sistem oh shitstem

Selasa, Februari 26, 2008

sehelai kertas mungkin tiada makna
tetapi manusia itu dipilih dari sehelai kertas
mungkin juga kertas itu menipu
atau kita ditipu oleh pencetak kertas

kertas itu dicetak di sebuah kilang
bos kilang itu marah-marah
bila warna cetakan pada kertas
nampak pudar dan buruk

pekerja kilang jadi mangsa
dimaki, dihamun, diterajang
serupan anjing

mesin pencetak yang rosak
terus jadi harta di kilang
makin hari kertas makin pudar
dakwat makin kelam
mesin sudah rosak dan jahanam

Bos makin senang
hari-hari maki pekerja
sepak kuli-kuli

Bos itu sudah buta mata
pekak telinga
pekerja minta buang mesin
tukar yang baru

Bos kata tak boleh!!!,
buang pekerja
tolak semua kuli-kuli
ambil yang baru
kerja dengan mesin yang rosak

Bos sangat suka dengan mesin yang rosak
pekerja pun tak tahu kenapa
kuli-kuli terus jadi mangsa

Mesin Rosak=Kertas pun Buruk

2 kata-kata kawan:

Nur Farlida berkata...

mesin rosak=kertas pun buruk

setuju!!

...

rajuna melayan bayu di selatan berkata...

terkadang

rasa terhina
menjadi analog

dari menjadi digital
aku rela begini

kerana hidup adalah anarki
ia tak perlu di program lagi
SEMULAJADI


kamu, dia dan aku
kan bisa bergerak sendiri?





BERMARUAH!