Selamat Hari Bakal Bebas 31 Ogos
Sabtu, Ogos 30, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:46:00 PTG 39 kata-kata kawan
Tanda Nama gambar-gambar fakta
Jangan sia-siakan Revolusi Perancis
Khamis, Ogos 28, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 8:53:00 PTG 22 kata-kata kawan
Tanda Nama tulisan yang bukan puisi
Patriotik yang Plastik
Ahad, Ogos 24, 2008Aku ditanya kelmarin.
Adakah kamu merasa bangga
melihat bendera MALAYSIA
berkibar-kibar megah?
Aku menjawab.
TIDAK!
Aku ditanya lagi kelmarin.
Adakah kamu berdiri tegak
jika lagu NEGARAKU
dimainkan di tempat-tempat awam?
Aku menjawab lagi.
TIDAK!
Sekali lagi kelmarin, aku ditanya.
Adakah kamu merasa marah
jika NEGARA kamu dikeji dan dihina
di luar sana?
Aku langsung menjawab.
TIDAK PASTI!
Dan kelmarin terus bertanya.
Adakah kamu cukup berminat
dengan irama dan lagu-lagu
PATRIOTIK?
Aku dengan penuh perasaan menjawab
TIDAK!
*(KERANA PATRIOTIK SEMUANYA PLASTIK)*
**Alangkah indahnya jika manusia tidak dinilai dengan objektif!**
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 5:16:00 PTG 44 kata-kata kawan
Darah Kamu dan Aku
Ahad, Ogos 17, 2008Kamu berdarah apa?
Merah?
Adakah dengan warna itu
Aku boleh katakan kamu ini
Manusia berani?
Kamu berdarah apa?
Putih?
Adakah dengan warna itu
Aku boleh katakan kamu ini
Manusia suci?
Kamu berdarah apa?
Hitam?
Adakah dengan warna itu
Aku boleh katakan kamu ini
Manusia berdosa?
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:02:00 PTG 43 kata-kata kawan
Masa ketika...
Ahad, Ogos 10, 2008Kerana semalam
bukan jatuh cinta
dengan hari ini
Jadi tak pernah
ada kenangan
untuk hari esok
Cinta tolong!
berhenti seketika
hari ini
Kerana aku
mahukan kenangan
untuk setiap masa.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 7:53:00 PTG 53 kata-kata kawan
Bakal Bebas (belum lagi)
Ahad, Ogos 03, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:54:00 PTG 68 kata-kata kawan
Tanda Nama gambar-gambar fakta
penat
Penat!
emosi bercampur-campur
titik seimbang jadi kacau
lidah tak hilang meracau-racau
kamu tahu hanya ketawa
dan aku pula?
senyum membisu.
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 11:53:00 PG 6 kata-kata kawan