Jangan sia-siakan Revolusi Perancis

Khamis, Ogos 28, 2008

Pernah atau tidak terlintas di fikiran kita, bagaimana jika sistem politik dan susunan sosial yang wujud hari ini masih berkiblatkan feudal tradisional dengan susunan bentuk piramid normal. Golongan autokrat, bangsawan dan mereka yang kaya-raya berada di atas manakala golongan miskin, pekerja dan petani berada di bahagian paling bawah? Sedarkah kita bahawa golongan yang duduk di atas itu adalah golongan yang sedikit dan mempunyai kekuatan suara yang tidak kuat, tetapi mereka yang berada di dalam susunan paling bawah merupakan kelompok yang ramai serta mempunyai kelantangan suara yang mampu menggegarkan?
Mungkin kita fikir kini kita sedang menuju ke arah dunia dan negara yang bebas dan mengamalkan prinsip demokrasi. Tetapi saya yakin ramai di antara kita yang tidak pernah terfikir bahawa waktu feudal masih lagi belum berlalu daripada jam tangan dan dinding masyarakat di sini. Amalan kita di sini jelas begitu mengagungkan golongan atasan, jika dahulu golongan atasan itu saya anggap sebagai kelompok autokrat, bangsawan dan hartawan tetapi pada ketika ini golongan atasan ialah mereka yang memimpin dan menjadi pemerintah dalam kerajaan yang wujud.
Perubahan itu hanya pada terma golongan atasan sahaja, tetapi maksud dan makna golongan bawahan masih tidak berubah, mereka ialah rakyat biasa, petani, pekerja, nelayan, buruh dan sebagainya. Mereka ini kelompoknya ramai daripada golongan pemimpin yang wujud, namun begitu apa yang pelik dan menghairankan ialah golongan ramai ini tunduk dan patuh kepada arahan golongan yang sedikit. Rasa tunduk mereka itu ditambah lagi dengan rasa hormat yang kadangkala berlebih-lebihan.
Saya bukan mengajak untuk kita semua membenci pemimpin, tetapi saya mengajak kita berfikir mengapa kita perlu lupakan kuasa yang ada pada kita? Mengapa kita perlu takut untuk bersuara apabila kita sedar mereka telah melakukan kesilapan? Ini adalah dua persoalan penting yang berada di tengah-tengah ketika kita menilai sistem feudal dan demokrasi. Ke mana mahu kita jatuhkan jawapan kepada soalan ini? Di bahagian demokrasi atau pada bahagian sistem feudal tradisional?
Secara asasnya demokrasi itu adalah mengikut landasan prinsip kesaksamaan dan kebebasan, ini bermakna perbezaan pendapat, kritikan terhadap pemerintah atau golongan atasan serta kemampuan mengeluarkan pendapat secara bebas dan bertanggungjawab tidak menjadi sebarang masalah jika kita ini demokrasi dan merancang untuk menuju ke arah itu.
Jadi apabila kita memilih sistem demokrasi maka kita akan melihat dunia dan negara itu bukan milik golongan atasan atau pemerintah, mereka hanya menjalankan tugas yang telah kita amanahkan kepada mereka. Mereka perlu bijak membuat kerja dan rajin dalam menjalankan tugas. Rakyat mahu hati mereka dipuaskan seboleh yang mungkin jadi tujuan utama pemerintah ini dipilih ialah untuk memuaskan hati rakyat dan mentadbir negara dengan baik, bukannya menjadi individu yang mahu dirinya di megah-megahkan atau tangannya dicium kiri dan kanan. Jika seseorang pemerintah itu mahu dipilih kerana hanya mahu terkenal, ingin bermegah-megah dan mendabik dada, saya fikir mereka sudah tersesat jalan.
Di sini, kita seolah-olah seperti sudah diajar bahawa pemimpin itu perlu disanjung dan diletak di atas kepala, walhal kita terlupa yang mereka itu dipilih oleh siapa? Mereka menjalankan kerja untuk siapa? Bukankah kita yang sepatutnya mereka sanjung dan kita yang sepatutnya mereka puja, kerana tanpa kita mereka tiada apa-apa.
Jadi berbalik kepada dua persoalan utama saya tadi dan ke mana kita mahu jatuhkan jawapannya, demokrasi atau feudal tradisional? Jika kita memilih demokrasi maka kita sekarang sedang berjalan ke hadapan tetapi jika kita memilih feudal nampaknya kita sudah mula mahu berpatah semula ke belakang dan melupakan masa depan.
Akhirnya, saya fikir jika kita tetap mahu berpegang kepada amalan feudal, saya cadangkan kita terbalikkan piramid feudal agar golongan yang ramai duduk di atas dan mereka yang sedikit duduk di bawah supaya falsafah perjuangan dalam Revolusi Perancis tidak sia-sia.

