Hari-hari kita memandang luar jendela
setiap kali subuh dan pagi
adakah mungkin sesuatu yang baru
atau tidak langsung selesa dengan yang lama
Hmm... Manusia bukan?
Setiap masa kita mencari-cari jarum waktu
Mahu sangat kita tahu
Tetapi kadangkala sampai keliru
Masa semalam...
Maafkan aku jika terlalu ke belakang
Mungkin bukan semalam...
Sebentar tadi, atau beberapa saat sebelum ini
Atau mungkin seketika selepas aku menekan
petak kekunci aksara yang berhuruf 'A'
Maka setiap itu adalah sejarah
Namun kini nilainya seperti tiada guna
Hanya cerita-cerita terpilih yang diagungkan
bagaimana pula dengan darah-darah agung
yang dicampak ke dalam gaung?
Adakah titis-titis itu bukan sejarah?
Atau hanya itu kisah dongeng
dan kisah-kisah terpilih itu...
Adalah ceritera agung dan permulaan cahaya
atau mungkin itu hanya angin penghilang rupa?
Sejarah itu darah atau menyerah?
Jumaat, April 18, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 8:06:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 kata-kata kawan:
err...yg nie aku xfhm :P
hehe. setiap orang ada penilaian sendiri. dan ini adalah tulisan tentang keadilan dalam pensejarahan. :-)
macam mana nak membentuk budaya dan identiti sendiri sekiranya sejarah itu sering diputar belitkan untuk kepentingan peribadi.
untuk sejarah saya yang betul2, sila rujuk di blog saya. ini betul2
punya sejarah.ahhaha
lu, gua dan tempe. kita semua ada sejarah! hahahaha!
ah tempe hanya ada sejarah bila nak kuar makan dgn marka ja.
dia mana ada sejarah. dia penipu. busuk punya orang. jangan percaya sangat dengan apa yang dia tulis. dia orang multilevel/skim cepat kaya.gua kawan olok2 ja dgn dia.
hahaha
hahaha! gua dgr citer skang dier join skim pak man telo! hahahaha!
heh..
sy ade sejarah jugak..
(saje2 nyibuk..bukti sy melayari blog awk..hehe)
p/s: sejarah spm ngan pmr sy dpt A dulu..hehe..tp..try ty sy psl sejarah..msti hampeh..*peace*
haha! tq ida kerana sudi melawat! senang2 dtg lagi ya!
ye2..sy dtg setiap hari..
;)
Catat Ulasan