Oh!
Ada kau dengar orang berkata.
"Aku ikhlas mencintai dirimu"
Pantas ingin aku memintas
"Kalau ikhlas tak harapkan balasan"
Ya!
Jika bercinta dengan ikhlas
Kau hanya akan memberi
Wah!
Tak terfikir itu rugi?
Atau lebih keras lagi
Bodoh.
Aku mahu jeritkan sesuatu
Bercintalah dengan harapan
Ada keuntungan untuk engkau
Ya!
Cinta itu skim piramid cepat kaya!
Makin kau gelojoh.
Cintakan balasan.
Selama itu dia tetap mahu rapat.
(Ini sajak atau warta berita abang naga?)
Sewaktu aku bosan menunggu waktu untuk diri sendiri. Aku akan isikan apa yang ada dengan acara membaca warta berita
Isnin, Mei 04, 2009Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:22:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 kata-kata kawan:
kalo cinta mengharapkan balasan bukanlah namanya "ideal love." =p
manusia yg berbuat sesuatu tanpa hajat adalah org yg rugi dan bodoh kerana mereka tidak yakin diri sendiri utk dapatkan apa yg dimahukan..sungguh hipokrit kalu bercinta tak mengharapkan apa2..sekurang2nya utk bersama hingga akhir hayat..tak salah pinta balasan utk dijaga dan dibelai..
cinta tanpa mencintai.
well, ok juga.
Ini - sebelum Warta Berita Jam Delapan!
Wacha! Tu komen pun dah macam tulis sajak dah ni, ha ha.
wah, hitam daniel!
:)
cinta kadang-kadang mcm page lu. hitam! adeh.
Chenta itu pelaburan, beb!
politik cinta
baca utusan... =)
cinta untuk Allah je cmtu kot... ade ke cinta kt dunia ni seikhlas itu... :P chaiyokk!!
Catat Ulasan