24 kata-kata kawan:

SATIRA + KACAU berkata...

Sdr Danielle: Bagus juga hujah-hujah kau ini. Tahniah.

Satira + Kacau

ledisordre berkata...

absolute power corrupts absolutely. ;)

l.i.f.e berkata...

nel - its all about politics

man by nature is a political animal - somebody great (was it aristotle?)

and theres a quote about politicians aim for things beyond political life...sapa ntah kasik, tak ingat dah

but all in all, akan sentiasa ada org yg BUKIT dan orang SUNGAI (ini aku kasik) :P

ida asro berkata...

sy tak takut bersuara lagi2 kalau dah terang2 mereka salah! tp penakut terlalu ramai..kalo bdk darjah 3 takut xpe lagi..ngok!!!

lu kacau gua, lu kena!
(oops! ter'emo' plak!)

p/s: 1 lagi entri yang membuka minda..*clap2* ;)

zhafir berkata...

pihak authoritarian sentiasa akan mancari akal untuk berada di atas dengan apa cara sekalipun.

Anak Bumi berkata...

bagiku feudalisme tak punya sebarang masalah asalkan punya nilai keadilan, kesamarataan, dan kejujuran.

Apa yang menjadi masalah ialah tirani yang berselindung dibalik topeng demokrasi.

Bukan begitu?

Perempuan Kalis Peluru berkata...

SUDAH LAMA FIKIRKAN MAHU TERBALIKKAN SAJA PIRAMID ITU...

MAJORITI INI PERLU BERJUANG
BUKAN MENJADI BUIH2 SAJA...
DAN ADAKAH
KITA PERLU MENJADI ANAI2...??!!

tempe berkata...

bes!!

Marjerin berkata...

nice one bro !!

tapi kita selama 50 tahun ini disuapkan dengan sekatan mental dan fizikal dari pihak atasan yang memungkinan segala omongan kita terhadap mereka akan dihalang atau disekat.

yoshz berkata...

Di dlm perut Bastille, Marquis de Sade menulis karya2 agung beliau. Karya2 beliau yg bermotif kekejaman seksual dan kritikan pedas terutama kpd Marie Antoinette telah mengukir namanya didalam tatabahasa Inggeris. Begitulah terhasil perkataan "sadis" atau 'sadistical'.Dan izinkan saya bertanya encik danielle,di zaman sekarang,
-apakah Bastille?
-siapakah burjois?
-mana Guillotine?
-siapa Antoinette?

"let them have cake!"

rahimin idris berkata...

yup! tapi kadang2 ideologi apa pun tapi bila yg pegang kuasa tu manipulasi sesuka hati, habis juga..

thafiexq berkata...

aku print entri ni letak dekat meja bapak aku kasik panas... hehehehe

Carol~lyzam berkata...

ah! serupa juga dgn situasi sbegini pd aku...:

figura aksi yg mahal2 dan cantik (hanya sedikit) berada di rak/cabinet display paling teratas, dan figura aksi yg murah tp byk berada di display paling bwh...

ah!

aku perlu menyusunnya kembali utk lebih adil...

generasi berkata...

emm aku sokong kau... lagi pun zaman pemerintahan untuk rakyat dah lama berahir apabila dr.m turun dari menjadi pedana menteri

Izwan berkata...

