ia sememangnya tidak dapat kita nafikan. Mengapa saya tiba-tiba mengatakan yang Myanmar ini merupakan negara unik politik? adakah Myanmar ini istimewa atau bagaimana? Mungkin jika sebelum ini apabila kita dengar sahaja perkataan unik, maka dengan serta-merta kita akan kaitkan unik itu dengan keistimewaan dan nilai-nilai yang cukup berbeza. Tetapi Myanmar unik politiknya bukan istimewa tetapi menyeksakan.

Myanmar merdeka pada 4 Januari 1948 sebagai sebuah republik yang bebas dan pada permulaan perjalanan negaranya Myanmar mula dilihat mencambahkan ruang-ruang demokrasi dan dilihatberminat untuk menjadikan negara tersebut sebagai sebuah negara yang memberikan nilai negara kepada rakyatnya.

Pemerintahan dan era percambahan demokrasi mula pudar dan kemudiannya hilang pada tahun1962 apabila Jeneral Ne Win memimpin satu bentuk rampasan kuasa tentera. Ne Win menjadi pemimpin utama Myanmar hampir 26 tahun dan memperkenalkan beberapa bentuk dasar dan tindakan demi membawa Myanmar ke arah pembentukan sebuah negara yang berpegang teguh kepada ideologi Sosialisme (Sosialisme kepala bapak diaorang! Saya cukup marah kepada orang yang berselindung di belakang topeng ideologi!). Di antara tahun 1962 dan 1974, Myanmar ditadbir oleh Majlis Revolusi yang diketuai oleh seorang Jeneral dan hampir keseluruhan aspek kehidupan penduduk di Myanmar telah dikawal dan dipusatkan di bawah kawalan ketat pihak kerajaan.

Dalam beberapa usaha untuk mengukuhkan kuasa, Jeneral Ne Win dan beberapa orang pimpinan tentera telah meletak jawatan dalam kedudukan ketenteraan untuk berada dalam jawatan awam dan sejak dari tahun 1974, Myanmar telah menginstitusikan corak sistem satu parti dan dengan serta-merta mengetepikan hak warga Myanmar untuk berpolitik dan menubuhkan pertubuhan-pertubuhan politik demi memperjuangkan kebebasan suara rakyat. Di antara tahun1974 dan 1988, Myanmar secara dasarnya telah diperintah oleh Jeneral Ne Win melalui Parti Program Sosialis Myanmar.

Disebabkan berlaku bantahan yang cukup kuat dan berterusan daripada hampir keseluruhan rakyat Myanmar, pada 31 Mei 1989 kerajaan junta tentera Myanmar telah mengemas kini satu rancangan untuk mengadakan pilihan raya umum.

Pada Mei 1990, pihak kerajaan tentera Myanmar telah mengadakan satu pilihan raya umum buat pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun. Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi, telah memenangi 392 daripada 489 kerusi yang dipertandingkan dan wajar untuk partinya membentuk sebuah kerajaan demokratik, tetapi keputusan pilihan raya itu telah ditolak oleh pihak junta tentera yang tidak mahu untuk menyerahkan kuasa. Diketuai oleh jeneral Than Shwe pada tahun 1992, rejim tentera terus menguasai Myanmar dengan menolak suara rakyat yang telah pun memilih sistem demokrasi sebagai idea anutan politik di Myanmar.

Kita sememangnya telah mengetahui dan sentiasa tahu apa yang berlaku di Myanmar daripada krisis politik yang melihatkan bantahan besar-besaran yang dicetuskan oleh golongan sami Buddha hingga kepada yang terbaru bencana alam terburuk tahun ini, Taufan Nargis.

Ramai yang melihat bahawa taufan ini adalah satu bencana tetapi saya melihat ada satu rahmat yang tersembunyi di sebalik semua ini. Secara nilai kemanusiaannya memang kita bersimpati kepada rakyat Myanmar, tetapi dari segi penilaian politiknya kita melihat bahawa rakyat Myanmar harus melihat Taufan Nargis sebagai bencana yang bakal membawa perubahan kepada situasi politik terkawal yang membelenggu fikrah mereka.

Di kala rakyat menangis, rejim tentera di Myanmar masih lagi degil dan memberikan ruang kepentingan kepada diri mereka semata-mata. Mereka tetap tidak mempunyai hasrat untuk membantu rakyat sendiri, apa yang penting bagi mereka ialah mampu terus berkuasa dan mengukuhkan kedudukan senjata tentera mereka dengan menafikan hak peralihan politik dan demokrasi rakyat. Ada dua perkara yang saya lihat sebagai penting untuk kita mengetahui, mengapa rejim tentera ini begitu degil dan memiliki kepala yang sekeras batu.

Pertamanya mudah sahaja, soal demokrasi. Seperti yang kita tahu apabila tersebar sahaja berita bahawa Myanmar dilanda taufan kritikal dan ramai rakyatnya menjadi korban, maka negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Perancis merupakan antara negara terawal yang mahu menghulurkan bantuan. Tindakan Amerika Syarikat khususnya dalam hubungan antarabangsa sering dianggap sebagai tindakan yang mempunyai sebab asas dan sebab tersembunyi.

Bagi saya sebab asasnya ialah bantuan dihulur atas dasar kemanusiaan dan sebab tersembunyinya pula adalah peluang untuk menyebarkan idea demokrasi ke Myanmar. Amerika Syarikat khususnya bagi saya mahu menundukkan junta tentera Myanmar yang kini dalam keadaan tertekan dalam keadaan yang cukup hormat. Perkaranya cukup mudah, jika Myanmar menerima kehadiran langsung pakar-pakar bencana Amerika Syarikat dan juga bantuan-bantuan bekalan yang lain, percayalah kemudiannya Amerika Syarikat akan terus hadir dengan idea-idea baru supaya Myanmar jatuh dalam lingkaran demokrasi.

