Mungkin langit itu tinggi
kerana kita dongakkan leher
dan terlalu mengagungkan yang paling atas
Mungkin bumi dan tanah hanya
lantai jadi tempat berpijak
bukan tempat menunduk hormat
Namun,
langit tetap setia mencurah hujan
dan bumi terus segar
memberikan nafas ke langit
atas dan tiada yang tinggi
Isnin, Mac 03, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 9:53:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 kata-kata kawan:
heheh..sesungguhnya tiada yg lebih tnggi dr yg lebih tinggi. kerna sentiasa ada yg lebih tinggi.
Catat Ulasan