Ramai yang datang
tiada yang hilang
mata tertumpu
ke satu bangku!
kaki bangku
Rabu, Julai 30, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 8:20:00 PTG 30 kata-kata kawan
Pertubuhan Rakyat Biasa
Isnin, Julai 28, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:22:00 PTG 41 kata-kata kawan
sujud menyembah
Ahad, Julai 27, 2008Membongkok tubuh
menyentuh kaki
bukan milik sendiri
tapi hak si tuan tanah
Aku dan kamu
terus setia membongkok
menyentuh ibu jari
paling besar sekali
Selesai membongkok
kamu bersujud
aku menurut
Dia tersenyum
Kemudian bangun
kami ketawa
hati gembira
kepala dipijak
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:22:00 PTG 18 kata-kata kawan
Saya, kamu dan dia penceroboh kan?
Rabu, Julai 23, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:25:00 PTG 40 kata-kata kawan
Tanda Nama gambar-gambar fakta
Aku bukan komunis
Aku komunis
bukannya bengis
Kau kapitalis
aku mengemis
Mereka kata
komunis jahat
Mereka kata
kapitalis baik
Komunis itu tentera
atau sistem sosial
Kapitalis itu raja
atau jadikan kita hamba
**saya bukan komunis**
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 8:48:00 PTG 23 kata-kata kawan
Perempuan gila
Sabtu, Julai 19, 2008Aku inginkan perempuan gila
Berikan aku warna cinta
Bukan warna yang hitam
Begitu juga warna yang putih
Aku mahukan warna bercampur
Hanya perempuan gila
Tahu mencampur warna jiwa
Hingga berubah jadi berbeza
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 5:31:00 PTG 44 kata-kata kawan
Berdarah Hidung
Khamis, Julai 17, 2008Berdarah hidung
ditumbuk garuda
menumbuk angin
diketawa harimau
Bergolek jatuh
terlentang luka
bangun kembali
kemudian rebah
Membujur lalu
berdarah rempuh
melintang patah
terbelah rusuk
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 7:18:00 PTG 22 kata-kata kawan
16 Julai 1985
Selasa, Julai 15, 2008Teriak bayi memecah sunyi
Ibu menitis air mata
wajah penuh cahaya
gembira
Ayah datang perlahan-lahan
Alunkan merdu azan ke telinga
Lembut terasa hembusan angin
Tangisan kecil langsung terhenti
Hari ini,
waktu itu berulang lagi
Dan kaki tetap melangkah
melepasi batas usia
Dahulu bayi lemah
Kini insan tabah
Aku mahu kau tahu
Hidup ini tidak
sendiri
Salam lahir 23 bintang selatan. :-)
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:40:00 PTG 27 kata-kata kawan
Terbuai
Isnin, Julai 14, 2008Ada bisik suara garau
singgah ke cuping telinga
katanya hidup ini buaian
Aku tak percaya
Aku halau jauh-jauh
Suara garau tadi hilang
Jauh dalam kalbu
aku bisikkan sendiri
hidup mesti bergerak
Yang buaian itu bukan hidup
Tapi bimbang...
Bergerak tapi tak ke mana!
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:10:00 PTG 19 kata-kata kawan
Dia pergi...
Khamis, Julai 10, 2008Dia pergi,
Kamu bila lagi?
Suka?
Jika suka ketawa!
Sedih?
Jika sedih menangis!
Senang bukan?
Jika mahu ambil
Jika tidak lepas!
Kamu sanggup?
Aku tak tahu!
Angguk pun tidak
Geleng pun bukan!
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 9:45:00 PTG 26 kata-kata kawan
Sendiri...
Rabu, Julai 09, 2008Ketika berlari mencari arah bintang
Dia mendongak melihat langit
Tiada bintang untuknya malam ini
Dia berjalan pantas ke hujung timur
Mendongak lagi, mencari bulan
Tiada juga cahaya untuknya malam ini
Dia kumpul kisah yang lalu
Dia jalinkan jadi helaian kain tebal
Dihamparkan... lelah
Kisah lalu jadi alas tidurnya
Cerita hadapan dia kurang pasti
Hidupnya jadi sendiri
dan terus berdiri
menguntum senyum
secantik bunga plastik
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:09:00 PTG 24 kata-kata kawan
Marah? Di sini bukan tempatnya...
Ahad, Julai 06, 2008Jangan hamburkan ejaan M.A.R.A.H
Aku sudah dewasa
Kau tahu atau tidak?
Kau kabur atau jelas?
Semalam aku masih dungu
Berfikir guna akal pinjaman
Hari ini aku pantas dalam semua
mencair dalam gumpalan sendiri!
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:48:00 PTG 29 kata-kata kawan
Putera Katak dan Puteri Manusia
Selasa, Julai 01, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 7:38:00 PTG 35 kata-kata kawan
Tanda Nama gambar-gambar fakta