Untuk Taufik & Hidayah

Isnin, Mac 29, 2010

Basahkan bibir
manjakan lidah
dengan kata puji
dan kalimah syukur


Kerana bertambah dalam dunia
manusia putih
manusia bersih

Biar yang ini kita doakan
Biar yang ini kita harapkan

Jadi terbaik untuk dirinya
Jadi pelindung untuk ibunya
Jadi nilai bangga untuk bapanya



**Untuk Taufik & Hidayah yang sedang menempuhi alam baru sebagai ayah dan ibu**

Tahniah daripada aku. :-)

Biar jantung terbelah dua.

Khamis, Februari 25, 2010

Ramai lagi yang kau rindukan
Bukan hanya aku seorang

Kita diam mereka bercakap

Selasa, Januari 12, 2010

Retorik-retorik dahanam
selalunya bawa maksud jahanam

Kita ini lopong dan percaya
biarkan air seni menempias muka.

Biasa saja untuk kamu dan mungkin pelik untuk aku.

Jumaat, Januari 08, 2010

Manik-manik halus warna jernih
Jatuh tak putus-putus
Asalnya mungkin dari angkasa
Atau boleh saja dari ruang lain

Manik-manik halus warna jernih
Jatuh tak putus-putus
Gelincir jadinya landasan elarti
Dan saja mengancam tragedi

Berhentilah kau mendongak

Rabu, Disember 30, 2009

Ini zaman menongkat dagu
Ini waktu bermenung jauh
Ini masanya berhenti lari
Ini ketikanya bermula kembali

Sudah sampai kita ke daerah baru
Penuh titik-titik putus harapan

Kalau disambung

Mampu kembali capai mimpi

Ini tiada maksud untuk bermain kata-kata

Ahad, Disember 27, 2009

Aku tak akan mengerti
Kerana tak pernah aku
Mahu dan lalu
Untuk rajin membaca
Hati kamu yang tebal

Aku tak suka menyelak
Helaian hati kamu
Kerana jelas seperti
Menyesakkan

Apa kata
dengan satu cadangan
kau gunakan mesin pengimbas
simpankan ketebalan hati itu

Jadikan dia padat
sebelum kau muat naik
dan mudah untuk aku
atau siapa sahaja
gelintar laju hati kamu

Zubaidah dan tikus-tikus jalanan yang setia memainkan lagu tarian kita

Isnin, Disember 14, 2009

Dalam rambang mata Zubaidah
Ada hati haiwan mahu dibedah
Dalam angin ribut duka menerjang
Ada lorong gelap menuju ke ranjang
Dalam setiap bilangan mimpi
Hanya yang terang setia terpilih