identiti (untuk Athirah dan sesiapa sahaja)

Selasa, Februari 26, 2008

manusia mungkin banyak fikirnya
tetapi tahukan kita semua
akal dan otak manusia itu
hanya ada satu

walaupun satu kita tetap
dengan hati dan jiwa
kerapkali membebankan
otak dan akal
dengan cernaan kata hati
yang kadangkala tidak
masuk akal

mengapa perlu susahkan
sedangkan kita tahu
kita sedang berfikir
perkara yang tiada perlunya
dalam senarai pernafasan
paru-paru dan hidung kita

apa yang kita perlukan sekarang
ialah jangan susahkan otak dengan
memberinya makan dan minum
racun-racun bebanan emosi

segarkanlah otak dan akal kita
dengan makanan berkhasiat
senyuman, dan yang mempunyai
nilai zat besi yang cukup
agar otak dan akal kental dan kebal

jangan biarkan hati yang sedang penuh virus H5N1 itu
memenuhi ruang akal dan otak kita

yang kita perlu tahu otak dan akal itu
kuasanya tinggi
lebih tinggi jika kita ada kuasa positif
bukannya negatif

pedulikan bisik-bisik yang merosakkan kehendak berfikir
teruskan apa yang paling baik
dan penuhilah kehendak akal
yang akan lebih menjamin perasaan
belakangkanlah idea tumpul emosi
yang akan menjadi bom jangka
dalam hidup kita..

3 kata-kata kawan:

ida asro berkata...

bisik-sisik yg merosakkan kehendak berfikir telah ku peduli
yang paling baik sedang ku teruskan
kehendak akal ku cuba penuhi
walaupun belum pasti akan menjamin perasaan
idea tumpul emosi itu..ya memang benar
bisa menjadi bom jangka dalam hidupku jua

...

Tanpa Nama berkata...

aku

tak punya masa
untuk kamu
yang tak punya hati/perasaan


tapi
aku ada banyak waktu
untuk kamu
yang mempunyai potensi
menerima maki ku.



hanya untuk kamu-kamu
yang perasan met shalleh,
and u shmell funny yah?



hidup adalah anarki
satu yang hakiki
kebebasan sendiri
pasti
kini

ka-ii berkata...

waah kene coment puisi gak ke. hukhuk.

tapi saya faham ini. saya suka.