Ramai lagi yang kau rindukan
Bukan hanya aku seorang
Biar jantung terbelah dua.
Khamis, Februari 25, 2010Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 2:02:00 PTG 3 kata-kata kawan
Kita diam mereka bercakap
Selasa, Januari 12, 2010Retorik-retorik dahanam
selalunya bawa maksud jahanam
Kita ini lopong dan percaya
biarkan air seni menempias muka.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 8:17:00 PTG 5 kata-kata kawan
Biasa saja untuk kamu dan mungkin pelik untuk aku.
Jumaat, Januari 08, 2010Manik-manik halus warna jernih
Jatuh tak putus-putus
Asalnya mungkin dari angkasa
Atau boleh saja dari ruang lain
Manik-manik halus warna jernih
Jatuh tak putus-putus
Gelincir jadinya landasan elarti
Dan saja mengancam tragedi
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 9:43:00 PG 2 kata-kata kawan
Berhentilah kau mendongak
Rabu, Disember 30, 2009Ini zaman menongkat dagu
Ini waktu bermenung jauh
Ini masanya berhenti lari
Ini ketikanya bermula kembali
Sudah sampai kita ke daerah baru
Penuh titik-titik putus harapan
Kalau disambung
Mampu kembali capai mimpi
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 4:23:00 PTG 2 kata-kata kawan
Ini tiada maksud untuk bermain kata-kata
Ahad, Disember 27, 2009Aku tak akan mengerti
Kerana tak pernah aku
Mahu dan lalu
Untuk rajin membaca
Hati kamu yang tebal
Aku tak suka menyelak
Helaian hati kamu
Kerana jelas seperti
Menyesakkan
Apa kata
dengan satu cadangan
kau gunakan mesin pengimbas
simpankan ketebalan hati itu
Jadikan dia padat
sebelum kau muat naik
dan mudah untuk aku
atau siapa sahaja
gelintar laju hati kamu
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 1:42:00 PG 4 kata-kata kawan
Zubaidah dan tikus-tikus jalanan yang setia memainkan lagu tarian kita
Isnin, Disember 14, 2009Dalam rambang mata Zubaidah
Ada hati haiwan mahu dibedah
Dalam angin ribut duka menerjang
Ada lorong gelap menuju ke ranjang
Dalam setiap bilangan mimpi
Hanya yang terang setia terpilih
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 4:01:00 PTG 4 kata-kata kawan
Kupu-kupu. warna-warni. Arnab dan merpati putih,pucat.
Rabu, November 11, 2009Di belakang pelangi hujung bukit selepas setiap kali hujan waktu asar itu jadi tempat kami bertemu kemudian bercumbu dan masing-masing ambil haluan sendiri sebelum berpatah kembali dan saling menikam, mencucuk serta merobek keluar daging suci merah darah yang kita semua panggilkan dengan manja dan berikan konotasi positif ketika membincangkan cinta, iaitu HATI.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 4:01:00 PTG 7 kata-kata kawan
Bercakap dan cuba sarung dan tinggal dalam kasut aku.
Rabu, Oktober 28, 2009Bercakap bagaikan buku memang sedap
Bercakap tentang realiti...
Siapa mampu?
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 12:42:00 PTG 7 kata-kata kawan
Mau aja!
Jumaat, Oktober 09, 2009Mau aja aku ajak kamu berkongsi kangkang
Biar lain terliur nikmat, menelan cemburu
Mau aja aku membisik kamu
Menyatu gelora meroboh kota
Mau aja aku biar kamu mabuk dengan tarian
Meliuk ghairah atas lantai kayu syurgaku
Mau aja aku jemput kamu
Nikmati hanyut dan geletek jiwa
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 2:37:00 PTG 9 kata-kata kawan
Pecah.Hancur.Sayap.B.U.A.T.A.N!
Rabu, Oktober 07, 2009Ada langit
ada kapal terbang
ada angin
ada pesawat kertas
mahu luncur
mahu laju
biarkan hembus
biarkan terus
Kadangkala nahas juga bawa manfaat.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 12:06:00 PTG 5 kata-kata kawan
Sang Algojo Gelojoh mencari semangkuk darah.
Khamis, September 24, 2009Algojo.
Berikan dia waktu-waktu akhir
Untuk nikmati senyum
dan layu lembut sang bayu
Algojo.
Leraikan gelojoh tajam pedang mu
Sucikan haloba kuasa penghukum
Biar lepas
Biar bebas
Leher dan urat
Marhaen dizalimi
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 8:50:00 PTG 2 kata-kata kawan
Tempah antologi sajak Salun Eksotikata sekarang!!!
Jumaat, September 04, 2009Semua yang berminat untuk mendapatkan Antologi Sajak Salun Eksotikata boleh menghubungi gua dengan pelbagai cara.
