Sewaktu memekik, menjerit, melaung, memanggil, mengharap dan kemudian mahu melihat ada objek turun dari langit dan tak lupa singgah di rumah aku

Khamis, Mei 14, 2009

Cincang. Pincang
kau.aku takkan hilang

Tak mengaku
Perlu jadi kaku

Rumput hijau
boleh jadi kuning

Asal cukup waktu matahari
Tunggu masa tukar jadi bulan

Rimbun pohon darah
Subur beri baja kebodohan

Warna-warna pekat
simpan dalam poket

Lokek mahu lorek bentuk
Risau lurus jadi bengkok

Cuba terbang bukan lompat
jadi meteor bukan tupai

Apa?

Ada sama?

Ya. Ada!

Meteor jatuh terhempas
Tupai pula menjunam diri

2 kata-kata kawan:

S.YanaZ berkata...

Gua harap gua bkn tupai yg menjunam diri.

rahmat haron berkata...

sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. tapi meteor kalau jatuh ke bumi...lain jadinya...tergantung saiznya

terima kasih.ambillah catatan saya untuk tujuan menyebar luaskan kesedaran dan pengetahuan