Untuk Kawan-Kawan!
Sabtu, Disember 27, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:56:00 PG 10 kata-kata kawan
Poket kamu penuh tapi perut aku kosong langsung!
Ahad, Disember 14, 2008Mudah untuk kamu katakan
dan mudah juga untuk aku menghadam
dan melumatkan pejal-pejal nikmat
yang kamu berikan
Sukar untuk kita sama-sama
dalam satu jalan
dan kamu memimpin tangan aku
dan mungkin kadang-kadang aku
memeluk dan mencium peluh di dahi kamu
agar kita hilang lelah bersama
Jika ADA yang memberi izin
aku mahu mengisi ruang kontang
dalam perut sendiri
dengan kertas-kertas
dan tembaga-tembaga nilai
dalam poket kamu
Aku makin sengsara
hanya mampu diam
dan menahan
alunan rentak
yang datang
Kamu? Kamu terus berbondong-bondong
mengusung poket penuh
ke mana-mana
hingga sampai satu ketika
poket kamu itu bocor
Apabila bocor dan berlubang
akulah manusia paling nikmat
dan susuk tubuh paling pandai mencipta senyum
kerana aku akan mengekor kamu
bagai bayang-bayang gelap
mengutip tiap-tiap yang jatuh itu!
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:58:00 PTG 25 kata-kata kawan
Istana Habuk Tapak Kasut!
Isnin, November 17, 2008Selesa! Selesa! Selesa!
Miskin Selesa!
Sengsara! Sengsara! Sengsara!
Kaya Sengsara!
Haram! Haram! Haram!
Tanah Si Miskin!
Halal! Halal! Halal!
Tanah Si Kaya!
Roboh! Roboh! Roboh!
Mahligai Si Miskin!
Bela! Bela! Bela!
Pondok Buruk Si Kaya!
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 9:47:00 PTG 41 kata-kata kawan
MEMBANTU KAWAN-KAWAN!
Selasa, November 11, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 9:47:00 PTG 22 kata-kata kawan
Gambar Menerangkan Segala-galanya!
Isnin, November 03, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 1:51:00 PG 35 kata-kata kawan
Tanda Nama gambar-gambar fakta
Analisis Hubungan Teori Sejarah dan Teori Sosial
Ahad, Oktober 26, 2008PADAN MUKA LU ORANG! BACALAH BENDA-BENDA BERAT MACAM NI! BIAR JADI GILA SAMA MACAM GUA!!! HAHAHAHA!!!
Tajuk ini menilai dan memberikan kita idea untuk melihat bahawa sesuatu ilmu atau bidang kajian itu mampu berdiri secara sendiri dan bebas, serta terus berkembang dalam situasi memulakan proses pembentukannya sendiri dalam satu konteks tersendiri dan lingkungan yang wujud. Apa yang lebih penting di sini ialah bukan sahaja soal penerimaan umum tetapi maksud sesuatu ilmu itu mempunyai perkaitan rapat dengan konteks yang dibincangkan.
Sifat sosial, nilai sistematik, logik, dan ada usaha pengukuhan telah menjadikan disiplin kajian sejarah mempunyai kaitan yang rapat dengan masyarakat, sama ada sebagai pelaku dalam kajian atau objek yang diteliti dalam ilmu ini. Kadangkala kita dapat melihat tindakan manusia itu penuh dengan nilai perbezaan dan reaksi mereka juga adalah tidak sama setiap masa. Sifat yang disebutkan ini bukan sahaja meliputi perkara-perkara tertentu sahaja tetapi juga dalam nilai waktu ketika sesuatu proses sejarah itu berlangsung dan kedudukan kaedah yang kukuh dalam ruangnya.
Pandangan dengan idea yang lebih luas dari Peter Burke membantu menjelaskan sejarah [abad ke-18 – 20] ketika teori sosial dan ilmu sejarah mula membentuk dan menjadi dua bentuk ilmu dan saingan yang rapat. Pembentuk teori selesa membangunkan sikap-sikap kontradiktif terhadap satu sama lain, sehinggakan pada satu ketika “teori dan sejarah sosial mengalami masalah kemunduran dalam kajian. Kemudian, Comte bersama-sama ahli ekonomi dan beberapa orang ahli sosiologi moden membangkitkan teori sosial hingga ke tahap kritis sosiologi.
