Berhentilah kau mendongak

Rabu, Disember 30, 2009

Ini zaman menongkat dagu
Ini waktu bermenung jauh
Ini masanya berhenti lari
Ini ketikanya bermula kembali

Sudah sampai kita ke daerah baru
Penuh titik-titik putus harapan

Kalau disambung

Mampu kembali capai mimpi

Ini tiada maksud untuk bermain kata-kata

Ahad, Disember 27, 2009

Aku tak akan mengerti
Kerana tak pernah aku
Mahu dan lalu
Untuk rajin membaca
Hati kamu yang tebal

Aku tak suka menyelak
Helaian hati kamu
Kerana jelas seperti
Menyesakkan

Apa kata
dengan satu cadangan
kau gunakan mesin pengimbas
simpankan ketebalan hati itu

Jadikan dia padat
sebelum kau muat naik
dan mudah untuk aku
atau siapa sahaja
gelintar laju hati kamu

Zubaidah dan tikus-tikus jalanan yang setia memainkan lagu tarian kita

Isnin, Disember 14, 2009

Dalam rambang mata Zubaidah
Ada hati haiwan mahu dibedah
Dalam angin ribut duka menerjang
Ada lorong gelap menuju ke ranjang
Dalam setiap bilangan mimpi
Hanya yang terang setia terpilih