lawak jenaka

Selasa, April 29, 2008

Dewan yang sepi kembali riuh, pemenang-pemenang pertandingan yang lalu hadir dengan semangat dan mungkin idea yang baru, tetapi tidak juga dapat dinafikan ada yang hadir dengan tahap idea yang bertakuk lama, tidak pernah berubah dan mereka berada di dewan ini bukan untuk perdebatan serius dan membangunkan demokrasi serta meningkatkan tahap kematangan pemimpin, tetapi kehadiran mereka ini lebih kepada menjadi penyeri majlis dan hanya bertindak sebagai pelawak-pelawak selingan persis apa yang kita tonton dalam konsert-konsert di RTM.

Mengapa wujud golongan pelawak-pelawak ini pun saya tidak tahu, adakah kerana mereka lupa yang kehadiran mereka itu adalah melalui undian rakyat yang menagih demokrasi bukannya melalui undian SMS untuk mengekalkan peserta Akademi Fantasia yang mahu terus bersaing.

Bagi saya situasinya amat mudah, sebagai orang penting dalam perjalanan sistem demokrasi, seluruh umat dalam dewan parlimen ini perlu sedar akan peranan, nilai kematangan dan idea yang diluahkan oleh mereka dalam percakapan dan perdebatan. Mereka bukan berdebat isu-isu mudah, bukannya perkara-perkara remeh, mereka bercakap-cakap, berbincang-bincang dan berdebat-debat isu dan agenda untuk rakyat, mengutamakan nilai undi yang diberikan rakyat dan yang paling penting terus-menerus memelihara nilai demokrasi rakyat Malaysia.

Bukan tujuan saya menulis ini untuk memerli atau menghina kerja seorang pelawak, seorang pelawak adalah penting kerana mereka ada untuk menghiburkan hati kita yang sedang sedih atau ketika kita sedang dalam kerisauan. Namun begitu kerisauan, kekecewaan dan juga kesedihan rakyat itu bukan boleh diubati dengan lawak jenaka di dalam dewan, tetapi ia hanya mampu diubati dengan cara serius, cara matang dan cara yang lebih bijak. Keasyikan membuat lawak di dalam dewan bukanlah satu perkara atau tindakan yang wajar, tindakan sebegini juga bukanlah tindakan seorang ahli dewan yang bijak. Semakin galak isi-isi dewan ini membuat lawak maka semakin kuat kita akan mendengar tangisan-tangisan kecewa rakyat Malaysia.

Bukan salah untuk seseorang ahli dewan itu membuat lawak atau menghiburkan hati para ahli yang lain selepas beberapa ketika perdebatan dipenuhi dengan elemen garang dan tertekan, tetapi perlu mereka ketahui bahawa lawak itu perlu disampaikan dalam situasi penuh mesej dan sinis bukan sekadar lawak-lawak kosong dan lemau. Sebelum ini kita dapat melihat beberapa siri lawak "lemah batin" atau dalam kata yang lebih mudah lawak-lawak tidak berisi yang cukup mengecewakan. Mungkin lawak sebegini wujud kerana isi-isi dewan sebelum ini tidak seimbang dan kebanyakannya sering sahaja berbicara sesama sendiri. Jadi wujudlah idea untuk meminggirkan, memerli dan juga merendah-rendahkan pihak yang berhadapan dengan tekanan yang kuat.

Dalam situasi hari ini, isi dewan telah berubah dengan cukup besar, hari ini tiada lagi alasan dewan berbicara sendiri kerana kini dewan sudah mampu untuk mewujudkan perbincangan dan perdebatan yang lebih matang dan serius. Mulai detik ini saya dapat ramalkan bahawa kemungkinan besar tiada lagi ahli-ahli dewan yang mahu terlibat dalam siri rancangan lawak lemah Parlimen. Apa yang kita akan lihat selepas ini ialah jika ada berlaku situasi lawak jenaka di dalam dewan, isi dan idea lawak itu mungkin lebih bernas, sinis dan lebih berbentuk menjana idea pemikiran yang lebih matang.

Selepas ini jika ada ahli dewan yang "berani dan yakin" menonjolkan bakat tersimpan mereka untuk membuat lawak-lawak "lemah batin" ini saya fikir kita perlu lakukan sesuatu pada edisi pemilihan akan datang bagi mengajar dan membawa keluar pelawak-pelawak yang hilang arah ini supaya mereka kemudiannya diberikan peluang untuk berlawak di gelanggang Raja Lawak.

11 kata-kata kawan:

tempe berkata...

aku rasa pelawak 2 ok juga merawat ati ketua kita dr rindukan bini yg telah pergi..ihihih

Danielle_Corleone berkata...

haha! boleh jadi jugak itu tempe!

Tok Rimau berkata...

Tok tak meletak harapan yg tinggi kpd mereka. Hopeless.

Nampaknya. kalau kita nak ubah negara ini, kita kena ubah sendiri.

Danielle_Corleone berkata...

Ya! saya stuju dgn tok. negara kita! kita yg tahu apa nk buat!

Tok Rimau berkata...

daniel,
Harapan tok pada engkau tinggi. pastikan Maskara, Sabotaj dan Gangguan Teksual masuk muka depan paper engkau.

VIP yg baru nak berblog tu pasti terkial-kial cari blook ini yg merupakan buku teks utk blogger malaysia.

VIP itu juga mahu menonjolkan mesra blogger mereka akan ke Maskara selepas ini. Pastikan artikel engkau kelak artikel yg mengubah dunia blogspera.

Kim slm kpd Aida.

Danielle_Corleone berkata...

haha. jgn tinggi sgt tok saya gayat! InsyaAllah saya akan tonjolkan sesuatu nanti tok.

dyanadaisy berkata...

wah!! penulis yang bergaya!!!!

xrajunax berkata...

peh!!!!!!!!!!!


haha.

aku boleh jadi pelawak tak?

Danielle_Corleone berkata...

boleh rajuna! anda boleh! hahaha!

ka-ii berkata...

ni pasal pe actly..

Danielle_Corleone berkata...

ini mengenai orang2 yg slalu membuat lawak di tempat yg salah. hehe :P