Dalam bidang yang lain, terutamanya teori politik, terjadi situasi penggunaan pendekatan sejarah yang ketat dan dengan nilai tersendiri di dalam karya-karya sosial seperti yang dihasilkan oleh Shmuel N. Eisenstadt [The Political Systems of Empires – 1963], atau Seymor M. Lipset [The First Nation – 1963], Charles Tilly [The Vendee – 1964], Barrington Moore [Social Origins of Dictatoriship and Democrary – 1966], Eric Wolf [Peasant Wars – 1969], malahan dalam karya-karya antropologi seperti hasil Clifford Geertz dan Marshal Sahlins juga mempunyai nilai-nilai sejarah.
Perkara sebegini dilihat Burke sebagai satu perkara yang mencirikan perbezaan tipologi antara teori sosial dan sejarah pada masa-masa tertentu. Burke mengkiritik sejarawan dan pengkaji sosiologi kerana wujud perbezaan tersebut. Baginya, kedua-dua ilmu, pendekatan dan kajian ini sama-sama bergerak dengan mengambil masyarakat sebagai objeknya. Burke melihat pendekatan sosial dan sejarah sebagai dua ilmu yang hampir tetapi sering mempunyai perbezaan pandangan.
Perbezaan ini terjadi kerana berkembangnya fahaman yang mewujudkan kritikan di antara dua bidang ini dan di antara sejarawan dan ahli dalam bidang kajian sosial. Di sini cukup jelas, terutama di
Mereka yang terlibat dalam kajian sejarah sering mempunyai pengkhususan dalam latar masa dan sosial. Sejarawan sering mengganggap golongan ahli sosial sebagai mereka yang gemar menggunakan jargon yang kasar serta abstrak dan dilitupi dengan istilah-istilah ilmiah. Beberapa orang sejarawan menolak ahli sosial kerana mereka dilihat sebagai golongan ilmiah dalam erti abstrak.
Dari pandangan teori sejarah, dapat dilihat, perbezaan sikap dan pandangan tadi terjadi kerana masing-masing bergerak dalam aliran sendiri, dengan teorinya dan berusaha membangunkan suatu hegemoni intelektual. Pada satu ketika, sesuatu aliran teori terperap dalam keadaan vakum, satu aliran teori lain akan muncul dan mendominasi cara berfikir pada sesuatu zaman. Ini menjadi satu tanda penting yang kemudiannya dapat dilihat melalui perkembangan pelbagai cabang teori baru di dalam bidang ilmu kemasyarakatan. Misalnya, kemunculan terma-terma post/pasca sebagai merujuk kepada perkembangan mutakhir dari sesuatu teori konvensional.
Burke pernah menimbulkan persoalan “apa gunanya teori sosial bagi sejarawan, dan sebaliknya apa gunanya sejarah bagi pemikir sosial?”, Persoalan ini tidak meminta satu jawapan biasa, tetapi persoalan ini meminta kita menelusuri kaedah dan hubungan agar kita mampu mengaitkan persoalan penting dalam pembangunan nilai sosial serta sejarah itu sendiri.
Dalam waktu yang cukup panjang kita dapat melihat kedua-dua cakupan ilmu yang hampir ini dilihat tidak sekata dalam mengembangkan ilmu masing-masing. Perkara ini bukan sahaja dinilai dari segi sikap kontradiktif dalam penggunaan sesuatu pendekatan, tetapi juga kekangan dalam metodologi itu sendiri. Keadaan ini pada satu ketika menyebabkan sesuatu pendekatan itu mengalami kemunduran.
Peter Burke menampilkan satu penulisan yang cukup baik bagi menggambarkan hubungan di antara teori sosial dan teori sejarah. Beberapa karya klasik misalnya dari Montesquieu [Spirits of the Law-1748] telah turut memberikan pengaruh kepada karya Möser History of Osnabrück, sebuah karya sejarah tempatan yang didasarkan kepada dokumen asli, sekaligus menjadi satu contoh klasik tentang sumbangan teori sosial kepada bidang sejarah. Demikian juga karya Gibbon Decline and fall of the
Kritikan balik daripada para ahli sosiologi terhadap sejarawan telah menambah ketegangan dalam perdebatan ini. Comte dan Spencer, seperti dipaparkan Burke, secara sinis memandang karya sejarawan sebagai “perincian yang tidak perlu dibuat secara serius”. Ini adalah satu kritikan metodologi. Kemungkinan besar minat sejarawan terhadap ilmunya telah membawa mereka secara mudah melihat teknik pengumpulan data dari sumber-sumber masa lampau, dan umumnya kisah dan dokumen-dokumen rasmi aliran Ranke, tidak terlalu perlu satu metodologi sukar seperti yang dilakukan oleh golongan sosiologi.
