Akhirnya kerana racun aku temui kamu dan sempurnakan cinta yang kadangkala penuh pincang di hujung serta di pangkal

Jumaat, Julai 31, 2009

Udara sesak warnanya putih
Campuran hitam jadi kelabu
Tercungap nafas tahan gelora
Hembusan sifar malam dan embun

Harumnya kosong isinya debu
Bikin fikirku
Tak tentu-tentu

Peparu jantung luka bernanah
Sebelum hilang dilumat hancur

Bentuknya racun serbuk
Tertumpah dari bekas
Kemudian luas-luas
tebar atas jerawat bumi

Lalu dia jadi pula debunga benci
Dan dari situ tumbuh besar pohon berlagak suci
Rupanya hanya Ranting duri daun sepi

Perlahan-lahan dia tunggu waktu.
Mahu tumbang
Sebelum mati

2 kata-kata kawan:

MARSLI N.O berkata...

Salam. Bisakah saya memberikan sedikit reaksi atau sebarang komen terhadap mana-mana sajak yang saya baca dan berkenan? Bkan hendak tunjuk pandai atau sejenisnya. Cuma bertanya sebelum datang slah sangka.

Teruslah menulis sajak yang fokus tetapi sangat berghairah.

:Marsli N.O

Danielle_Corleone berkata...

Salam abang Marsli. Saya sangat gembira jika abang Marsli mahu memberi komen terhadap mana-mana sajak saya. Saya ini masih belajar dan mengharapkan pelajaran berguna. terima kasih abang Marsli. :-) saya alu-alukan.