Basahkan bibir
manjakan lidah
dengan kata puji
dan kalimah syukur
Kerana bertambah dalam dunia
manusia putih
manusia bersih
Biar yang ini kita doakan
Biar yang ini kita harapkan
Jadi terbaik untuk dirinya
Jadi pelindung untuk ibunya
Jadi nilai bangga untuk bapanya
**Untuk Taufik & Hidayah yang sedang menempuhi alam baru sebagai ayah dan ibu**
Untuk Taufik & Hidayah
Isnin, Mac 29, 2010Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 3:53:00 PTG 16 kata-kata kawan
Biar jantung terbelah dua.
Khamis, Februari 25, 2010Ramai lagi yang kau rindukan
Bukan hanya aku seorang
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 2:02:00 PTG 3 kata-kata kawan
Kita diam mereka bercakap
Selasa, Januari 12, 2010Retorik-retorik dahanam
selalunya bawa maksud jahanam
Kita ini lopong dan percaya
biarkan air seni menempias muka.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 8:17:00 PTG 5 kata-kata kawan
Biasa saja untuk kamu dan mungkin pelik untuk aku.
Jumaat, Januari 08, 2010Manik-manik halus warna jernih
Jatuh tak putus-putus
Asalnya mungkin dari angkasa
Atau boleh saja dari ruang lain
Manik-manik halus warna jernih
Jatuh tak putus-putus
Gelincir jadinya landasan elarti
Dan saja mengancam tragedi
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 9:43:00 PG 2 kata-kata kawan