Pohonkan maaf aku kepada dia
Aku tak punya waktu
Untuk membilang patah kata
Kesempatan makin sempit untuk diri
Menghitung noktah dan koma.
Ada titik ada berbentuk lain. Yang penting tetap di hati. Tak perlu ke mana-mana. Sudah tentu tahu kamu ada di dalam mimpi. Berlegar-legar. Sebelum...
Jumaat, Mei 29, 2009Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:05:00 PTG 5 kata-kata kawan
Hati manusia remuk kemudian redam dan akhir sekali hancur. Bila ditanya sebab. Entah. Oh Alahai.
Ahad, Mei 24, 2009Aku sedih pada rindu
Suka tentang kamu
Dan
Merana akibat jiwa
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:42:00 PTG 7 kata-kata kawan
?
Ahad, Mei 17, 2009Hey!
Lupa pada hari jadi
Ingat pada hari mati
Kau tahu hari mati aku?
Tak tahu?
Sudah.
Aku tak mahu kawan dengan kau!
Sebab apa?
Kau pun tahu.
Aku mahu kau ingat hari mati aku.
Faham?
Mati itu masa depan.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:24:00 PTG 7 kata-kata kawan
Liberalisasi Tongkat Ali dan Kachip Fathimah
Jumaat, Mei 15, 2009Hampir semua orang tahu akan khasiat tumbuhan ini. Biarpun kefahaman budaya Melayu hanya mampu menaksirkan keunggulan pemikiran serta ruh perjuangan Saidina Ali dan Fathimah dengan memberi nama pada tumbuhan yang membawa imbasan seksual ini. Tetapi bukan perkara ini yang ingin aku sebutkan hari ini. Aku nak bercakap tentang hak paten. Apa kejadahnya Hak Paten ini? Ia adalah hak untuk memilik atau hak cipta terhadap sesuatu ciptaan itu.
Apa pula kaitan dengan Tongkat Ali dan Kachip Fathimah dengan liberalisasi dan hak paten ini?
Liberalisasi pasaran hanyalah nama lain, untuk pemodal (kapitalis) antarabangsa masuk ke Malaysia. Pemodal ini bukan mahu menambahkan modal Malaysia. Tetapi pemodal ini akan menimbunkan kekayaan mereka hasil menyedut, memeras dan MEMILIKI sumber daya alam semulajadi, harta kekayaan dan tenaga buruh serta hasil keluaran orang-orang Malaysia.
Perlu kita melihat bumi dan sumber alamnya yang cukup luas ini hanya dikuasai segelintir kecil kelompok manusia paling kaya di dunia. Mereka (kaum pemodal) yang memiliki harta pemilikan (atau rampas paksaan) akan mengeksploitasi golongan manusia terbanyak yg sebahagian besarnya tidak memiliki HARTA. Sebab itulah mereka yang tidak memiliki harta perlu membayar atau menjual tenaga buruhnya kepada Mereka (kaum pemodal) yang memiliki segalanya. Ini bagi membolehkan golongan yang tidak berpunya (atau dipaksa rampas kepunyaannya) dapat menikmati sumber daya alam untuk hidup dan bekerja. Sumber2 seperti tempat kerja, jentera, mesin, tanah, hutang dan juga produk/hasil keluaran yang telah di patenkan.
Akhirnya, akibat liberalisasi pasaran segala hasil yang dikeluarkan penduduk tempatan perlu mendapat kebenaran kaum (minoriti) pemodal dunia. Maksudnya, akan sampai waktu dimana pokok Tongkat Ali dan Kachip Fathimah tidak boleh ditanam, atau dibuat produk/hasil oleh semua rakyat Malaysia. Hanya mereka yang telah mendaftarkan hak paten yang berhak terhadap kononnya penemuan tumbuhan dan cara-cara mengeluarkan hasil daripada tumbuhan tersebut. Hak ini disokong dasar dan perundangan negara yang menghalalkan apa yang dinamakan Liberalisasi pasaran itu. Jadi kalau nak mengekstrak Tongkat Ali atau menanam Kachip Fathimah, suatu hari nanti kita perlu membayar royalti kepada pemilik Hak Paten Tongkat Ali dan Kachip Fathimah. Kalau tidak membayar, boleh didakwa, didenda atau dipenjarakan. Hal ini terjadi kerana Kerajaan United Malay National Organization siap untuk menjadi alat kapitalis antarabangsa dan sedia menjual apa saja serta setia menghukum sesiapa saja yang tidak mematuhi tuntutan pemilik Hak Paten itu.
Persoalannya, sejak bila pula tumbuhan Tongkat Ali dan Kachip Fathimah menjadi milik Massachusetts Institute of Technology dan Pepsi Cola, Amerika Syarikat? Ejen kapitalis antarabangsa ini telah mengorak langkah pertama, dalam perancangan -yang mungkin bakal sempurna tidak lama lagi - untuk merampas hak mutlak setiap rakyat di tanah air ini ke atas tumbuhan Tongkat Ali dan Kachip Fathimah.
