atas dan tiada yang tinggi

Isnin, Mac 03, 2008

Mungkin langit itu tinggi
kerana kita dongakkan leher
dan terlalu mengagungkan yang paling atas

Mungkin bumi dan tanah hanya
lantai jadi tempat berpijak
bukan tempat menunduk hormat

Namun,
langit tetap setia mencurah hujan
dan bumi terus segar
memberikan nafas ke langit

1 kata-kata kawan:

ka-ii berkata...

heheh..sesungguhnya tiada yg lebih tnggi dr yg lebih tinggi. kerna sentiasa ada yg lebih tinggi.