Hak Perjuangan keserataan menjadi tiang asas kepada perjuangan dan prinsip "Rakyat itu raja, dan Raja itu rakyat" itu sangat perlu.. Sememangnya institusi pasti memberi kacau kepada rakyat, apa yang saya fahami disini kita mahukan rakyat menjadi raja bak kata "kita terbalikkan piramid".. Tapi sedarkah kita fizikal piramid yang besar itu mampukah diterbalikkan.. Jadi berpegang kepada demokrasi saya yakin piramid itu dapat diterbalikkan dan istilah "People Power" telah membuktikannya.. Saya ini insani kerdil dan kadangkala isu-isu ini bakal meracaukan dan memberikan impak pada diri yang lain, maksud saya kehidupan.. Dalam arus perjuangan terhadap rakyat kita perlu fokus dan kadangkala fokus ini memberikan seribu jenis tekanan dan kadangkala ianya bakal mencengkam sayap perjuangan yang lain.. Saya cuba memahami prinsip kesamarataan ini..

Amiene Rev berkata...

Bila agaknya negara kita nak ada sistem sendiri...?

A t i Q a h berkata...

Setuju. :)

Pyanhabib berkata...

(:

Danielle_Corleone berkata...

terima kasih saudara. -satira-

:-) kamu faham. -ledis-

ya! aku stuju dengan kamu. -life-

:-) bagus, saya bangga. -ida-

suatu ketika dahulu dan hingga kini mereka masih mencuba. zhafir-

Bagi aku pula sukar untuk wujudkan kesamarataan dalam feudal, melainkan seseorang yang di atas itu beridealist. -anakbumi-

Mari bantu aku terbalikkan piramid. -peluru-

terima kasih bro. :-) -tempe-

Itu maksud aku, kita perlu bangkit dalam gerombolan yang besar. -marjerin-

Kamu memberi aku idea untuk menyambung artikel ini. terima kasih bro. aku hargai pandangan kamu. :-) -yoshz-

kamu membuat aku teringat bagaimana komunisme itu runtuh. :-) -rahimin-

haha. apa reaksinya? -thafiexq-

:-) setiap keadaan sukar lari daripada feudal. -carol-

:-) -generasi-

Prinsip kamu dan aku saling berkongsi. :-) -izwan-

aku pun menunggu. -amiene-

:-) terima kasih. -atiqah-

terharu gua lu singgah blog ini bro. -pyanhabib-

aida aznan berkata...

tepuk tepuk tepuk utk danielle..
ya, knp msh ramai lg yg mbutakan mata n mbisukan tlinga dgn situasi ngr skrang?? ayuh, buka minda anda. yg salah kita pbetulkan, yg bengkok kita pluruskan, yg hampess kita TENDANG..!!

Danielle_Corleone berkata...

ya! ayuh. buka mata. ingatkan mereka! -aida-

aku ♥ musik berkata...

pathetic citizen..kalau dulu, ramai yang tak sedar akan benda ni boleh di maafkan lagi...tapi kalau sekarang ni maseih wujud lagi golongan yang kaki ampu, kaki jilat bagai...memang budus...

rakyat marhaen cam kita ni laa yang bayar gaji diorang yang dok kat atas tu...jadi kita ada hak nak pecat or kritik mereka!kepada mereka di atas sedarlah diri tu sket.jgn nak mkn gaji bute je...

Danielle_Corleone berkata...

:-) jatuhkan piramid tegak!

Rausyanfikir berkata...

Revolusi perancis menidakkan tuhan. Revolusi malaysia menidakkan kemelayuan yang merupakan kesinambungan tradisi Islam.Jangan kerana seekor nyamuk, kelambu dibakar.

Sekdar berpendapat. We hate UMNO for their sins not the UMNO itself. Malah penyakit rakyat kita datang dari dasar pendidikan sekular berbading masalah Pak Lah.