Ini buktinya:
Hak paten Kachip Fathimah
"Holista Biotech Sdn Bhd, a Bionexus-status company, is working with PepsiCo, a leading global beverage giant, to develop a drink using Malaysian herb, kacip fatimah or labisia pumila with prospects for sale in Asia, the US and Europe.
Holista Biotech had in 2007 filed two patents on the herb's ability to protect the liver and improve the body's immune system."
Hak Paten setakat ini untuk ekstrak Tongkat Ali:
Apatah lagi, kini setelah Jamaludin Jarjis dihantar menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Dulu pernah terbaca JJ yang menjadi ahli parlimen Rompin memberikan hak membuat penyelidikan kepada sebuah kompeni Amerika Syarikat, Donald Danforth Plant Science Center ke atas alam tumbuhan dengan manfaat perubatan di hutan Endau-Rompin. Ini kiranya seperti menghantar JJ jadi salesman nak jual Malaysia.
Kata Proudhon, "harta pemilikan adalah rompakan!" Hak Paten adalah PEROMPAKAN! Hak Paten adalah Hak Untuk Merompak Secara Berlesen yang dikeluarkan kerajaan!
**Tulisan ini adalah cetusan sepenuhnya daripada penulis sajak yang dikagumi saudara Rahmat Haron.**
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 2:24:00 PG 2 kata-kata kawan
Tanda Nama tulisan yang bukan puisi
Sewaktu memekik, menjerit, melaung, memanggil, mengharap dan kemudian mahu melihat ada objek turun dari langit dan tak lupa singgah di rumah aku
Khamis, Mei 14, 2009Cincang. Pincang
kau.aku takkan hilang
Tak mengaku
Perlu jadi kaku
Rumput hijau
boleh jadi kuning
Asal cukup waktu matahari
Tunggu masa tukar jadi bulan
Rimbun pohon darah
Subur beri baja kebodohan
Warna-warna pekat
simpan dalam poket
Lokek mahu lorek bentuk
Risau lurus jadi bengkok
Cuba terbang bukan lompat
jadi meteor bukan tupai
Apa?
Ada sama?
Ya. Ada!
Meteor jatuh terhempas
Tupai pula menjunam diri
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 2:27:00 PG 2 kata-kata kawan
Setelah ada garis putus-putus di tengah jalan kau berjaya sambungkannya menjadi garis berkembar untuk menamatkan persaingan yang lain
Selasa, Mei 12, 2009Ini semangat baru.
Satu jiwa besar
Dua rasa berbeza
Tiga nyawa baru
Dahulu dipijak lumat
Sekarang bangun berdiri
Ini semangat baru.
Satu jiwa bebas
Dua sayap terbang
Tiga nafas kepuasan
Semangat 96.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 1:15:00 PTG 4 kata-kata kawan
Sewaktu aku bosan menunggu waktu untuk diri sendiri. Aku akan isikan apa yang ada dengan acara membaca warta berita
Isnin, Mei 04, 2009Oh!
Ada kau dengar orang berkata.
"Aku ikhlas mencintai dirimu"
Pantas ingin aku memintas
"Kalau ikhlas tak harapkan balasan"
Ya!
Jika bercinta dengan ikhlas
Kau hanya akan memberi
Wah!
Tak terfikir itu rugi?
Atau lebih keras lagi
Bodoh.
Aku mahu jeritkan sesuatu
Bercintalah dengan harapan
Ada keuntungan untuk engkau
Ya!
Cinta itu skim piramid cepat kaya!
Makin kau gelojoh.
Cintakan balasan.
Selama itu dia tetap mahu rapat.
(Ini sajak atau warta berita abang naga?)
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:22:00 PTG 10 kata-kata kawan
Kalau mahu tahu siri-siri cerita ganjil atau mungkin yang berkaitan dengan kebenaran mimpi aku boleh berikan makna jelas pada kamu
Sabtu, Mei 02, 2009Malam sebelum lelap mata
Aku simpankan dia baik-baik
Ketika enak melayan tidur
Datang mimpi tak diundang
Dikatakan mahu dirampas
Milik yang aku simpan
Aku kata jangan
Dia tetap mahu
Kemudian.
Bunyi mimpi hilang dalam terang
Sampai sekarang tak juga aku jumpa
Tak tahu ke mana dia pergi sendiri
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:42:00 PTG 6 kata-kata kawan
Ketika suasana menjadi semakin tidak logik untuk menusuk otak dengan janji-janji kosong manusia yang tidak aku kenal
Jumaat, Mei 01, 2009Semalam bulan menelefon aku
Dimintanya cahaya yang aku pinjam dahulu
Aku jawap dengan tujuan memberi hampa
Dengan nada terketar-ketar aku katakan
"Cahaya yang kau pinjamkan sudah aku hilangkan"
Dia lihatnya terkejut dan seperti sudah putus harap
Aku cukup suka melihat bulan jadi suram begitu
Aku tak bisa berbuat apa-apa
Kerana aku hanya mahukan cahaya
Terus kekal lindungi aku.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 12:08:00 PG 4 kata-kata kawan