daun hijau...

Khamis, November 09, 2006

Permaidani Hijau ini luas ukurnya
beribu juta isi hidupan dalam hatinya
abdomenmu sarat dengan himpunan manusia
ada urat-urat daun hijau penyegar jiwa
hidup fauna dengan cahaya
angin indah hadir dengan nyawa oksigennya
kita hidup atas kuasa yang Maha Menghidup
berinteraksi atas nama kitaran hidup
untuk kekal dalam jalur bahagia insan dan makhluk

Dedaun hijau
hadirmu mencoret sejuta erti
untuk seisi penghuni bumi
campuran sebati karbon dioksida
air dan hangat rasa sang mentari
membakar halus lembaran kloroplas
tanpa kitaran ini nyata nafas sukar dihembus

Namun kini nafas makin sesak
dan alam makin hampiri nazak
manusia tanpa hati hadir dengan jiwa kosong
merodok keras hati sang dedaun segar
globalisasi konon
Ah!!! Itu semua alasan si kapitalis durjana…

Kemajuan jadi asap jerebu
Manusia hidup dalam kelabu
Oksigen hampir ke titis akhirnya

wahai manusia yang berakal…
cuba kau bernafas dengan sempurna
hamparkan di benakmu sejuta fikir
Pecahkanlah tembok kecelakaan
bumi akan kembali tersenyum
dengan nyanyian burung tidak lagi sepi
dengan insan kembali menyatakan kasih
dengan angin menghebus kata-kata indah.
dengan titisan hujan berkaca jernih
dengan mentari di ufuk timur akan terus tertawa

Moga bumi milik tuhan ini
Akan terus tersenyum
Meniti usia yang kian usang

0 kata-kata kawan: