Bertanya hari yang ini
kepada hari yang semalamnya...
"Adakah aku akan hilang seperti kamu?"
Jawab hari yang semalam
kepada hari yang ini...
"Aku tidak pasti, mungkin kau boleh tanyakan
kepada hari yang esok, adakah dia sabar untuk menunggu."
Bertanya hari yang ini
kepada hari yang esok...
"Adakah kamu sanggup bersabar seketika?"
Jawab hari yang esok
kepada hari yang ini...
"Tidak, aku tidak boleh menunggu lagi
kerana aku juga mahu menjadi seperti kamu,
jadi hari yang sebenar-benarnya hari...
bukan mimpi, masa hadapan atau juga sejarah!"
Bicara hari
Sabtu, Mei 17, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:41:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 kata-kata kawan:
Maka marilah kita jadi hari yang sebenar2nya:)
Btol tak?hehe
hurm..menarik2.
siapa hari ini, esok dan semalam itu?
bengong kan aku tanya soalan ni?
sedarilah bahawa
hari ini adalah pasti
esok dan lusa
belum tentu ceritanya
jadi, hari ini
pastikan ia
milik kita.
bukan yang lain.
hehe btol Princess!
aku rasa soalan itu ada jawapan pada kamu khai!
Ya! pastikan itu Rajuna!
!!
xtau nk tulis pe.tp nk tulis gak haha
haha! tq singgah! -maz
hari esok akan mencipta sejarah..hari ini kita lelakar sejarah biar hanya kita yg tau tp ia cukup membuat kita belajar, bahagia dan lebih menhargai usia yg semakin meninggalkan kita..semoga apa yg dilalui hari ini menjadi pgajaran tuk ari esok yg belum tentu menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan..
ops sorry tajuk kita seakan sama..hehehe..xperasan
Yesterday is dead and gone
And tomorrows out of sight
And its sad to be alone
Help me make it through the night
(kris kristofferson)
haha! perkara biasa itu tempe. tak ada masalah! terima kasih singgah! :P
ya saudara zizie, kata2 menarik.
wahhh skill kau semakin mantap dan mantap dan mantap!!!tahniah rakanku!
haha! terima kasih platonik!
danial..xdela. ak xde jwpn. ko bagi la..
khai,
cita-cita sendiri, semua pasti ada jawapan. :-)
Catat Ulasan