Ini cerita jentera
bukan tentera
kepada mereka yang berminat
dengan darah
sila berhenti dari membaca
ini hanya untuk mereka
yang ada nilai suka pada minyak
dan gerigi jentera
minyak dan jentera
sebatian, kiraan dan kurniaan
pada yang tamak
rosakkan jentera
airkan minyak
biar yang tamak
rasa derita
jentera rosak+minyak kering = ?
Revolusi jentera
Khamis, Februari 28, 2008Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 6:00:00 PTG 0 kata-kata kawan
identiti (untuk Athirah dan sesiapa sahaja)
Selasa, Februari 26, 2008manusia mungkin banyak fikirnya
tetapi tahukan kita semua
akal dan otak manusia itu
hanya ada satu
walaupun satu kita tetap
dengan hati dan jiwa
kerapkali membebankan
otak dan akal
dengan cernaan kata hati
yang kadangkala tidak
masuk akal
mengapa perlu susahkan
sedangkan kita tahu
kita sedang berfikir
perkara yang tiada perlunya
dalam senarai pernafasan
paru-paru dan hidung kita
apa yang kita perlukan sekarang
ialah jangan susahkan otak dengan
memberinya makan dan minum
racun-racun bebanan emosi
segarkanlah otak dan akal kita
dengan makanan berkhasiat
senyuman, dan yang mempunyai
nilai zat besi yang cukup
agar otak dan akal kental dan kebal
jangan biarkan hati yang sedang penuh virus H5N1 itu
memenuhi ruang akal dan otak kita
yang kita perlu tahu otak dan akal itu
kuasanya tinggi
lebih tinggi jika kita ada kuasa positif
bukannya negatif
pedulikan bisik-bisik yang merosakkan kehendak berfikir
teruskan apa yang paling baik
dan penuhilah kehendak akal
yang akan lebih menjamin perasaan
belakangkanlah idea tumpul emosi
yang akan menjadi bom jangka
dalam hidup kita..
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 9:15:00 PTG 3 kata-kata kawan
sistem oh shitstem
sehelai kertas mungkin tiada makna
tetapi manusia itu dipilih dari sehelai kertas
mungkin juga kertas itu menipu
atau kita ditipu oleh pencetak kertas
kertas itu dicetak di sebuah kilang
bos kilang itu marah-marah
bila warna cetakan pada kertas
nampak pudar dan buruk
pekerja kilang jadi mangsa
dimaki, dihamun, diterajang
serupan anjing
mesin pencetak yang rosak
terus jadi harta di kilang
makin hari kertas makin pudar
dakwat makin kelam
mesin sudah rosak dan jahanam
Bos makin senang
hari-hari maki pekerja
sepak kuli-kuli
Bos itu sudah buta mata
pekak telinga
pekerja minta buang mesin
tukar yang baru
Bos kata tak boleh!!!,
buang pekerja
tolak semua kuli-kuli
ambil yang baru
kerja dengan mesin yang rosak
Bos sangat suka dengan mesin yang rosak
pekerja pun tak tahu kenapa
kuli-kuli terus jadi mangsa
Mesin Rosak=Kertas pun Buruk
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 2:09:00 PTG 2 kata-kata kawan
dinding lukis
Isnin, Februari 18, 2008Sentuh jari mu pada jiwa ku
bagai seni lukis di dinding batu
tinggalkan hasil mu walau sedikit
biar aku leka dengan warna
dan engkau khayal bersama pelangi...
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 4:01:00 PTG 0 kata-kata kawan
Selamat Hari Claudius (14 Feb)
Bunga itu bukan untuk ku
aku kecewa
dan terus berlari
menangis...
Bunga itu bukan untuk mu
kau geram
dan terus berubah
marah...
Bunga itu untuk kita
kau senyum, aku ketawa
dan terus berserah
gembira...
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 1:45:00 PTG 1 kata-kata kawan
pinjamkan aku kitab arah matahari
Isnin, Februari 04, 2008ada tongkat...
ada kaki...
ada mata
boleh berjalan... mungkin berlari
sekejap bersuka...
seketika berduka
mana yang kanan... arah kiri
samakah timur...
bezanya barat...
bebas atau berlibur
ringankan hati... jiwa yang berat...
Dipenselkan oleh Danielle_Corleone Ikut putaran 1:09:00 PG 1 kata-kata kawan