1) emelkan kepada giga.rorqual16@gmail.com atau giga_rorqual16@yahoo.com dan nyatakan kuantiti yang dimahukan.
2) boleh tinggalkan komen di blog ini dan nyatakan kuantiti yang dimahukan.
3) boleh hubungi gua di talian telefon. (Kepada sesiapa yang tahu nombor telefon sahaja).
Antologi ini adalah edisi terhad jadi segera buat tempahan sekarang!
Habis lu orang menyesal dah bukan salah gua lagi.
Harga RM15.
Pesanan melalui pos diterima.
Kepada sesiapa yang berada di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur dan bandar-bandar sekitarnya gua boleh hantarkan terus jika diizinkan. :-)
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 9:23:00 PG 2 kata-kata kawan
Tanda Nama promosi.
Baca Naskhah Maskara pikat selera remaja
Rabu, September 02, 2009Persembahan tersendiri, subur minat mereka aktif dalam seni
MALAM Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah Dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka (Maskara) di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Kuala Lumpur, baru-baru ini, memikat jiwa remaja dan anak muda yang cintakan seni dengan cara tersendiri, sekali gus mampu menarik minat generasi muda untuk bergerak aktif dalam aktiviti seni.
Meskipun masih ramai belum mengetahui kewujudan Maskara yang sudah hampir setahun bertapak di gelanggang puisi tanah air kerana tidak banyak mendapat liputan atau hebahan di dada akhbar, acara anjuran Sindiket Sol-Jah itu cukup dikenali kalangan penulis blog di tanah air sehingga ia mendapat sambutan yang sungguh memberangsangkan.
Tanpa bermaksud untuk menyinggung atau membandingkannya dengan Malam Baca Puisi Pena, sebaliknya khalayak berasa bangga apabila Pena membenarkan gelanggang puisinya dikongsi bersama anak muda yang belum dikenali untuk mempamerkan bakat terpendam, sekali gus usaha itu patut diberi pujian dalam keadaan nilai seni yang semakin pudar berjaya digilap kembali.
Biarpun cara dan konsep tidak serupa, situasi itu mampu mencetuskan minat anak muda terhadap karya sastera serta aktiviti seni sehingga tidak mustahil mereka mampu membuka ‘empayar’ tersendiri yang akan berdiri megah sebaris dengan nama karyawan tersohor tanah air.
Artis, Nur Nabihah Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Beeha, membawakan tiga lagu ciptaannya, Pari-pari Kertas dan Kelkatu serta lagu berduet dengan Roni dan Mamat dari kumpulan Mysthicus, iaitu Tanpa Bintang.
Pelajar Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang pertama kali membuat persembahan di Maskara itu, menyampaikan lagu Kelkatu yang mengasyikkan sehingga memukau penonton.
Bungkam bisu tiada apa yang satu
Lemah badan aku gila lesu
Fikiran melayang buat aku buntu
Apakah aku masih seekor kelkatu
Rancak menari salsa sampai terpijak kaki
Mereka semua tertawa tapi aku tak peduli
Aku menari tak henti-henti
Satu hari nanti aku kan pergi
Berikanlah aku satu peluang
Untuk aku terus terbang
Melakar lukisan pelangi indah
Untuk kita lakar bersama
Kumpulan Syafiq Sunny and Superfriends yang dianggotai oleh Mohd Syafiq, Israq Ismail dan Azzam Supardi pula mementaskan drama yang diangkat daripada puisi yang menyindir perilaku dan sikap manusia politik tanah air.
Pementasan tanpa judul itu, menggabungkan pelbagai isu, peristiwa, situasi dan latar masa berbeza pada satu latar tempat, iaitu perhentian bas yang sangat sesak, sekali gus menampilkan pelbagai ragam manusia.
Aku ingin beritahu
Di Jalan Robinson
Ada kuih kuaci berintikan diskriminasi
Ada kuih karipap berintikan populasi
Ada kuih gulung berintikan revolusi
Ada kuih pulut panggang berintikan reformasi
Muhammad Daniyal Abd Kadir (Danielle Corleone) pula menampilkan puisinya Terima Kasih Kerana Membodohkan Kami Yang Tidak Fasih Dengan Sifir Kamu, selain puisi penyair tersohor Indonesia, WS Rendra, Sajak Pertemuan Mahasiswa, yang berkaitan dengan penahanan pelajar universiti kerana berani menyuarakan pendapat dan melawan ketidakadilan.
Tentu, kita bertanya:
“lantas maksud baik saudara untuk siapa?”
Sekarang matahari semakin tinggi
Lalu akan bertakhta juga di atas puncak kepala
Dan di dalam udara yang panas kita juga bertanya:
Kita ini dididik untuk memihak yang mana?
Ilmu-ilmu diajarkan di sini
Akan menjadi alat pembebasan
Ataukah alat penindasan?