Ini adalah perkara yang tidak mahu diterima oleh junta tentera Myanmar, maka mereka telah menolak kehadiran langsung wakil-wakil asing ke Myanmar. Nampaknya junta ini tidak serik-serik memperjudikan nasib rakyat, mereka mempolitikkan isu kemanusiaan untuk kepentingan sendiri.

Itu dari segi demokrasi, sebab yang kedua kita dapat perhatikan ialah pihak junta dilihat tidak mahu kelihatan tewas di mata rakyat sendiri. Ini ada kaitannya dengan ego pihak rejim tersebut. Kita lihat bagaimana mereka cukup angkuh menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan bantuan asing kerana mereka mampu mengawal situasi dan menurut mereka lagi tiadasebarang kejadian kebuluran atau wabak penyakit berlaku.

Kata-kata sebegini datang dari mulut pemimpin tentera yang kian terdesak dan tersepit dikala masyarakat antarabangsa menggunakan isu ini untuk menekan Myanmar agar polisi tutup pintu mereka dapat dibuka seluas-luasnya. Ego ini hanya untuk menutup mata rakyat bahawa kerajaan tentera amat bertanggungjawab dan tidak tunduk kepada tekanan asing. Tindakan menyembunyikan jumlah kematian sebenar juga adalah tindakan bodoh demi memelihara ego agar tidak disenda-sendakan oleh rakyat sendiri. Jadi adakah jika mereka menolak bantuan asing yang lebih untuk masuk membantu mereka telah dianggap sebagai wira oleh rakyat tempatan?

Jadi di sini satu persoalan penting timbul dan saya tidak pasti adakah pimpinan tentera kejam Myanmar mampu menjawabnya ataupun tidak. Adakah isu Taufan Nargis ini isu politik? jika isu politik bermakna Taufan itu adalah ciptaan Than Shwe bukannya hukum dalam bencana alam.

17 kata-kata kawan:

Princess Liyana berkata...

Hm, Myanmar?unikkah?princess bab2 politik ni slow ckit.hehe

~syorre~ berkata...

nora danish tu org myanmar kan mak dia??padanla sombong jer..haha

Danielle_Corleone berkata...

hahaha! puteri wiki tgk pasal Myanmar/Burma. hehe

Hahaha! ye ke Nora Danish tu ada kait ngan darah Myanmar? gua pun x pasti. hehe :P

xrajunax berkata...

alangkah indahnya satu dunia satu negara.

aku dengar org myanmar/vietnam suka makan kucing. Malah budak rumah aku sendiri pernah melihat mereka menyiang kucing dengan girangnya. hip hip hurah!

Danielle_Corleone berkata...

haha! mungkin juga rajuna!

ka-ii berkata...

waah danial da ade link blog2 org lain. kemajuan2. da xdela log in blog aku 1st lagi kan pasni. hurm..

zizie ali berkata...

di myanmar, lelaki ke pejabat berkait pelikat. dipadankan dgn kot dan tie.

Danielle_Corleone berkata...

haha! aku link pasal nak hargai rakan2 dalam blog. jangan risau blog kau akan tetap jadi pujaan! :P

Danielle_Corleone berkata...

Mengapa begitu ya saudara Zizie, mungkin kerana mereka ini berseronok mencampur adukkan sesuatu perkara, atau mungkin mahu merosakkan identiti barat! :P oh ya! salam kenal ya zizie!

areleaf berkata...

sy terpaksa membaca entri ini berhati2 kerana takut adam dan rahim terbacanya..sy tkut comment disini menguris hati mrk..hehe..

oh ye seniorku,silala link blog sy yer??hehe..

Danielle_Corleone berkata...

Salam singgah Alif, oh ya saya pernah berbincang mengenai hal Myanmar dengan mereka berdua dan kedua-dua mereka tidak ada masalah tentang hal tersebut. :-)

tempe berkata...

ketamakan manusia meguasai segalanya hinggakan nilai2 kemanusiaan yg di anugerakan dalan hati kita semakin terhakis dan hilang kerna di makan oleh kerakusan kita sendiri..jadi berjagalah dengan sikap ini yg kdg hadir tnpa kita sedari..

Danielle_Corleone berkata...

ya benar pak tempe. manusia itu lupa bila mereka sudah tamak!

Tanpa Nama berkata...

mengapa tidak:)

Tanpa Nama berkata...

[B]NZBsRus.com[/B]
Lose Crawling Downloads With NZB Files You Can Easily Search Movies, PC Games, MP3 Albums, Software and Download Them @ Fast Speeds

[URL=http://www.nzbsrus.com][B]NZB[/B][/URL]

Tanpa Nama berkata...

Be at one Our Dastardly Prices at www.Pharmashack.com, The Unrivalled [b][url=http://www.pharmashack.com]Online Apothecary's [/url][/b] To [url=http://www.pharmashack.com]Buy Viagra[/url] Online ! You Can also Tape Voluminous Deals When You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/cialis.html]Buy Cialis[/url] and When You You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/levitra.html]Buy Levitra[/url] Online. We Also To a Unsparing Generic [url=http://www.pharmashack.com/en/item/phentermine.html]Phentermine[/url] On account of Your Intake ! We Huckster Pinpoint description [url=http://www.pharmashack.com/en/item/viagra.html]Viagra[/url] and Also [url=http://www.pharmashack.com/en/item/generic_viagra.html]Generic Viagra[/url] !

Tanpa Nama berkata...

Making money on the internet is easy in the undercover world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]google blackhat[/URL], It's not a big surprise if you haven’t heard of it before. Blackhat marketing uses not-so-popular or misunderstood avenues to produce an income online.