Dari situ kita dapat memahami bahawa ahli-ahli sosial dan sejarawan berpegang kepada sumber-sumber yang mereka pegang dan menggambarkan objek kajian mereka. Tetapi apa yang perlu dijelaskan ialah penentuan metodologi sendiri.
Gerald J.Schnepp, dan Burke, melihat perbezaan sikap di antara ahli-ahli sosial dan sejarawan terjadi di dalam ruang yang sukar diselesaikan di antara mereka. Mengikut Schnepp, ruang-ruang yang tidak dapat diselesaikan itu meliputi terminologi, klarifikasi makna “teori sosiologi” dan hubungan di antara teori dengan penelitian. Burke membahasakan ruang yang sukar diselesaikan ini sebagai Model Kaedah serta Konsep-konsep Asas.
Burke menjelaskan bahawa perbezaan metodologi di antara teori sosial dan sejarawan pertamanya terletak pada perbezaan pandangan mengenai kaedah perbandingan. Idea-idea Durkheim biasanya menjadi panduan dalam sosiologi perbandingan. Pemikir sosial tidak hanya menjelaskan masyarakat sebagaimana wujudnya sesuatu fakta, melainkan selalu menganalisa faktor-faktor asas yang membentuk suatu fakta sosial. Masyarakat tidak statik, tetapi dinamik. Dinamiknya masyarakat tadi berbeza pada suatu lingkungan dengan lingkungan lainnya, dan juga antara suatu masa dengan masa lainnya. Tugas ahli sosiologi perbandingan adalah menganalisa mengapa perbezaan-perbezaan itu terjadi di dalam proses membentuk masyarakat itu.
Dengan dasar itu, mereka memandang sejarawan telah gagal kerana hanya memperhatikan hal-hal unik yang tidak berulang. Sebuah penyusunan kronik yang kemudiannya hadir melabelkan sejarah itu sebagai sejarah bukan naratif. Burke memberi contoh kritikan Weber terhadap Georg Von Below, mengenai sejarah
Selanjutnya sejarawan menjadikan pendekatan kuantitatif sebagai satu-satunya cara yang praktikal dalam mendapatkan dan mengumpulkan data. Tetapi ia memiliki kelemahan dalam menggunakan pendekatan itu sendiri. Kritikan golongan pemikir teori sosial terhadap kecenderungan ini ialah mereka menganggap sejarawan hanya memperhatikan angka-angka itu sebagai yang menggambarkan suatu keadaan di suatu masa tertentu. Suatu kecenderungan melihat hal-hal yang unik, tanpa menyedari bahawa terdapat perubahan-perubahan yang besar di antara angka-angka itu sendiri. Kritikan terhadap kecenderungan ini juga datang dari golongan sosiologi agama, terutama bagaimana menentukan indeks pengukur terhadap daya keyakinan agama.
Dalam erti kata lain, Schnepp, dan Burke bersetuju bahawa perbezaan pendapat ini wujud kerana aspek-aspek terminologi atau konsep-konsep asas.
Kesannya, apa yang disebut sebagai peristiwa dalam kajian sejarah sudah tidak lagi mencukupi jika hanya dilihat dari sudut itu sahaja.
Hujah sederhana yang digunakan untuk menyatakan tentang masa hadapan teori sosial dan sejarah tetap signifikan apabila kita melihat fakta tentang kedinamikan masyarakat. Kediinamikan masyarakat pada setiap masa telah menjelaskan teori substantif yang terus berubah atau teruji di dalam proses yang panjang. Di samping itu, kedinamikan ini telah menjadi sumber informasi sejarah yang digarap secara akademik mahupun yang hidup di dalam memori-memori masyarakat itu sendiri.
