Mudah untuk kamu katakan
dan mudah juga untuk aku menghadam
dan melumatkan pejal-pejal nikmat
yang kamu berikan
Sukar untuk kita sama-sama
dalam satu jalan
dan kamu memimpin tangan aku
dan mungkin kadang-kadang aku
memeluk dan mencium peluh di dahi kamu
agar kita hilang lelah bersama
Jika ADA yang memberi izin
aku mahu mengisi ruang kontang
dalam perut sendiri
dengan kertas-kertas
dan tembaga-tembaga nilai
dalam poket kamu
Aku makin sengsara
hanya mampu diam
dan menahan
alunan rentak
yang datang
Kamu? Kamu terus berbondong-bondong
mengusung poket penuh
ke mana-mana
hingga sampai satu ketika
poket kamu itu bocor
Apabila bocor dan berlubang
akulah manusia paling nikmat
dan susuk tubuh paling pandai mencipta senyum
kerana aku akan mengekor kamu
bagai bayang-bayang gelap
mengutip tiap-tiap yang jatuh itu!
Poket kamu penuh tapi perut aku kosong langsung!
Ahad, Disember 14, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:58:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
25 kata-kata kawan:
bile nak intebiu ni...
(tak pasal2 komen xde kene mengene ngan pos)
oh ya! aku pun akan doa poket itu bocor. dan aku di belakang kamu dalam gelap. kutip yang jatuh jatuh dari poket.
nasib baik aku simpan dlm stokin.
weit.. lu kena tag dr gua.. jawab2..
..emmmm......pandai ambil kesmpatan ye.....mi no sik inglis...
pandai berpuisi...
jom tengok bukan teater?
poket penuh tapi penuh ngan duit haram,
wtpe?
baik diam2 xde duit,
lagi bagus
haaaha
fuhhh...ini 3 dalam 1 atau 2 dalam 3 banyak kesahnyer! skang ni poket aku pun kosong...perut pun kosong... kosonglah mudah citer. hahaha
la.
awak tak habaq hang nak makan?
sangat menarik.
ada maksud terang dan tersembunyi ni.
kebetulan masa aku baca ni. perut aku juga lapar. gaahhh
bila dah dapat kutip dari poket yg bocor itu, sahih ke perut tidak kosong lagi?
bisnes ape weh?? halal tak?? jgn tercicir tgh jalan dah lew..
sajak kamu memang hidden meaning smuanya;)
tau tkpe..tk dpt jumpa di maskara..tkpe maybe next time;)
ada juga tanye tok rimau, bro tk dtgke?;P
woah!! kreatif
neslo panas satu
dengan mee goreng kurang masin eh?!
woi, mana ada poket penuh aku ni. setakat belanja teh tarik ngan roti banjir untuk kau tu boleh la! haha
Lapar ke?
haha kalau bocor ajak aku join sekali tau
pocket e2 bocor?nampak sgt x bayar zakat ni e2 la Tuhan bocor kan poker ko kerana lupa dgn nikmat yg di berkan Nya.
hahaha
Lawan!!!
Revolt!!!
Bro..
Jmpa Sabtu nih!!
Bawak teman, bawak kekasih!!
huihhhh tuk sapa ni dannyal?
makin berseni ayat.. peh!
dapat lebih payung la skit
heh
aku faham..
faham.
hari ini ak bersedih. kamu yg pertama tahu. ak sgt sedih. sedih.
peluru mu puitis,
Friday, December 26, 2008
:: Celah Retakmu Lahir Aku ::
dimana lagi, aku kurang berkarya...
juga kurang bergoblog...
terima kasih kamu lawat minda bersaru...
www.mindabersaru.blogspot.com
Catat Ulasan