ketika hujung nadi menanti henti
aku lakarkan tulisan buruk ku
pada surat cinta ku
tiada belas kasihan
aku burukkan tulisan ku dengan darah lenganmu
mungkin 100 helai surat cinta ku
mungkin tiada helai tulisan cinta darah ku
surat cinta ketika mati
terlalu indah untuk mu
walau darah jadi dakwatnya
walau epidermis mu jadi kertas ku
aku tetap usaha untuk berikan tulisan paling buruk
yang buatkan hati mu seksa
surat cinta ketika mati
Jumaat, Ogos 17, 2007Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 1:52:00 PG 0 kata-kata kawan
lama tak menulis
Khamis, Ogos 16, 2007lama tak menulis...
aku pun kurang pasti ketika itu
bila kali terakhir jari-jariku
aku pun tak tahu
bila kali terakhir sepasang mataku
aku tidak jelas dan kurang faham...
lama tak ku temui...
aku jarang sekali boleh mendengar
bila ada mungkin hanya bunyi jantung sendiri
aku hilang dalam sunyi dan gelap
bila ada mungkin mata tak ada sinar
aku semakin jauh....
lama aku tiada di dunia
kemana pergi suara nafas ku?
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:04:00 PTG 0 kata-kata kawan
Langgan:
Catatan (Atom)