Perkembangan di dalam masyarakat telah melahirkan teori sosial dan menilai semula pendekatan sejarah terhadap masyarakat itu sendiri. Sejarah dan teori sosial dihasilkan melalui pertemuan fakta sosial di dalam masyarakat. Ia bertindak menjelaskan dan menganalisis fenomena-fenomena yang jelas sebagai satu fakta sosial. Di dalam pertemuan itu , pembentuk teori berhadapan dengan langkah awal pembinaan teori dan ia dinilai daripada pandangan pembikin teori. Langkah pembinaan awal itu kemudian dikumpulkan dan digambarkan secara jelas. Melalui gambaran ini akan terhasil satu jelmaan yang mengandungi kritikan serta penilaian sistematik untuk membentuk atau membina semula teori.
Dapat dicatatkan beberapa hasil karya sejarah sebagai satu gambaran ke atas perkembangan dan perubahan dalam masyarakat. Atau sebaliknya karya-karya sosial juga menggunakan pendekatan historiografi sebagai perspektif dalam membangunkan analisis terhadap kedinamikan dalam masyarakat itu.
Ritzer sebagai contoh menjelaskan mengenai kemunculan sosialisme dan beliau menyifatkan ia adalah sebahagian daripada perkembangan sosiologi peringkat awal, sewaktu Marx, Weber dan Durkheim melakukan usaha mengukuhkan kedinamikan masyarakat yang mereka lihat pada satu zaman dan tempat. Begitu juga dengan kemunculan idea feminisme sebagai satu reaksi kepada kemampuan wanita. Di kalangan penganut feminisme, ada yang bersikap protes, berdiskusi secara ilmiah tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan diskriminasi dan perbezaan. Feminisme kemudian menjadi satu aliran di dalam sosiologi yang semakin hari semakin berkembang.
Ini bermaksud kita memerlukan satu sosiologi sejarah sebagai menjadi satu kemungkinan untuk dapat memecahkan perbezaan ruang itu tadi. Gerald J.Schnepp, mengingatkan kita pada kelemahan dari sosiologi sejarah itu sendiri, ketika kita hanya memberikan perhatian kepada sifat dasarnya sahaja. Seseorang yang terlibat dalam sosiologi sejarah perlu mempunyai kemahiran dalam menilai dan membandingkan segmen atau bahagian dalam empirikal dan sejarah di samping mampu melakukan kritikan membina terhadap andaian-andaian teoritikal tertentu.
Sejarah perlu dikaji dengan pendekatan ilmu sosial bersama-sama dengan metodologi sejarah itu sendiri. Sejarah itu perlu terbuka dan menerima atau menyerap pandangan disiplin-disiplin lain, asalkan ia dapat membentuk satu kajian sejarah yang asli dan berwibawa. Di sini sejarah itu bukan semata-mata satu penceritaan sahaja, tetapi sejarah adalah satu kajian kritis yang memberikan kritikan membina kepada pembangunan masyarakat itu sendiri. Melalui perkembangan sejarah sebegini kita akan dapat membawa keluar satu bentuk ilmu sejarah yang lebih komprehensif dan bernilai tinggi. Pandangan bahawa Sejarah politik itu perlu diutamakan adalah agak sempit, kerana sejarah itu bukan sahaja mengenai soal idea politik tetapi sejarah itu mencakupi segala-galanya.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 10:11:00 PTG 30 kata-kata kawan
Di hari hartal kita hilang sesuatu
Isnin, Oktober 20, 2008Hari ini hari apa?
Kalau biasanya
Kita semua
Menjawap mudah
Hari ini hari Isnin!
Ya aku tahu
Hari ini hari Isnin
Namun hari ini
Hari penting
Hari besar
Hari ini HARTAL!
Hari ini MOGOK!
Hari ini BANTAH!
Hari ini
Kita alami kehilangan
Kita hilang serikandi
Kita hilang tokoh kiri
Kita hilang tokoh merdeka
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 2:43:00 PTG 23 kata-kata kawan
Kekasih tutupkan mata ku. Tolong!
Sabtu, Oktober 18, 2008Kekasih datang dekat dengan ku
Jangan kau detikkan mimpi yang ragu
Aku mahu kau yakin pada hati sendiri
Cintaku bukannya lampu
Tak pernah wujud suis penutup
Cintaku hanya begitu
Bukannya barang-barang
Ada harga tak mampu terjual
Jika katakan...
Tiba-tiba ada pelekat harga
Menampal di pembalut hati
Akan aku pastikan sesuatu
Harganya tak mampu terbeli
Biarkan stagflasi.
Biarkan inflasi.
Biar wang jadi beku.
Asalkan CINTAku hanya satu.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 5:14:00 PG 29 kata-kata kawan