Sementara itu, Pengarah Projek Maskara, Nazri Mohd Anuar (Vovin), berkata Maskara menjadi platform bagi semua penggiat seni berkumpul untuk mengetengahkan bakat mereka tanpa terhad kepada bacaan puisi.
“Maskara mengalu-alukan penyertaan dan membuka ruang kepada orang ramai tanpa syarat yang tertentu, tetapi haruslah membuat penyertaan dengan prosedur yang betul atau sekurang-kurangnya menghubungi saya di laman blog Sindiket Sol-Jah.
“Kami menerima apa saja bentuk persembahan bukan saja bacaan puisi, nyanyian, tarian atau monolog, bahkan kami pernah menerima penyertaan untuk membuat persembahan silap mata kerana seni tidak boleh dimatikan, manakala bakat pula harus dipertontonkan dan terpulang kepada penonton sama ada mahu menerima atau tidak,” katanya.
Maskara turut dimeriahkan dengan persembahan anggota Sindiket Sol-Jah, penulis blog, penyanyi dan band indie termasuk Soffi Jikan, Saudagar Garam serta Cikgu Mat Jan.
sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Sastera/20090902080213/Article
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 1:10:00 PTG 2 kata-kata kawan
Tanda Nama tulisan yang bukan puisi
Hari Bakal Bebas
Isnin, Ogos 31, 2009Langit Kuala Lumpur
Langit kecerahan
Bintang kota besar
bintang hati kita
Bulan bandar sesak
Bulan cahaya suci
Angin ribut konkrit
Wajah isi warga
Selamat hari BELUM merdeka
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:24:00 PG 0 kata-kata kawan
Apa ini? Aku siapa? Kamu?
Khamis, Ogos 06, 2009Sekali lagi sampai seru untuk aku
Datang juga kali kedua sampai hujung
Tak pernah berulang perkara sama
Tetapi kali ini lain benar bentuk dan rupa
Aku ini jaguh simpanan
Tak ada peluang menayang taring
Simpan nyanyian dalam lagu sendiri
Suara tak keluar sekat di kerongkong
Mahu marah jadi bimbang
Mahu tempik takut diherdik
Nasib aku makin hampir dengan kamu
Aku tak lagi ada daya angkatkan diri
Hanya kamu mampu tersenyum
Biarkan kami berguling dengan derita
Aku ini pohon getah
Kamu pula pisau toreh
Kamu itu nakhoda besar
Aku pula kapal layar
Aku hanya tanah kubur
Kamu berhak jadi penggali
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:12:00 PTG 4 kata-kata kawan
Akhirnya kerana racun aku temui kamu dan sempurnakan cinta yang kadangkala penuh pincang di hujung serta di pangkal
Jumaat, Julai 31, 2009Udara sesak warnanya putih
Campuran hitam jadi kelabu
Tercungap nafas tahan gelora
Hembusan sifar malam dan embun
Harumnya kosong isinya debu
Bikin fikirku
Tak tentu-tentu
Peparu jantung luka bernanah
Sebelum hilang dilumat hancur
Bentuknya racun serbuk
Tertumpah dari bekas
Kemudian luas-luas
tebar atas jerawat bumi
Lalu dia jadi pula debunga benci
Dan dari situ tumbuh besar pohon berlagak suci
Rupanya hanya Ranting duri daun sepi
Perlahan-lahan dia tunggu waktu.
Mahu tumbang
Sebelum mati
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 9:56:00 PTG 2 kata-kata kawan
Sajak-Sajak Kontot dihimpunkan jadi Panjang. Kau ada cara?
Isnin, Julai 20, 2009Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:00:00 PTG 7 kata-kata kawan
Oh. dendangan alunan kamu. Oh lembut.
Khamis, Julai 16, 2009Lullaby.
Bantu mata ku tidur.
Oh!
Ya!
Mengantuk.
Mata tak segar.
Tak juga sedar.
Oh!
Lullaby.
Bantu aku jatuh mimpi.
Kemudian
Ya!
Jatuh cinta.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 8:30:00 PTG 4 kata-kata kawan
Kamu. Anggap. Aku. Sampah. Aku anggap kamu tongnya. Aku mahu ada dengan kamu sampai pemungut pisahkan kita.
Isnin, Jun 29, 2009Andai
k
u
tahu
ada
kamu
dalam
u
k
akan
dibiar
jadi
parah
sampai
darah
tak
lagi
merah
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:01:00 PTG 4 kata-kata kawan
Ada dua perkara buat kita jadi berdarah dan kemudian parah akibatnya. Aku tak mahu bising-bising lagi.
Ahad, Jun 14, 2009Loceng jam.
Tunggu aku.
Boleh?
Bukan tak mahu
Kejar waktu.
Tapi luka
balutkan cerita.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 9:35:00 PTG 8 kata-kata kawan



